Filem The Big Durian ialah filem 2003 Malaysia yang diterbitkan oleh Amir Muhammad yang menggabungkan dokumentari dengan fiksyen. Ia mencipta sejarah dengan menjadi filem Malaysia yang pertama untuk ditayangkan di Festival Filem Sundance.[1]

The Big Durian
PengarahAmir Muhammad
Dihasilkan olehJames Lee
Sylvia Tan
SinematografiWoo Ming Jin
Disunting olehTerence Raj
Muzik olehHardesh Singh
Masa tayangan
74 minit
NegaraMalaysia
BahasaInggeris
Melayu

Sinopsis

sunting

Pada malam 18 Oktober 1987, seorang askar, Prebet Adam mengamuk dengan M16 di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Disebabkan oleh keadaan berduri masa dan tempat, amukan beliau mencetuskan panik yang meliputi seluruh kota dan khabar angin rusuhan kaum.

Pelakon

sunting

The Big Durian mempunyai 23 orang: beberapa adalah pelakon, manakala yang lain menyatakan pendapat peribadi mereka. Kumpulan pertama termasuk Patrick Teoh, Low Ngai Yuen, Jo Kukathas dan Rashid Salleh; manakala kumpulan kedua termasuk Farish A. Noor, Namron, dan Anne James.

Dikeluarkan

sunting

The Big Durian ditayangkan lebih 30 kali di festival filem, termasuk Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Dokumentari Antarabangsa Yamagata pada tahun 2003 kepada Festival Filem Sundance, Festival Filem Antarabangsa Hong Kong dan Festival Filem Antarabangsa Vancouver pada tahun berikutnya.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting