The Angry Birds Movie
The Angry Birds Movie (atau singkatnya Angry Birds)[3]ialah sebuah filem animasi komputer komedi pengembaraan aksi 3D Finland-AS 2016 berdasarkan siri permainan video yang sama nama. Ia diarahkan oleh Clay Kaytis dan Fergal Reilly (yang menjalankan tugas pengarah buat julung kali) dan jalan cerita filem tersebut ditulis oleh Jon Vitti. Filem ditayangkan oleh Sony Pictures Imageworks dan dibintangi Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Maya Rudolph, Kate McKinnon, Sean Penn, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Bill Hader dan Peter Dinklage.[perlu rujukan] Ia ditayangkan di Amerika Syarikat pada Mei 20, 2016, menerima pandangan bercampur oleh pengkritik dan mengautkan pulangan kasar 347 juta dolar AS.[perlu rujukan]
The Angry Birds Movie | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis | Jon Vitti |
Berdasarkan | Angry Birds oleh Rovio Entertainment |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Disunting oleh | Kent Beyda |
Muzik oleh | Heitor Pereira[1] |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minutes[2] |
Negara |
|
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $80 juta[perlu rujukan] |
Pecah panggung | $347.1 juta[perlu rujukan] |
Jalan cerita
suntingDi Pulau Burung (Bird Island), sebuah pulau yang dihuni burung (tidak boleh terbang), Red yang kera sumbang telah dijatuhkan hukuman menghadiri kelas pengurusan kemarahan setelah sikap panas barannya menyebabkan telur pelanggannya menetas secara pra-matang. Dia cuba mengelak diri daripada mengenali rakan sekelasnya Chuck, Bomb, Terence atau pengajarnya Matilda. Suatu hari, sebuah kapal berlabuh di tebing pulau. Ia membawakan beberapa khinzir hijau yang mendakwa diri mereka sebagai penjelajah yang menawarkan persahabatan dan telah diterima di atas pulau. Mereka memperkenalkan burung-burung kepada teknologi berinovasi seperti lastik dan belon helium.
Banyak khinzir tiba dan nampaknya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, tetapi Red menjadi berasa curiga terhadap motif mereka, sedangkan mereka menyelubungi pulau tersebut. Oleh itu, dia merekrutkan Chuck dan Bomb untuk membantunya mencari Mighty Eagle, seekor helang botak gergasi yang dikatakan merupakan pelindung pulau, dan satu-satunya burung yang boleh terbang, tetapi sudah tidak kelihatan untuk beberapa tahun. Mereka menemuinya di puncak Gunung Burung (Bird Mountain) , tetapi Mighty Eagle sekarang perut buncit, syok sendiri dan sebahagian besarnya sedang bersara. Tengok melalui teropong Mighty Eagle, Red dan rakan-rakannya ternampak khinzir-khinzir sedang memasang bahan letupan (TNT) di sekitar pulau sedangkan burung-burung berada di sebuah parti. Mereka sedar parti tersebut merupakan muslihat untuk mencuri telur-telur burung. Red, Bomb dan Chuck mencuba untuk memberi amaran kepada yang lain dan menahan semua khinzir tersebut, tetapi semua khinzir melarikan diri dan bahan-bahan letupan mereka telah memusnahkan kampung itu. Apabila burung-burung menyedari hal yang terjadi, Red menghimpunkan mereka untuk melepaskan kemarahan mereka dan mengambil balik telur-telur mereka.
Burung-burung membina sebuah perahu dan berlayar ke Pulau Khinzir (Pig Island), tempat mereka mendapati khinzir-khinzir tinggal dalam kota bertembok. Menyimpulkan bahawa kebanyakan telur-telur berada dalam istana di tengah kota, burung-burung tersebut menyerang dan menewaskan khinzir-khinzir tersebut dengan menembakkan mereka sendiri ke dalam kampung khinzir dengan menggunakan lastik yang dihadiahi. Red, Chuck, dan Bomb sampai ke istana tersebut dan mendapati telur-telur berada dalam bilik dandang, tempat semua khinzir bercadang untuk memasak dan memakan mereka.
Rujukan
sunting- ^ Burlingame, Jon (August 26, 2015). "Heitor Pereira Coaxes Emotion Out of Music". Variety. Dicapai pada August 28, 2015.
- ^ "The Angry Birds Movie". Fandango. Dicapai pada March 26, 2016.
- ^ "ANGRY BIRDS [2D]". British Board of Film Classification. Dicapai pada July 2, 2016.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.