The Amazing Race Asia

The Amazing Race Asia merupakan sebuah program realiti yang berasaskan format siri Amerika, The Amazing Race.

The Amazing Race Asia
FormatRealiti
Permainan
PenciptaElise Doganieri
Bertram Van Munster
Dibintangi oleh
Allan Wu 吴振宇
Negara asal Singapura
Bilangan episod37
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalAXN Asia
Siaran asal9 November 2006 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
The Amazing Race
The Amazing Race: A Corrida Milionária
Laman sesawang

Pada 17 Oktober 2005, CBS memberikan peluang kepada negara lain untuk melakukan francais The Amazing Race. Rangkaian TV kabel Asian AXN merupakan antara yang pertama mendapat hak untuk menerbitkan versinya sendiri di Asia. Rancangan ini diterbitkan oleh syarikat penerbitan televisyen Australian ActiveTV, untuk AXN, dengan kerjasama Buena Vista International Television-Asia Pacific (BVITV-AP). Pengacara bagi rancangan ini merupakan pelakon Singapura berketurunan Cina-Amerika, Allan Wu.[1]

Hadiah utamanya bernilai AS$100,000, manakala versi Amerika menawarkan AS$ 1 juta. Pengurus besar SPE Networks-Asia yang menguruskan AXN, Ricky Ow menerangkan bahawa, "Ia bukan berkenaan wang tetapi untuk cabaran dan peluang untuk berada dalam salah satu rancangan realiti terbaik dunia."

Musim ke-3 mula ditayangkan pada 11 September 2008 dan berakhir pada 20 November 2008.

Aplikasi sunting

Kebanyakan peraturan dan syarat yang digunakan dalam versi Amerika digunakan dalam edisi Asia. Semua peserta perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan pemilihan akhir peserta tidak tetakluk kepada satu negara asal tetapi seluruh neegara Asia. Peserta negara yang bertanding termasuklah warganegara semua negara Asia kecuai Timur Tengah, begitu juga pekerja yang bukan Asia tetap telah lama menetap di Asia.[2] Bermula Musim 2, penduduk Jepun boleh menyertai setelah tidak dibuka pada musim pertama.

Perjanjian sunting

Sebelum perlumbaan bermula, penerbit akan menandatangani perjanjian sulit dengan peserta untuk mengelakkan pelumba mendedahkan perincian perlumbaan itu sebelum tayangan. Menurut sumber, sekiranya mana-mana pasukan encabuli perjanjian itu, mereka akan didenda sebanyak AS$5 juta.[3]

Perlumbaan sunting

The Amazing Race Asia hampir serupa dengan edisi Amerika. Asasnya tetap sama iaitu setiap pasukan perlu mengikuti petunjuk dan melengkapkan tugasan untuk berada di perhentian dalam perlumbaan mengelilingi dunia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua versi.

Pasukan sunting

Secara amnya, perlumbaan ini memerlukan ahli pasukan mempunyai hubungan antara meeka seperti dalam versi Amerika. Walau bagaimanapun, Musim 1 dan Musim 2 hanya mempunyai 10 pasukan, berbanding dengan edisi Amerika, yang lazimnya mempunyai 11 pasukan dan 12 bagi Musim 3, 4 dan 10. Buat masa ini, hanya Musim 8 sahaja yang mempunyai 10 pasukan bagi edisi Amerika. Itupun, 10 pasukan berkeluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli iaitu 40 orang peserta secara keseluruhannya. Dalam edisi ini, hanya 20 orang peserta yang teribat iaitu bilangan peserta paling sedikit dalam the Amazing Race.

Perjalanan sunting

Dalam edisi Amerika, pasukan terus berlepas dari bandar permulaan sebaik sahaja perlumbaan bermula. Tetapi, dalam Musim 1, pasukan masih berada di bandar permulaan dalam pusingan pertama, meninggalkan bandar itu buat seketika dan kembali ke bandar permulaan yang sama untuk perhentian mereka. Manakala bagi pusingan kedua, kelihatannya semua pasukan perlu menaiki penerbangan AirAsia untuk ke destinasi seberang pertama mereka kerana penajaan AirAsia. Dalam edisi Amerika, pasukan boleh mengambil mana-mana pesawat untuk mengelakkan dari berkelompok.

Bagi Musim 2, pasukan diperlukan untuk melengkapkan beberapaa tugasan di bandar permulaan sebelum berlepas ke negara lain untuk tugasan lain dan perhentian mereka.

