The Amazing Race Asia 1


The Amazing Race Asia 1 merupakan musim pertama bagi rancangan realiti permainan The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada dua orang dalam perlumbaan mengelilingi Asia untuk memenangi AS$100,000. Permohonan diterima hingga 31 Mac 2006 dan memulakan penggambaran pada penghujung Mei dan berakhir pada Jun 2006.[1] Musim pertama bermula pada 9 November 2006 dan penamatnya pada 1 Februari 2007.

The Amazing Race Asia 1
The Amazing Race Asia logo
Tayangan 9 November 2006 - –
1 Februari 2007
Penggambaran Mei, 2006
Jun, 2006
Bilangan episod 13
Pasukan menang Zabrina & Joe Jer
Benua dilawati 2
Negara dilawati 8
Bandar dilawati 22
Jarak perjalanan 36,000 kilometer
(22,370 batu)
Bilangan pusingan 12
Kronologi musim
Kemudian The Amazing Race Asia 2

Keputusan

sunting

Pasukan berikut menyertai Perlumbaan kali ini, dengan hubungan antara ahli pasukan ketika penggambaran. Kedudukan mereka disenaraikan seperti berikut:

Pasukan Hubungan Kedudukan (melalui pusingan) Sekatan yang dilakukan
1 2 3 4 5 6 7 8 97 10<> 11 12
  Zabrina & Joe Jer Rakan sekerja 3 4 52 6 3 3 6 5 4 3 2 1 Zabrina 6, Joe Jer 6
  Sandy & Francesca Berpacaran 10 9 2 3 5 1 4 3 1> 1 3 2 Sandy 6, Francesca 6
  Andrew & Syeon Berpacaran 51 8 82 1 2 4 2 4 3 2 1 3 Andrew 6, Syeon 6
  Mardy & Marsio Adik-beradik 1 2 62 4 6 5 5 1 2 4 4 Mardy 4, Marsio 6
  Andy & Laura Bertunang 7 7 72 73 1 26 1 2 5< Andy 5, Laura 4
  Howard & Sahran Rakan karib 9 3 1 84 4 6 3 6 Howard 4, Sahran 3
  Sharon & Melody Rakan Baik 6 5 3 2 7 7 Sharon 2, Melody 3
  Sahil & Prashant Model 8 1 4 5 85 Sahil 2, Prashant 2
  Aubrey & Jacqueline Pelakon/Model 4 6 92 Aubrey 1, Jacqueline 1
  Jeena & Ernie Berkahwin 2 10 Jeena 0, Ernie 1

Nota 1: Dalam perjalanan ke Perhentian, pasukan diarahkan untuk melalui laluan tertentu di Hutan simpan Bukit Nanas ke puncak Menara Kuala Lumpur. Andrew & Syeon tiba di Perhentian di tempat pertama. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengikuti laluan yang betul dan mereka dikehendaki untuk melengkapkannya menyebabkan mereka di kedudukan ke-5.
Nota 2: Zabrina & Joe Jer (yang tiba pertama), Mardy & Marsio (ke-4), Andy & Laura (5th), Andrew & Syeon (ke-6) and Aubrey & Jacqueline (ke-9) dikenakan penalti empat jam kerana gagal menyiapkan Sekatan. Walau bagaimanapun, Aubrey & Jacqueline tidak dikenakan penalti kerana mereka berada di kedudukan terakhir dan disingkirkan serta-merta.
Nota 3: Laura mengalami kecederaan kaki ketika ke Oceanworld. Pemeriksaan dijalankan dan dia dibenarkan untuk meneruskan pusingan.
Nota 4: Howard & Sahran mengalami empat jam penalti kerana Howard gagal melengkapkan Sekatan.
Nota 5: Sahil & Prashant daftar masuk di tempat ke-5 tetapi dikenakan penalti satu jam kerana mereka menumpang kereta persendirian di Devonport. 3 kumpulan terakhir (Sandy & Francesca, Mardy & Marsio dan Sharon & Melody) daftar masuk ketika tempoh penalti menyebabkan Sahil & Prashant disingkirkan.
Nota 6: Andy & Laura ditangkap kerana memandu pada kelajuan 146km/j di kawasan berhad laju 100km/j. Penalti dikenakan sebanyak 2 minit didarabkan dengan laju km/j yang melebihi had. Mereka memperoleh 92 minit penalti ketika masa perlepasan, menyebabkan mereka berlepas untuk Pusingan 7 yang terakhir.
Nota 7: Pusingan 9 merupakan pusingan berganda dan ditayangkan dua episod.

  • Merah bermaksud pasukan tersebut disingkirkan.
  • Biru bermaksud pasukan tersebut merupakan yang terakhir tiba di perhentian dalam pusingan tanpa penyingkiran. Ini bermakna, pasukan perlu menyerahkan semua duit mereka dan tidak menerima duit sebelum permulaan pusingan seterusnya serta tidak dibenarkan untuk mencari duit sebelum permulaan pusingan seterusnya.
  • Hijau bermaksud peserta memenangi petunjuk Mara.
  • > kuning bermaksud pasukan memilih untuk menggunakan Tangguh; < menunjukkan pasukan yang menerimanya. <> menunjukkan pusikan tersebut mempunyai Tangguh tetapi tidak digunakan.

Catatan

sunting
  • Musim 1 mengambil masa 24 hari untuk penggambaran, berbanding purata empat minggu bagi edisi Amerika.
  • Syeon Park asalnya dari Korea Selatan, tetapi teman lelakinya (Andrew) dari Malaysia, maka Syeon mewakili Malaysia.[2]
  • Daripada 20 orang pelumba, 5 daripadanya bukan berasal dari Asia, Sandy (dari New Zealand); Andy & Laura, Howard dan Francesca (dari United Kingdom).
  • Didedahkan dalam episod khas The Amazing Race Asia Memories bahawa pasukan yang tersingkir menginap di Bintan Beach Resorts hingga pusingan terakhir iaitu mereka perlu bergerak ke Sarawak, Malaysia untuk Perhentian terakhir.

Sebelum perlumbaan

sunting
  • Aubrey Sandel (dari pasukan Filipina Aubrey & Jacqueline) dikenali dengan nama profesionalnya, Aubrey Miles di negaranya.
  • Ernie Lopez (dari pasukan Filipina Ernie & Jeena) merupakan anak Eugenio "Geny" Lopez, Jr., dan saudara Eugenio "Gabby" Lopez III, pengerusi rangkaian Filipina, ABS-CBN.

