The Blacklist (siri TV)

The Blacklist ("Senarai Hitam") ialah sebuah siri televisyen drama jenayah dihasilkan bersama Sony Pictures Television, Universal Television dan Davis Entertainment arahan Joe Carnahan.[1] dibintangi James Spader, Megan Boone, Diego Klattenhoff, Ryan Eggold, dan Harry Lennix. Di tengah plot adalah ejen FBI yang bekerjasama dengan salah seorang bekas agen buruan yang paling dikehendaki.

The Blacklist
Genre
PenciptaJon Bokenkamp
Dibintangi oleh
Penggubah
  • Dave Porter
  • James S. Levine
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim10
Bilangan episod218 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitAnthony Sparks
LokasiBandar Raya New York
Sinematografi
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran40-45 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Sony Pictures Television
Penyiaran
Saluran asalNBC
Format gambar576i SDTV
1080i HDTV
4K UHDTV (2016–)
Siaran asal23 September 2013 (2013-09-23) – present (present)
Kronologi
Diikuti olehThe Blacklist: Redemption
Pautan luar
Official website

Siri ini bermula di NBC pada musim 2013-2014. Pada 3 Disember 2013, NBC memperbaharui siri ini untuk musim kedua yang bermula pada 25 September 2014. Pada 11 Mei 2014, siri ini diperbaharui untuk musim ketiga, yang bermula pada 1 Oktober 2015. Pada 5 Disember 2015, siri ini diperbaharui untuk musim keempat, yang bermula pada 22 September 2016. Pada 11 Mei 2017, siri ini diperbaharui untuk musim kelima. Pada 12 Mei 2018, NBC menempah musim keenam siri ini. Pada 11 Mac 2019, NBC secara rasmi memperbaharui Senarai hitam untuk musim ketujuh. Tayangan perdana musim ketujuh berlangsung pada 4 Oktober 2019. Pada 20 Februari 2020, siri ini diperbaharui untuk musim kelapan. Pada 27 Januari 2021, siri ini diperbaharui untuk musim kesembilan. Ia akan tayang perdana pada 21 Oktober 2021.

Projek ini sangat disanjung oleh pengkritik televisyen di Amerika Syarikat, dan lakonan James Spader dicalonkan untuk Golden Globe Award.

Jalan cerita sunting

Raymond "Red" Reddington (Spader), seorang bekas pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan penjenayah berprofil tinggi menyerah diri kepada Biro Penyiasatan Persekutuan selepas diburu selama berdekad-dekad, namun dia mempunyai senarai penjenayah paling berbahaya yang sudi diberikannya sebagai kerjasama bersyarat dia dilepaskan; pencarian ini turut dibantu Elizabeth Keen (Boone), seorang pakar pemprofil.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "NBC Reveals Its 2013–14 Primetime Schedule". The Futon Critic. May 12, 2013. Dicapai pada May 19, 2013.

Pautan luar sunting