The Eternals (filem)

filem

Eternals adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2021 berdasarkan watak Marvel Comics, Eternals. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, ia merupakan filem ke-26 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Chloé Zhao, dengan lakon layar oleh Matthew dan Ryan Firpo. Dibintangi oleh Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Don Lee, Barry Keoghan, Angelina Jolie dan Kit Harington.

Eternals
PengarahChloé Zhao[1]
Lakon layar oleh
  • Matthew K. Firpo
  • Ryan Firpo[2]
BerdasarkanEternals oleh
Jack Kirby
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarWalt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
5 November 2021 (2021-11-05)(Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$200 juta

Pada April 2018, presiden Marvel Studios Kevin Feige mengumumkan bahawa filem berdasarkan Eternals telah memulakan perkembangan, dengan Matthew dan Ryan Firpo disewa untuk menulis naskah untuk projek itu pada Mei 2018. Menjelang akhir September, Marvel telah mengupah Zhao untuk mengarahkan filem. Fotografi utama bermula pada Julai 2019, dengan lokasi termasuk Pinewood Studios, London dan Oxford di England, dan Kepulauan Canary, yang berlangsung sehingga Februari 2020.

The Eternals dijadualkan untuk tayangan di Amerika Syarikat pada 5 November 2021, sebagai sebahagian daripada Fasa Empat MCU.[3]

RingkasanSunting

Selepas tragedi yang tidak dijangka berikutan peristiwa Avengers: Endgame (2019),[4] Eternals, bangsa alien abadi yang dicipta oleh Celestial yang diam-diam tinggal di Bumi selama lebih dari 7000 tahun-menyatukan semula untuk melindungi manusia daripada rakan-rakan jahat mereka, Deviants.

PelakonSunting

 
Barisan pelakon The Eternals di San Diego Comic-Con 2019
  • Richard Madden sebagai Ikaris
  • Gemma Chan sebagai Sersi. Beliau sebelum ini memainkan Minn-Erva dalam Captain Marvel (2019)
  • Kumail Nanjiani sebagai Kingo
  • Lauren Ridloff sebagai Makkari
  • Brian Tyree Henry sebagai Phastos
  • Salma Hayek sebagai Ajak
  • Lia McHugh sebagai Sprite
  • Don Lee sebagai Gilgamesh
  • Barry Keoghan sebagai Druig
  • Angelina Jolie sebagai Thena
  • Kit Harington sebagai Dane Whitman / Black Knight

Selain itu, Haaz Sleiman memegang watak suami Phastos.

KeluaranSunting

Eternals dijadualkan akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 5 November 2021. Sebelum ini dijadualkan tayangan pada 6 November 2020, sebelum beralih ke 12 Februari 2021, dan kemudian ke tarikh November 2021, akibat pandemik COVID-19.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Kit, Borys (September 21, 2018). "Marvel Studios' 'The Eternals' Finds Its Director With Chloe Zhao". The Hollywood Reporter. Diarkib daripada yang asal pada September 21, 2018. Dicapai pada September 21, 2018.
  2. ^ Kit, Borys (May 15, 2018). "Marvel Sets Black List Writers for 'Eternals' Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkib daripada yang asal pada May 16, 2018. Dicapai pada May 15, 2018.
  3. ^ a b Welk, Brian (April 3, 2020). "'Black Widow' Moves to November as Other MCU Films Shift Back to 2021, 2022". TheWrap. Diarkib daripada yang asal pada April 3, 2020. Dicapai pada April 14, 2020.
  4. ^ Peters, Megan (14 Januari 2020). "Marvel Releases New Eternals Synopsis". Comicbook. Diarkib daripada yang asal pada 14 Januari 2020. Dicapai pada 14 Januari 2020.

Pautan luarSunting