The Golden Palace merupakan sitkom Amerika dan merupakan kesinambungan sitkom The Golden Girls yang disiarkan menerusi CBS dari 18 September 1992 sehingga 14 Mei 1993, dengan siaran ulangan sehingga 6 Ogos 1993. Walaupun tidak sepopular The Golden Girls, siri ini berjaya menghasilkan sebanyak 24 episod untuk siaran 30 minit untuk satu musim. CBS telah membatalkan rancangan ini pada tahun 1993. [1]

The Golden Palace
Fail:Goldenpalacelogo.jpg
PenciptaSusan Harris
Dibintangi oleh
Betty White
Rue McClanahan
Estelle Getty
Don Cheadle
Cheech Marin
Billy L. Sullivan
Penggubah lagu tema
Andrew Gold
Lagu pembukaan"Thank You for Being a Friend"
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod24
Penerbitan
Tempoh siaran22–24 minit
Syarikat penerbitan
Witt/Thomas/Harris Productions
Touchstone Television
Syarikat pengedaran
Buena Vista Television
Penyiaran
Saluran asalCBS
Siaran asal18 September 1992 (1992-09-18) – 14 Mei 1993 (1993-05-14)
Kronologi
MengikutiThe Golden Girls
Diikuti olehThe Golden Girls: Their Greatest Moments

Sinopsis sunting

The Golden Palace bermula di mana The Golden Girls ditamatkan. Setelah Dorothy Zbornak berkahwin, tiga lagi rakan serumah (Sophia Petrillo, Rose Nylund, dan Blanche Devereaux) memutuskan untuk melabur dalam sebuah hotel di Miami yang ingin dijual. Hotel ini telah membuang hampir kesemua kakitangannya bagi membuat lebih keuntungan, dengan meninggalkan dua orang staf: Roland Wilson, pengurus hotel, dan Chuy Castillos, tukang masak hotel. Ini telah memaksa ketiga-tiga wanita tersebut melakukan tugas-tugas staf yang telah dibuang.

Siri ini memfokuskan interaksi di antara tetamu hotel dan staf hotel, termasuk antara Sophia, Rose, Blanche dan bekas staf hotel. Siri ini banyak menampilkan pelakon jemputan termasuklah yang pernah muncul dalam The Golden Girls, seperti Debra Engle dan Harold Gould sebagai Rebecca Devereaux dan Miles Webber, serta beberapa selebriti lain. Bea Arthur turut muncul sebagai Dorothy Zbornak dimana beliau muncul di hotel untuk melawat ibunya, Sophia.

Berikutan pembatalan siri ini, Sophia kembali ke rumah persaraan Shady Pines, dan muncul sebagai ahli dalam siri TV Empty Nest. Manakala nasib Rose, Blanche dan hotel tidak dinyatakan.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "BBC – Comedy Guide – The Golden Palace". Web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-15. Dicapai pada 2013-09-09.

Pautan luar sunting