Ketika perlumbaan

sunting
  • Perhentian pertama mereka ialah di puncak Menara Kuala Lumpur, tetapi peserta memulakan pusingan pertama mereka di luar menara kerana tidak dibuka lagi.
  • Pusingan 1 menjadi Pusingan Perdana yang pertama bagi mana-mana The Amazing Race yang menjadi pusingan tanpa penyingkiran.
  • Pusingan 1 juga menjadi Pusingan Perdana yang pertama bagi mana-mana The Amazing Race yang bandar perhentiannya sama dengan bandar permulaan.
  • Sahil & Prashant tiba di Perhentian di tempat ke-8 dan Howard & Sahran tiba di tempat ke-9 dalam Pusingan 1. Walau bagaimanapun, diatayangkan dalam Pusingan 2, Howard & Sahran ditempat ke-8 dan Sahil & Prashant ditempat ke-9.
  • Pusingan 3 memaparkan Sekatan yang sukar yang memerlukan peserta menggali titik yang ditandakan di pantai untuk mencari papan luncur kayu yang kecil yang tertanam 40 cm di bawah pasir. Lima pasukan (Andy & Laura, Aubrey & Jacqueline, Andrew & Syeon, Mardy & Marsio dan Joe Jer & Zabrina) menghentikan sekatan lalu dikenakan empat jam penalti. Berikut merupakan pasukan terbanyak yang berhenti menjalankan Sekatan dalam mana-mana francais the Amazing Race.
  • Berdasarkan Pusingan 3, penalti The Amazing Race Asia' untuk tidak menjalankan Sekatan adalah sama dengan versi asli. Walau bagaimanapun, penalti dikenakan, tidak di kawasan Sekatan tetapi di Perhentian kerana sudah malam dan waktu operasi tugasan adalah mungkin mengganggu penalti.
  • Dalam Pusingan 3, ditunjukkan yang pasukan tidak dibenarkan menumpang kenderaan persendirian (walaupun sekejap untuk ke tempat mendapatkan teksi). Juga ditunjukkan yang setiap pasukan tidak dibenarkan mengambil teksi pasukan lain. Peraturan ini tidak digunakan dalam versi asal Amerika.
  • Dalam temubual dengan Sharon & Melody dalam Strait Times Singapura, pasangan ini mendedahkan yang motor Sharon tersangkut yang menyebabkan mereka ke kedudukan akhir ketika Pusingan 6 dalam tugasan Quad Bikes dan disingkirkan dari perlumbaan.
  • Dalam Episod 6, Andy & Laura diberitahu yang mereka akan memulakan Pusingan 7 92 minit kemudian kerana kesalahan halaju dalam Pusingan 6 iaitu mereka berada di kedudukan ke-2. Walau bagaimanapun, dalam Episod 7, mereka ditunjukkan yang mereka yang terakhir bertolak bagi Pusingan 7, 100 minit selepas Howard & Sahran yang giliran ke-5 untuk bertolak.
  • Garisan Penamat dalam Pusingan 12 tidak dinyatakan sebagai "Perhentian Terakhir." Malah, disebabkan saiz pelantar laluan paya bakau di Taman Negara Bako, Garisan Penamat hanya mempunyai permaidani Perhentian yang biasa berbanding platform merah yang besar yang digunakan edisi Amerika.

Selepas perlumbaan

sunting
  • Prashant muncul dalam filem Bollywood klasik yang dibikin, Sholay.[3]
  • Aubrey memainkan watak Vega, dalam siri fantasi, Rounin, yang pertama kali di tayangkan dalam televisyen Filipina ABS-CBN pada 16 April 2007.

Hadiah

sunting
  • Pusingan 3 – Setiap ahli memperoleh Kamera Tangan Sony Berdefinisi Tinggi
  • Pusingan 7 – Setahun bekalan minyak pembersih, Bahan Api Caltex dengan Techron
  • Pusingan 9 – Percutian ke Langkawi, Malaysia, sumbangan AirAsia.
  • Pusingan 11 – Percutian ke Gold Coast, Australia, sumbangan Caltex.
  • Pusingan 12 – US$100,000

Lokasi perlumbaan

sunting
  Destinasi penerbangan     Lencongan     Sekatan     Mara     Tahan     Perhentian

Pusingan 1 (Malaysia)

sunting
 
Peta Pusingan Lengkap

Perhatikan yang garis kuning mewakili lokasi permulaan dalam Pusingan 1 begitu juga titik peralihan bagi Pusingan 12; garis merah untuk perjalanan Pusingan akhir

Lencongan dalam Pusingan merupakan Paint or Pot (Cat atau Tembikar), yang menyatakan dua teknik kraftangan. Dalam Cat, setiap ahli pasukan perlu bekerjasama membuat lukisan batik berasaskan rekaan yang ditunjukkan kepada mereka. Dalam Tembikar, salah seorang ahli perlu membuat tembikar dari tanah liat dengan menggunakan roda tembikar manakala seorang lagi ahli perlu mengawal pusingan roda. Dalam kedua-dua kes, pasukan akan menerima petunjuk sekiranya orang yang menjaga berpuas hati dengan hasilnya.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Di Berjaya Times Square, pasukan perlu turun dari tingkat 8 pusat membeli belah dengan menggunakan tali. Dinyatakan yang tugasan itu adalah pilihan tetapi pasukan akan dikenakan penalti masa.
  • [TT2] Ahli pasukan perlu melengkapkan empat pusingan berturutan dalam litar go-kart sebelum menerima petunjuk seterusnya.

