Thayendanegea atau nama Inggerisnya Joseph Brant (Mac 1743 - 24 November 1807) adalah seorang pemimpin tentera dan politik dari bangsa peribumi Mohawk yang menduduki kawasan terangkum dalam New York moden. Beliau terkenal kerana penggiatannya berhubung dengan Great Britain sebagai pihak setiaraja semasa dan selepas Revolusi Amerika bersemuka dengan banyak orang berpengaruh sezamannya seperti George Washington dan Raja George III.