Petunjuk sunting

Umumnya, semua jenis petunjuk yang digunakan dalam versi Amerika digunaan dalam perlumbaan Asian. Pemberian petunjuk juga serupa dengan versi Amerika. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelainan. Dalam Sekatan, lazimnya pasukan boleh melakukannya tanpa had masa, walau bagaimanapun, sekiranya pasukan perlu beratur, lazimnya pertunjuk akan menyatakan "Pasukan harus melakukannya dalam 2 minit". Sekiranya pasukan gagal melakukannya, pasukan tersebut akan hilang giliran dan digantikan dengan pasukan seterusnya.

Mara muncul pada pusingan kedua dalam musim pertama, iaitu lebih awal dari versi Amerika. Dalam versi Amerika, Mara hanya muncul dalam atau selepas pusingan 5, memandangkan bilangannya dikurangkan kepada dua setiap musim mulai musim kelima.

Manakala dalam Tahan, adalah pilihan dalam dua pusingan berturutan (Pusingan 9 dan 10 dalam Musim 1) walaupun ia hanya muncul dua kali. Dalam versi Amerika, belum lagi kelihatan dalam dua pusingan berturutan.

Pusingan perlumbaan sunting

Lazimnya, struktur perlumbaan versi Asian hampir sama dengan versi Amerika, termasuklah "pusingan berganda", iaitu pasukan akan diberitahu bahawa tiada perhentian tetapi pasukan harus meneruskan perlumbaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang muncul.

Pertama, jika salah satu pasukan jauh ketinggalan, atau tidak mampu, menyelasaikan tugasan, mereka tidak akan diberikan petunjuk atau hos tidak akan muncul di lokasi untuk menyingkirkan mereka. Malah, pasukan akan dibawa oleh kumpulan produksi untuk ke tempat Perhentian dan disingkir di situ (Brett & Kinaryosih, Musim 2). Ini berlawanan dengan versi Amerika sama ada selesaikan tugasan atau diberikan petunjuk untuk terus ke Perhentian.

Juga, petunjuk yang mengarahkan pasukan terus ke Garisan Penamat dalam Musim 1 tidak menyatakan perkataan biasa tetapi menyatakan Perhentian Terakhir. Berbeza dengan permaidani merah yang ditinggikan dengan logo The Amazing Race diatasnya yang digunakan dalam edisi Amerika, Garisan Penamatnya hanya mempunyai tikar daftar masuk yang biasa untuk menunggu tiga pasukan terakhir.

Pusingan tanpa penyingkiran sunting

Satu-satunya perbezaan jelas dalam The Amazing Race Asia ialah pusingan tanpa penyingkiran. Petunjuk yang mengarahkan pasukan ke perhentian kadang kala menggantikan 'mungkin' dalam ayat petunjuk "pasukan terakhir yang tiba mungkin disingkirkan" dengan " pasukan terakhir yang tiba akan disingkirkan ", menunjukkan kepada takat penyingkiran tertentu. Dalam versi Amerika, selain pusingan pertama, ayatnya sentiasa "pasukan terakhir yang tiba mungkin disingkirkan".

Dalam kedua-dua musim setakat ini, pusingan pertama merupakan pusingan tanpa penyingkiran. Dalam pusingan pertama versi Amerika, pusingan pertama tidak pernah tiada penyingkiran. Buat masa ini, pusingan penyingkiran paling awal ialah pusingan ke-4 dalam musim keenam.

Bagi Musim 1, pasukan yang terakhir tiba diperlukan untuk menyerahkan semua wang tunai mereka, serupa dengan penalti dalam versi Amerika bgi Musim 5 dan 6. Berbeza dengan Musim 7 hingga 9, pasukan tidak perlu menyerahkan barangan mereka tetapi pasukan tersebut tidak dibenarkan memperoleh sebarang duit sebelum permulaan pusingan.

Bagi Musim 2, pasukan akhir yang tiba akan memperoleh penalti 30 minit melainkan mereka menjadi yang pertama di perhentian seterusnya. Hal ini serupa dengan versi Amerika Musim 10 dan 11.

Peraturan dan penalti sunting

Kebanyakan peraturan dan penalti adalah sama dengan edisi Amerika; tetapi dalam kes-kes tertentu, versi Asia memaparkan peraturan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa peraturan yang didedahkan oleh peserta tidak digunapakai dan sesetengah penalti wujud dalam versi Amerika tetapi boleh dilihat dalam versi Asia sebagai kesan perlanggaran peraturan oleh.

Peraturan sunting

Versi Asia Versi Amerika
Pasukan tidak dibenarkan mengambil teksi atau kenderaan yang telah ditempah pasukan lain. Penalti bagi kes ini tidak pernah didedahkan.

Walau bagaimanapun, penggunaan peraturan diragui. Sama ada ia didedahkan secara silap oleh Andrew dalam pusingan 3 Musim 1 atau ia tidak dikenakan kepada Andy & Laura dalam pusingan 10 kerana walaupun mereka mencuri teksi Sandy & Francesca, mereka masih disingkirkan.

