The Danish Girl ialah filem drama romantik biografi 2015 arahan Tom Hooper, berdasarkan dari novel 2000 dengan judul sama oleh David Ebershoff, dan diilhamkan oleh kisah hidup pelukis Denmark Lili Elbe dan Gerda Wegener.[4] Filem ini dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai Elbe, Alicia Vikander sebagai Wegener, dan Sebastian Koch sebagai Kurt Warnekros, dengan Ben Whishaw, Amber Heard, dan Matthias Schoenaerts dalam peranan pembantu.

The Danish Girl
Poster keluaran tayangan
PengarahTom Hooper
Lakon layarLucinda Coxon
BerdasarkanThe Danish Girl oleh
David Ebershoff
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDanny Cohen
Disunting olehMelanie Ann Oliver
Muzik olehAlexandre Desplat
Syarikat
penerbitan
  • Working Title
  • Artemis Productions
  • Revision Pictures
  • Senator Global Productions
Diedarkan olehFocus Features (Amerika Syarikat)
Universal Pictures (Antarabangsa)
Tarikh tayangan
  • 05 September 2015 (2015-09-05) (Venice)
  • 27 November 2015 (2015-11-27) (Amerika Syarikat)
  • 01 Januari 2016 (2016-01-01) (United Kingdom)
Masa tayangan
119 minit[1]
Negara
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$15 million[2]
Pecah panggung$64.2 juta[3]

Filem ini turut serta di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-72,[5][6] dan ia telah dipertontonkan semasa Persembahan Khas Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015.[7] Filem ini dikeluarkan dalam keluaran tayangan terhad pada 27 November 2015 oleh Focus Features di Amerika Syarikat.[8] Filem ini dikeluarkan pada 1 Januari 2016, di United Kingdom, dengan Universal Pictures International mengendalikan pengedaran antarabangsa.[9]

Filem itu menerima beberapa kritikan untuk gambaran yang tidak tepat mengenai peristiwa bersejarah, tetapi persembahan Redmayne dan Vikander menerima pujian dan pencalonan yang meluas bagi semua penghargaan utama. Untuk persembahan mereka, Vikander memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Redmayne dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik, sementara filem itu menerima pencalonan Anugerah Akademi tambahan untuk Reka Bentuk Penerbitan Terbaik dan Reka Bentuk Kostum Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Anugerah BAFTA untuk Filem British Terbaik.

Pelakon sunting

Keluaran dan sambutan sunting

Ulasan kritis sunting

The Danish Girl menerima ulasan positif dari pengkritk. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki penarafan 67%, berdasarkan 227 ulasan, dengan penarafan rata-rata 6,6/10.[12] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapat skor 66 dari 100, berdasarkan 41 kritikan, menunjukkan "ulasan yang baik".[13]

Kutipan pecah panggung sunting

The Danish Girl meraih kutipan $11.114.018 di Amerika Utara dan $53.077.505 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $64.191.523, melebihi anggaran penerbitan filem $15 juta.[3]

Pada pembukaan akhir tayangan terhad, filem ini mendapat $187.318, menempati kedudukan ke-26 di pecah panggung. Namun, pada pembukaan akhir tayangan secara luas, filem ini mendapat $526.374, menempati kedudukan ke-21 di pecah panggung.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "THE DANISH GIRL (15)". British Board of Film Classification. 3 December 2015. Dicapai pada 3 December 2015.
  2. ^ "How 'The Danish Girl' Made It to the Screen After a 15-Year Odyssey". Indiewire. 7 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2015. Dicapai pada 10 Disember 2015.
  3. ^ a b c "The Danish Girl (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada 12 April 2016.
  4. ^ "BOOKS OF THE TIMES; Radical Change and Enduring Love". The New York Times. 14 February 2000. Dicapai pada 11 December 2015.
  5. ^ "Venice Film Festival: Lido Lineup Builds Awards Season Buzz - Full List". Deadline Hollywood. Dicapai pada 29 July 2015.
  6. ^ "Venice Fest Reveals Robust Lineup Featuring Hollywood Stars and International Auteurs". Variety. Dicapai pada 29 July 2015.
  7. ^ "Toronto to open with 'Demolition'; world premieres for 'Trumbo', 'The Program'". ScreenDaily. 28 July 2015. Dicapai pada 28 July 2015.
  8. ^ Hatchett, Keisha (2015-03-04). "'The Danish Girl' starring Eddie Redmayne gets awards season release date". EW.com. Dicapai pada 2015-09-06.
  9. ^ "Lana Wachowski helped Eddie Redmayne prepare for The Danish Girl". GayTimes.co.uk. 24 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-25. Dicapai pada 25 November 2015.
  10. ^ "The Danish Girl: Full Cast & Crew". IMDb. Dicapai pada 27 August 2018.
  11. ^ "Danish Girl Star Alicia Vikander on how gender is extremely fluid". TheWrap. 27 November 2015. Dicapai pada 27 August 2018.
  12. ^ "The Danish Girl (2015)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada October 3, 2016.
  13. ^ "The Danish Girl reviews". Metacritic. Dicapai pada October 3, 2016.

Pautan luar sunting