Pusingan 2 (Malaysia → Indonesia)

sunting

Sekatan pertama dalam pertandingan iaitu seorang ahli perlu mendapatkan petunjuk dalam kotak yang terletak dalam sarang ular yang mengandungi spesis berbahaya hingga ke anakonda bersaiz besar, dalam masa 2 minit. Di Zoo Ragunan, pasukan turut menerima petunjuk Mara, Dalam Mara kali ini, pasukan harus ke Sekolah SMA Negeri 60 dan mencari pelajar yang mendengar pemain MP3 Walkman Sony yang memainkan pesanan "Anugerah Mara". Dalam Lencongan, pasukan haru memilih antara Push or Sell (Tolak atau Jual). Dalam Tolak, pasukan harus menolak bakso mereka sejauh 500m seperti yang ditentukan, tanpa menumpahkan sebarang kicap, sambil menyanyikan lagu tradisional. Dalam Jual, pasukan perlu menjual 15 mangkuk bakso, dengan harga jualan minimun 2,000 rupiah.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Pasukan perlu membuat tarian piring Minangkabau dengan betul untuk menerima petunjuk seterusnya.

Pusingan 3 (Indonesia)

sunting

Dalam Sekatan pusingan ini, seorang ahli diperlukan untuk menggali kawasan yang bertanda di pantai untuk mencari papan kayu luncur kecil sedalam 40cm di bawah pasir. Lencongan kali ini ialah Wet or Dry (Basah atau Kering). Dalam Basah, pasukan perlu menentang arus jeram untuk melengkapkan perjalanan sejauh dua batu. Dalam Kering, pasukan perlu menaiki gajah dan melalui laluan yang kemudiannya akan diberikan petunjuk seterusnya.

Tugasan Tambahan
  • [TT] Pasukan mesti memasuki laman Gelintar MSN dalam komputer di kafe berinternet dan mencari perkataan "Amazing Race Asia" (ketika ini, Amazing Race Asia masih baru dan belum dikenali ramai, maka, sukar untuk mencarinya dalam internet) untuk mencari petunjuk seterusnya, yang boleh dicetak atau diterima dari pelayan di sana.

Pusingan 4 (Indonesia → Australia)

sunting

Dalam Lencongan pusingan ini, peserta perlu memilih antara Elevation or Crustacean (Ketinggian atau Krustasea). Dalam Ketinggian, pasukan harus menaiki tangga ke puncak Jambatan Pelabuhan Sydney untuk menerima petunjuk seterusnya. Dalam Krustasea, pasukan perlu berjalan ke Circular Quay. Di sana, mereka perlu mencari restoran makanan laut Doyle dan mengupas 14 kilogram udang yang telah disejukkan. Mereka perlu memastikan kepala, ekor dan kulitnya dikupas dengan elok. Apabila chef/pelayan restoran bersetuju, mereka akan menerima petunjuk seterusnya, dalam pinggan perak. Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli perlu menyelam dalam Aquarium di Oceanworld, mereka perlu menyelam bersama ikan jerung, pari, penyu dan pelbagai lagi hidupan laut. Apabila di dalam, mereka perlu mencari petunjuk di bawah air dan berenang ke sana untuk mendapatkannya

Tugasan Tambahan
  • [TT] Pasukan perlu mengambil kamera Sony HD dan merakamkan video seseorang menyanyikan lagu tempatan yang bertajuk "Click Goes The Shears". Apabila telah selesai, mereka perlu kembali ke SonyCentral dan memainkan video melalui televisyen. Jika orang yang direkodkan menyanyikan lagu dengan nada yang betul, pekerja di SonyCentral akan memberikan mereka petunjuk seterusnya. Jika tidak, mereka perlu melakukan sekali lagi.

