The First Collage merupakan album mini pertama artis dari Korea Selatan, Yang Yo-seob. Ia dilancarkan pada 26 November 2012 oleh label Cube Entertainment.[3] Album ini mengandungi 5 buah lagu dengan lagu "Caffeine" sebagai runut utamanya.

The First Collage
EP oleh
Dilancarkan pada26 November 2012
Dirakamkan pada2012
GenreK-pop Edit the value on Wikidata
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatCube Entertainment
PenerbitYong Jun-hyung
Ulasan profesional
Single daripada The First Collage
  1. "Caffeine"
    Dikeluarkan: 26 November 2012
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Pada 19 November, anggota kumpulan muzik Beast, Yong Jun-hyung mendedahkan satu senarai runut lagu di Twitter dan tiada penerangan lanjut mengenainya. Peminat mula percaya bahawa itu merupakan projek solo penampilan sulung Jun-hyung atau kemunculan semula Beast.[4] Pada 21 November 2012, maklumat tentang senarai runut itu didedahkan dan ia merupakan senarai runut bagi album mini yang bertajuk The First Collage. Album itu adalah album pertama Yo-seob dan Jun-hyung sebenarnya adalah penerbit bagi album tersebut.[5]

Bagi mempromosikan album ini, beberapa teaser dikeluarkan dalam beberapa hari diikuti dengan pelancaran teaser video muzik lagu utama album ini, "Caffeine" pada 23 November. Video muzik penuh pula dilancarkan pada 27 November.[6]

Senarai runut sunting

Warna yang digelapkan pada senarai lagu di bahagian Tajuk bermaksud single promosi bagi album.

Kesemua muzik digubah oleh Yong Jun-hyung[7].

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Look At Me Now" (Lihatlah Aku Sekarang) Yong Jun-hyungYong Jun-hyung03:07
2."Caffeine" (카페인) OpheliaYong Jun-hyung03:37
3."Lakukan Apa Yang Telah Kau Lakukan" (하던 대로 해, Hadeon Daero Hae) Jeong Ho-hyeonJeong Ho-hyeon03:17
4."Namun Aku..." (그래도 나는, Geuraedo Naneun) E.OneJeong Ho-hyeon04:07
5."Kau Tidak Tahu" (그대는 모르죠, Geudaeneun Moreujyo) Yong Jun-hyungYong Jun-hyung03:20


Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) contagion. "Review - Yoseob 'The First Collage'". allkpop. Dicapai pada 29 November 2012.
  2. ^ (Korea) "네이버 뮤직 - The First Collage". 네이버 뮤직. Dicapai pada 29 November 2012.
  3. ^ (Inggeris) "B2ST's Yoseob release 1st solo album 'The First Collage' (Yoseob dari B2ST melancarkan album solo pertama, 'The First Collage')". allkpop. 2012. Dicapai pada 29 November 2012.
  4. ^ (Inggeris) "B2ST's Junhyung reveals the album tracklist for his solo album? (Junhyung dari B2ST mendedahkan senarai runut album untuk album solonya?)". allkpop. 2012.
  5. ^ (Inggeris) "B2ST's Yoseob to release solo mini album produced by Junhyung (Yoseob dari B2ST melancarkan album mini solo yang dihasilkan oleh Junhyung)". allkpop. Dicapai pada 29 November 2012.
  6. ^ (Inggeris) "Yoseob releases "Caffeine" MV (Yoseob lancarkan MV "Caffeine")". allkpop. Dicapai pada 29 November 2012.
  7. ^ "Cube Entertainment - Yoseob Debut Album". Cube Entertainment. 2012. Dicapai pada 16 November 2012.

Pautan luar sunting