The Chase merupakan sebuah rancangan realiti ekspedisi di TV3 mulai 17 Disember 2006.

Program ini menyaksikan sebanyak 27 kumpulan, dua anggota setiap kumpulan, bersaing pada peringkat awal. Sembilan kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, dan tiga daripadanya bakal berentap ke final, tahun depan.

Sepanjang rancangan ini, penonton akan dapat melihat peserta menggunakan kenderaan Perodua (penaja utama program) untuk bergerak dari satu lokasi ke destinasi berikutnya, sambil melakukan beberapa tugas yang diberikan setelah menerima petunjuk menerusi telefon bimbit masing-masing. Antara tempat persinggahan pula adalah cawangan Perodua itu sendiri.

Setiap minggu (sembilan episod) menyaksikan tiga pasukan berentap, dengan juara mingguan akan bersaing pula bersama lapan pasukan lain yang turut mara ke separuh akhir. Juara setiap minggu tiga acara separuh akhir akan berpeluang muncul juara The Chase apabila mereka bertarung di peringkat akhir.

Sang juara, antara lain akan membawa pulang hadiah berupa dua unit kereta Perodua MyVi Ez (automatik) bernilai RM46,455.60 setiap satu. Sementara hadiah menarik untuk penonton di rumah juga turut disediakan, yang boleh dimenangi menerusi peraduan mudah pada penghujung setiap episod.

Antara peserta rancangan ini ialah penyampai Hot FM, Fara Fauzana bersama teman karibnya, Oyien.