Pusingan 5 (Australia → New Zealand)

sunting

Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Rugby or Rigging (Ragbi atau Pasang). Dalam kedua-dua Lencongan, pasukan perlu menaiki feri dari Devonport, kembali ke Auckland. Dalam Ragbi, pasukan perlu mengambil teksi ke Victoria Park. Di sana, mereka perlu memakai jersi ragbi dan menendang bolda ragbi untuk membuat 3 jaringan. Jaringan hanya di kira jika bola ragbi ditendang ke gawang dan melepasi 22 meter. Dalam Pasang, pasukan perlu ke WestHaven Marina dan mencari kapal layar. Di sana, arahan akan diberikan tentang cara memasang tali dan ikatan untuk menaikkan layar. Apabila semuanya diselesaikan dengan betul dan memuaskan, pasukan akan diberikan petunjuk seterusnya. Dalam Sekatan, orang yang memilih perlu terjun dari Sky Tower sambil teman sepasukan menggunakan kamera Sony Ericsson Cybershot untuk mengambil gambar terjunan itu.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Selepas berlabuh dengan feri dari Auckland, pasukan perlu mencari budak peempuan bermai buaian berhampiran Teminal Devonport. Budak tersebut akan menyampaikan petunjuk seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu memakai sut oren dan melakukan Sky City Vertigo Climb. Tugasan ini memerlukan mereka untuk memanjat tangga ke puncak Sky Tower untuk melihat pemandangan indah Auckland. Petunjuk seterusnya aka diberikan sekranya mereka selesaikan panjatan tersebut.

Pusingan 6 (New Zealand)

sunting

Dalam Lencongan, pasukan perlu memilih antara Luge or Ledge (Luge atau Buai). Dalam Luge, setiap ahli pasukan perlu melengkapkan litar 830m dengan luge sebanyak 4 kali sebelum memperoleh petunjuk. Dalam Buai, setiap ahli perlu melakukan ayunan yang tergantung 400m atas Queenstown. Dalam Sekatan pula, seorah ahli pasukan perlu melakukan terjunan bungee setinggi 134m di atas Lembah Nevis, yang merupakan terjunan bungee terhebat di dunia. Mereka perlu melakukannya dalam masa 2 minit selepas naik ke pelantar atau kehilangan giliran.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Pasukan perlu ke Stesen Petrol Caltex dan mengisi minyak kenderaan mereka dan membayar menggunakan Kad Tunai Caltex.
  • [TT2] Pasukan perlu memandu di Quad Bikes melalui lumpur untuk mendapatkan petunjuk mereka yang seterusnya.

Pusingan 7 (New Zealand → Singapura → Thailand)

sunting

Dalam sekatan, salah seorang ahli pasukan perlu memanjat ke puncak rumah berhala melalui 560 loceng emas bagi 100 kapsul petunjuk yang berisi kepingan kertas perak. Daripada 100 kepingan kertas, hanya 6 sahaja yang mempunyai kepingan kertas yang betul. Mereka perlu menunjukkan kertas tersebut kepada pekerja rumah berhala untuk mendapatkan petunjuk seterusnya sekiranya mereka betul.

Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih Egg or Bacon (Telur atau Babi). Dalam Telur, pasukan perlu pergi ke kedai telur dan dengan menggunakan troli, mereka perlu menghantar 26 papan telur ke pasar berhampiran. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat telur yang pecah, pasukan perlu menghantar semula telur yang tidak pecah dalam bilangan yang sama. Dalam Babi, mereka perlu mencari Tuk-Tuk yang bertanda di Jalan Larnlong dan mengarahkan pemandu Tuk-Tuk untuk mencari Tugu Peringatan Babi. Peserta dibenarkan bertanya arah daripada penduduk setempat.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Dalam tugasan tambahan di Singapura, setiap pasukan perlu membersihkan kereta Ford Focus yang sangat kotor hingga pekerja Caltex yang bertugas berpuas hati.
  • [TT2] Pasukan perlu mengambil kereta kabel melintasi sungai dan perlu mencari di sekitar kawasan rumah berhala untuk mencari beberapa kotak petunjuk. Pasukan perlu mencari kotak yang betul untuk mendapatkan petunjuk yang betul supaya dapat menuju ke Golden Mount, melalui gambar monument yang tertera pada syiling 2 Baht dalam sampul petunjuk mereka.

