Le Comte de Monte-Cristo

(Dilencongkan dari The Count of Monte Cristo)

Le Comte de Monte-Cristo ("Comte Monte-Cristo", tajuk bahasa Inggeris: The Count of Monte-Cristo) ialah sebuah novel terbit tahun 1844 karya Alexandre Dumas dan Auguste Maquet. Ia diinspirasikan laporan seorang pegawai polis mengenai salah satu suspek yang dihadapinya, Pierre Picaud[1] - seorang lelaki yang membalas dendam terhadap pihak yang cuba menjatuhkan pertunangannya dengan seorang perempuan kaya dengan tuduhan bahawa dia seorang perisik kerajaan England.

Novel ini bukan sahaja menjadi antara karya terkenal nukilan Dumas (selain Les Trois Mousquetaires), malah menjadi antara karya paling masyhur dalam kesusasteraan Barat.

Jalan cerita sunting

Pada 1815, Edmond Dantès, seorang kelasi pulang ke Marseille untuk mengahwini tunangnya, Mercédès. Pada malam sebelum perkahwinan mereka berdua, Dantès dihantarkan suatu surat layang awanama (sebenarnya oleh seorang pegawai bawahan) yang menuduhnya sebagai seorang penyokong Napoleon Bonaparte - golongan tersebut pada ketika itu dilihat sebagai musuh negara Perancis. Dantès diperangkap dan ditahan, di mana hakim mahkamah kawasan itu, Villefort turut menghukumnya ke penjara tanpa perbicaraan setelah mendapati ada bahan bukti berkaitan hubungan Dantès dengan ayahnya yang boleh memusnahkan kerjaya Villefort.

Di penjara, Edmond bertemu seorang paderi bernama Abbé Faria. Faria mengajarnya banyak ilmu bahasa, budaya dan sains sepanajng mereka berkenalan; malah dia menceritakan adanya suatu harta karun dalam sebuah pulau iaitu Monte Cristo. Setelah Faria meninggal dunia, Dantès membawa dirinya dalam suatu guni mayat yang dbuang ke dalam laut, beliau meloloskan diri ke sebuah pulau berdekatan yang disinggahi sebuah kapal yang turut melepasi pulau Monte Cristo. Setelah Dantès mendapatkan semula harta ini, dia pulang ke Marseille secara tersembunyi. Dia kemudiannya membeli pulau Monte Cristo serta gelarann Comte dari kerajaan Toscana.

Watak-watak sunting

  • Edmond Dantès - seorang kelasi berkelakuan baik. Beliau memperoleh gelaran Comte Monte-Cristo setelah bebas dari pemenjaraan dan mendapat suatu warisan kekayaan.
  • Mercédès Mondego (nama keluarga asal: Herrera) - Seorang gadis dari Catalonia, tunang Edmond.
  • Abbé Faria - seorang paderi yang sepenjara dengan Edmond, malah menjadi sahabatnya.
  • Giovanni Bertuccio - Pembantu setia Comte Monte Cristo.
  • Gérard de Villefort - naib pendakwa yang bertindak menahan Dantès, namun kemudiannya berhubung dengan Dantès ketika Dantès merancang membalas dendam.
  • Baron Danglars - pegawai bawahan Dantès, dalang di sebalik pemenjaraan silapnya.

Rujukan sunting

  1. ^ A. Levavasseur dkk, penyunting (1838). "LXXIV - Le Diamant et la Vengeance". Mémoires tirés des Archives de la Police de Paris. 5. m/s. 197.

Pautan luar sunting