Peraturan ini mungkin digunakan atau tidak. Dalam Musim 7, Rob & Amber mengambil teksi Debbie & Bianca tetapi tidak didenda. Walau bagaimanapun, dalam Musim 6, Don & Mary Jean secara tidak sengaja memandu kereta Adam & Rebecca dan kemudian dikenakan penalti 30 minit. Penalti itu mungki untuk kecurian yang tidak disengajakan, memandangkan beg Adam & Rebecca masih di dalam kereta ketika dibawa pergi.
Sekiranya salah seorang ahli pasukan tercedera dalam perlumbaan, dia harus menyerahkan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka boleh meneruskan perlumbaan. Sekiranya kecederaan tidak serius atau mengancam nyawa, pasukan boleh memilih untuk meneruskan perlumbaan atau berhenti di situ sahaja. Ini berlaku kepada Marshall & Lance ketika Musim 5.
Pasukan harus mematuhi peraturan jalan raya tempatan dan bertanggungjawab untuk membayar saman atau denda ketika perlumbaan. Yang paling ketara ialah, sekiranya pasukan melanggar had laju, bilangan minit penalti merupakan jumlah km/j yang dipandu ditolak dengan had laju dan didarab dengan 2 minit. Walau bagaimanapun, penalti ini dikenakan pada permulaan pusingan seterusnya. Walaupun terlebih had laju merupakan larangan, penalti tidak dikenakan berdasarkan ukuran masa per km/j dari had laju tetapi masa tersebut ditambahkan dengan 30 minit.

Penalti sunting

  • Pasukan yang keluar dari Sekatan akan dikenakan penalti selama empat jam dan dinilai dari dikira bermula dari pasukan seterusnya tiba. Dalam perlumbaan, penalti ini dikenakan di perhentian sebelum daftar masuk dan bukan di lokasi sekatan.
  • Sekiranya penalti tidak memberi kesan kepada kedudukan pasukan, penalti akan dikira ketika di Perhentian dalam versi Amerika. Walau bagaimanapun, penalti had laju dikecualikan dalam perlumbaan, penalti akan dikenakan pada pusingan seterusnya, sementara penalti boleh mempengaruhi kedudukan pasukan.
  • Menumpang kereta persendirian adalah dilarang dalam Perlumbaan. Sekiranya pasukan melanggar peraturan ini, mereka akan dikeakan penalti selama satu jam. Dalam versi Amerika, pasukan yang menumpang tidak dikenakan penalti masa tetapi mereka diarahkan untuk berpatah balik dan mengambil pengangkutan yang sesuai.

Negara dan kawasan yang dilawat sunting

Sehingga musim ke-3, The Amazing Race Asia telah melawat 19 buah negara dan 4 buah benua. Negara yang bertulisan gelap belum lagi dilawati oleh The Amazing Race (versi Amerika Syarikat).

 
Negara yang dilawat The Amazing Race Asia ditunjukkan dalam warna.
Asia Oceania Eropah Afrika

Penerimaan sunting

Kontroversi sunting

The Amazing Race Asia paling banyak menggunakan penalti masa berbanding versi asal Amerika terutama dalam Musim 1. Ketika penalti masa sering dikenakan sebelum pasukan daftar masuk ke perhentian (maka, ada kemungkinan mereka untuk ke kedudukan bawah dan membuka kemungkinan untuk berada di kedudukan akhir dan disingkir seperti yang berlaku pada Sahil & Prashant dlm pusingan 5 Musim 1), kontroversi timbul apabila penalti dikenakan di pusingan seterusnya. Ini merupakan kes Musim 1 pada Andy & Laura, yang tiba di Ladang Wain Chard di Queenstown yang memulakan pusingan 7 dengan penalti selama 92 akibat Andy melanggar had laju dalam pusingan 6. Jika penalti 92 minit ini dikenakan sebelum Andy & Laura dibenarkan untuk daftar ke perhentan pusingan 6, mereka pasti akan berada di kedudukan terakhir dan disingkir.[4]

Kritikan sunting

Terdapat beberap kritikan dalam rancangan ini termasuklah:

  • Peserta kurang memandu dalam keseluruhan pertandingan.[5]
  • Pasukan sering berkumpul dalam pesawat penerbangan yang sama.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ 'Amazing Race: Asia' is on
  2. ^ "The Amazing Race Asia Application Deadline Extended!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-01. Dicapai pada 2007-12-11.
  3. ^ Our femme fatales - Four gutsy ladies make up the two Malaysian teams
  4. ^ We're so shocked and disappointed[pautan mati kekal]
  5. ^ a b "Conversation with an amazing TV host". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-16. Dicapai pada 2007-12-11.

Pautan luar sunting