Pusingan 8 (Thailand)

sunting
  • Bangkok (Terminal Bas Selatan) ke Krabi (Terminal Bas Krabi)
  • Krabi (Teluk Nopparant Thara – Taman Negara)
  • Krabi (Pulau Koh Poda)    
  • Krabi (Railey East 123 Wall)  
  • Krabi (Lagun Koh Hong)
  • Krabi (Ko Pak Bia)  

Mara dalam pusingan ini memerlukan pasukan mencari kayak di Teluk Pranang dan menggunakan untuk mencari petunjuk Mara yang tersorok di gua berhampiran.

Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Smash or Grab (Pecah atau Ambil). Dalam Pecah, mereka perlu memecah 75 biji kelapa dengan tukul besi untuk mencari kelapa yang mempunyai dakwat merah di dalamnya. Dalam Ambil, pasukan perlu menyelam dan berenang di sekitar 100 pelampung yang mengandungi 100 petunjuk. Hanya sepuluh yang mengandungi petunjuk yang betul. Dalam Sekatan pula, salah seorang ahli perlu memanjat tebing batu untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Pusingan 9 (Thailand → India)

sunting

Sekatan dalam separuh Pusingan pertama ialah salah seorang ahli pasukan perlu mengilatkan kasut 7 orang yang lalu-lalang dan upah dikenakan sekurang-kurangnya 5 rupee untuk perkhidmatan mereka. Setelah tamat, pengilat professional akan memberikan mereka petunjuk seterusnya. Lencongan bagi separuh Pusingan pertama pula ialah untuk memilih Carry or Count (Bawa atau Kira). Dalam Bawa, pasukan perlu membawa beberapa bekas susu di atas kepala mereka dan mengisinya ke dalam bekas logam yang terletak agak jauh dari tempat asal. Apabila mereka sudah mencapai takat tertentu, pasukan akan menerima petunjuk mereka. Dalam Kira, pasukan perlu ke pasar dan mengira sejumlah besar biji pinang di dalam bakul, yang bilangannya melebihi 1,000. Pasukan hanya boleh meneka sekali pada tiap kali pengiraan keseluruhan pinang.

Lencongan bagi separuh masa kedua pula merupakan Donkey or Deliver (Keldai atau Hantar). Dalam Keldai, pasukan perlu mengangkut bawang menggunakan keldai dan berjalan ke kedai bawang sebelum penjual menyerahkan petunjuk yang seterusnya kepada pasukan tersebut. Dalam Hantar, pasukan perlu membawa beberapa guni rempah dan menghantarnya ke kedai rempah yang hanya diberikan gambar sebagai rujukan. Dalam Sekatan kedua bagi Pusingan ini, seorang ahli pasukan perlu mengumpulkan najis lembu dan membuat kek tahi sebelum menampalnya ke dinding. Sekiranya jatuh, mereka perlu melakukan semula tampalan yang jatuh itu.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Dalam tugasan tambahan bagi separuh masa pertama, pasukan perlu juadah tradisional India Benggali yang sangat pedas dan dihidang dengan jumlah yang sangat banyak. Hanya apabila mereka telah memakannya, baru pelayan/tukang masak memberikan petunjuk seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu mencari di dalam seluruh butik untuk petunjuk mereka yang seterusnya yang tersembunyi di sebali ratusan kain sari dan sutera.

Pusingan 10 (India → Emiriah Arab Bersatu)

sunting

Sekatan memerlukan salah seorang ahli pasukan melengkapkan pemainan golf 9 lubang, dengan hanya batang putter dan club. Seperti yang ditunjukkan, sekiranya pemain keihlangan bola, mereka perlu kembali ke tempat pertama untuk menggantikannya. Dalam Lencongan, peserta perlu memilih antara Hack or Hike (Ketuk atau Panjat). Dalam Ketuk, pasukan perlu memecahkan blok ais seberat 150 kg untuk mendapatkan petunjuk seterusnya, dengan hanya menggunakan tukul dan pengorek. Dalam Panjat, pasukan perlu memanjat cerun yang tercuram di Ski Dubai sambil membawa peralatan ski seberat 25 kg. Petunjuk boleh diambil di puncak cerun.

