The Honor of the Mounted
The Honor of the Mounted merupakan filem senyap Amerika Syarikat 1914 arahan Allan Dwan, yang dibintangi Murdock MacQuarrie, Pauline Bush, dan Lon Chaney.[1] Filem ini dikategorikan sebagai hilang.[2]
The Honor of the Mounted | |
---|---|
Pengarah | Allan Dwan |
Penulis | Arthur Rosson |
Dibintangi oleh | Murdock MacQuarrie Pauline Bush Lon Chaney |
Pengedar | Universal Film Manufacturing Company |
Mula ditayangkan | 17 Februari 1914 |
Tempoh tayangan | 30 minit |
Negara | AS |
Bahasa | Bisu |
PelakonSunting
- Murdock MacQuarrie sebagai Mountie
- Pauline Bush sebagai Marie Laquox
- Lon Chaney sebagai Jacques Laquox
- James Neill
- Gertrude Short
Nota produksiSunting
Filem ini menjalani pengambaran di Gunung Lowe, California selama dua hari. Dalam masa yang sama, pengarah Allan Dwan turut melakukan pengambaran untuk filem Bloodhounds of the North yang turut dibintangi oleh Murdock MacQuarrie, Pauline Bush, dan Lon Chaney.[3] Ketika pengambaran, Lon Chaney dan Arthur Rosson telah tersesat dan tidak ditemui sehinggalah penghujung hari. Malahan pelakon dan krew terperangkap dalam kabin selama lima hari disebabkan oleh hujan lebat. Bagi tidak membuang masa, Dwan telah melakukan latihan bersama para pelakon untuk filem, Richelieu.[4]
RujukanSunting
- ^ "Silent Era: The Honor of the Mounted". silentera. Dicapai pada 2008-06-15.
- ^ Lombardi, Frederic (2013). Allan Dwan and the Rise and Decline of the Hollywood Studios. McFarland. m/s. 30. ISBN 0-786-43485-6.
- ^ Blake, Michael F. (2001). The Films of Lon Chaney. Madison Books. halaman 8–9. ISBN 1-568-33237-8.
- ^ Blake, Michael F. (1997). A Thousand Faces: Lon Chaney's Unique Artistry in Motion Pictures. Vestal Press. m/s. 27. ISBN 1-461-73076-7.