The Assistant (filem 2022)

The Assistant merupakan sebuah filem aksi ngeri Malaysia 2022 arahan Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Henley Hii dan Farali Khan. Filem ini mengisahkan seorang lelaki Zarik yang salah dipenjarakan. Setelah dibebaskan, dia ingin membalas dendam kepada pembunuh isteri dan anaknya dan bertemu Feroz yang menjadi pembantunya.

The Assistant
PengarahAdrian Teh
PenulisAdrian Teh
Chi-Ren Choong
Dihasilkan olehAdrian Teh
Dr. Raymond Ang
Teck Lim
Tee Yee Peng
Carla Soong
DibintangiIedil Dzuhrie Alaudin
Hairul Azreen
Henley Hii
Farali Khan
SinematografiYong Choon Lin
Disunting olehLee Pai Seang
Muzik olehJackey Yow Shann Giang
Syarikat
penerbitan
ACT 2 Pictures
Diedarkan olehSony Pictures Malaysia
Tarikh tayangan
19 Mei 2022
Masa tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Kantonis
BajetRM6 juta
Pecah panggungRM3 juta

Filem ini ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2022 di Malaysia, Singapura dan Brunei.[1][2]

Sinopsis sunting

Filem ini menceritakan tentang Zafik, (Iedil Dzuhrie) yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya. Hilang segalanya, Zafik ingin mencari pembunuh isteri dan anak lelakinya dan membalas dendam sewaktu dalam penjara. Selepas dibebaskan, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? [3]

Pelakon sunting

  • Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Zafik
  • Hairul Azreen sebagai Feroz
  • Henley Hii sebagai Sam Lee
  • Farali Khan sebagai Sofia
  • Chew Kin Wah sebagai Teh Poh Kuan
  • Coby Chong sebagai Tan Ah Huat
  • Gavin Yap sebagai Desmond
  • Tony Eusoff sebagai Rodney
  • Hannah Hashim sebagai Lisa
  • Chacko Vadaketh sebagai Terence Stanton
  • Mior Darwish sebagai Zikri
  • Kenji Sawahi sebagai Mr. Seng
  • Kaverrna Nair Sukumaran sebagai Devi
  • Sham Sunder Mohandas Binwani sebagai Kavan
  • Hanis Zalikha sebagai Yasmine Azri (penampilan khas)
  • Sugeeta Chandran sebagai Host (penampilan khas)

Penerbitan sunting

Adrian Teh ialah pengarah filem aksi terkenal yang juga pengarah filem aksi Malaysia Paskal (2018), Wira (2019). Kos pembikinan filem ini sebanyak RM6 juta.[4]

Filem ini merupakan hasil gabungan pertama Act 2 Picture dengan Sony Pictures Entertainment Malaysia. Ia juga menandakan kerjasama kelima antara pelakon Hairul Azreen dan juga pengarah Adrian Teh.[5]

Keluaran sunting

Filem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Udine Far East (FEFF) di Itali dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 17 Mei 2022. Ini merupakan kali pertama filem ini ditayangkan di festival filem dunia.[6][7]

Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2022 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia adalah filem aksi blokbuster tempatan pertama yang ditayangkan di pawagam selepas pandemik.[8]

Sambutan dan penerimaan sunting

The Assistant memperoleh sambutan hangat awal di Malaysia dengan kutipan terbesar pada hari pembukaan bagi filem tempatan selepas dua tahun sebelum diatasi oleh filem Mat Kilau, pada tahun yang sama.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Wajib tonton, The Assistant janjikan aksi hebat". Kosmo Digital. 2022-01-28.
  2. ^ "Bukan Sekadar Filem Aksi, The Assistant Lari Daripada Plot Klise". REMAJA. 2022-05-19.
  3. ^ "Treler rasmi bagi The Assistant". Youtube.
  4. ^ "Kisah banduan pikat dunia". Berita Harian.
  5. ^ "Hairul Azreen bukan angkat bakul sendiri". Kosmo Digital. 2022-05-18.
  6. ^ "Action film 'The Assistant' to be screened at Udine Far East Film Fest". New Straits Times.
  7. ^ "Showbiz: Thrilling new Adrian Teh movie 'The Assistant' swings into action". New Straits Times.
  8. ^ "The Assistant untuk tontonan 18 tahun ke atas". Harian Metro.
  9. ^ https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia/photos/a.425833532234/10160248291347235/

Pautan luar sunting