Pusingan 11 (Emiriah Arab Bersatu)

sunting
  • Dubai (Gurun Kawasan 53)  
  • Dubai (Eye of the Emirates) [TT1]  
  • Dubai (Rumah Sheikh Saeed Al Maktoum)
  • Dubai (Jumeirah – Taman Air Liar Wadi) [TT2]
  • Dubai (Jumeirah – Pantai Mina A' Salam)  

Pasukan perlu memilih antara Ride or Seek (Tunggang atau Cari). Dalam Tunggang, peserta perlu menunggang unta dan memandunya melalui kawasan bertanda dan mengumpulkan lima bendera dengan menggunakan pemukul unta. Dalam Cari, pasukan perlu mencari cenderahati yang tertanam di dalam pasir yang bertanda dengan menggunakan alat pengesan logam. Sekatan pula memerlukan salah seorang ahli pasukan untuk makan makanan istimewa Arab, yang mengandungi roti dan otak.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Pasukan perlu memilih satu daripada 42 kabin Eye of the Emirates yang tiap-tiap satunya mempunyai petunjuk tetapi hanya lima kabin yang mengandungi petunjuk yang betul. Kabin lain mempunyai petunjuk yang tertera "maaf, cuba lagi" dan pasukan perlu melengkapkan pusingan roda ferris sebelum berpindah ke kabin lain.
  • [TT2] Apabila sampai ke Taman Air Liar Wadi, ahli pasukan perlu mengambil giliran untuk meluncur di luncur air jatuh bebas. Ini serupa dengan Pusingan 9 dalam versi Amerika dalam Musim 5.

Pusingan 12 (Emiriah Arab Bersatu → Malaysia)

sunting
  • Dubai (Mina A' Salam Beach) [TT1]
  •   Dubai (Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai) ke Kuala Lumpur, Malaysia   (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)
  • Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Tower)
  •   Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) ke Kuching, Sarawak (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching)
  • Kuching (Tugu Kucing) [TT2]
  • Kuching (Mahkamah Lama)  
  • Kuching (Perkampungan Kebudayaan Sarawak) [AT3]   (Resort Hutan Hujan Permai)
  • Kuching (Taman Negara Bako)   (Garisan Penamat)

Pasukan perlu memilih Brains or Brawn (Otak atau Tenaga) dalam Lencongan kali ini. Dalam Otak, pasukan perlu mengumpulkan bangku dengan menggunakan gambar yang diambil dengan kamera Sony Cybershot sebagai rujukan. Dalam Tenaga, pasukan perlu ke pasar dan menggunakan kaedah tradisional untuk mengangkut 30kg buah pada jarak tertentu. Dalam Sekatan pula, salah seorang ahli perlu melengkapkan cabaran bertali.

Tugasan Tambahan
  • [TT1] Sebelum bertolak dari Perhentian, pasukan perlu melengkapkan teka susun suai gambar yang menunjukkan lokasi mereka seterusnya.
  • [TT2] Pasukan perlu mencari tugu kucing tertentu yang terletak di bandar tersebut.
  • [TT3] Pasukan perlu mencari seluruh perkampungan untuk petunjuk seterusnya yang terletak di dalam salah satu rumah panjang di sana. Petunjuk tersebut menyuruh mereka menyumpit nenas yang berwarna.

Rujukan

sunting
  1. ^ "AXN unveils the identity of the reality show's host and regional sponsors as production reaches a new milestone". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-15. Dicapai pada 2006-10-06.
  2. ^ "Andrew & Syeon Bio". Dicapai pada 2007-10-04.
  3. ^ "Meet Jai from the new Sholay". Dicapai pada 2006-12-20.
sunting