The Hurt Locker adalah filem 2008 tentang pengalaman unit Tentera Darat Amerika Syarikat dalam Perang Iraq. Filem ini meraih 6 kategori Oscar termasuk Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-82. Filem ini juga memenangi 6 kategori di Anugerah Akademi Filem Inggeris (BAFTA) 2010 di Royal Opera House, London.

The Hurt Locker
Dari atas tanah lapang gurun kering, seseorang beruniform tentera hijau dengan pad tebal memegang wayar merah yag disambung kepada tujuh tabung bom berentuk pil di sekelilingnya. Di atas poster terdapat tiga pandangan positif pengkritik: "A near-perfect movie," "A full-tilt action picture," dan "Ferociously suspenseful." Di bawah petikan ini ialah tajuk "THE HURT LOCKER" dan slogan, "You don't have to be a hero to do this job. But it helps."
Poster keluaran teater
PengarahKathryn Bigelow
PenulisMark Boal
Dihasilkan olehKathryn Bigelow
Mark Boal
Nicolas Chartier
Greg Shapiro
DibintangiJeremy Renner
Anthony Mackie
Brian Geraghty
Christian Camargo
Evangeline Lilly
Ralph Fiennes
David Morse
Guy Pearce
SinematografiBarry Ackroyd
Disunting olehChris Innis
Bob Murawski
Muzik olehMarco Beltrami
Buck Sanders
Diedarkan olehSummit Entertainment
Tarikh tayangan
4 September 2008 (2008-09-04)
(Pesta Filem Venice ke-65)

26 Jun 2009 (2009-06-26)
Amerika Syarikat
Masa tayangan
131 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$15 juta[1]
Pecah panggung$36,881,971[1]

Filem ini diarahkan oleh Kathryn Bigelow. Dia menjadi pengarah wanita pertama memenangi Pengarah Terbaik. Filem itu turut memenangi anugerah Lakon Layar, Sinematografi, Suntingan dan Bunyi Terbaik.

Skrip filem ditulis oleh Mark Boal yang pernah menjadi wartawan yang meliputi unit pemusnah bom tentera Amerika di medan perang Iraq. Pasukan tentera pemusnah bom berhadapan dengan ancaman pemberontak dan ketegangan setiap hari. Filem ini dibuat di Jordan , berhampiran sempadan Iraq.

2008 pertama kali ditayangkan di Itali dalam Festival Filem Venice.Ia ditayangkan di Amerika Syarikat pada 26 jun 2009 di New York dan Los Angeles.

Saingan filem ini ialah The Blind Side, Inglourious Basterds, Up, District 9, An Education, A Serious Man, Up In The Air dan Precious. Bekas suami Kathryn Bigelow iaitu James Cameron yang mengarahkan filem Avatar terpaksa berputih mata.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "The Hurt Locker (2009)". Box Office Mojo. Dicapai pada 20 Mac 2010.