Buka menu utama

The Jakarta Post merupakan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang berpejabat di Jakarta. Akhbar ini diterbitkan pada 1982, ketika Menteri Penerangan Ali Moertopo dan Jusuf Wanandi (yang mewakili akhabar Suara Karya terbitan Parti Golongan Karya), telah sepakat untuk membentuk sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang bermutu.[1][2]

The Jakarta Post
The Jakarta Post logo 2016.svg
JenisSurat khabar harian
Diasaskan25 April 1983 (13246 keluaran)
Ibu pejabatJakarta, Indonesia
PemilikPT Bina Media Tenggara
Laman sesawang[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perusahaan PT Bina Media Tenggara, pemilik surat khabar ini, juga ditubuhkan pada tahun itu juga. Pada ketika itu sebenarnya sudah terdapat akhbar 'Indonesia Times' dan 'Indonesian Observer' yang merupakan dua akhbar harian berbahasa Inggeris yang terdapat di pasaran Indonesia.

Pada 25 April 1983 terbitlah akhbar pertama The Jakarta Post dengan lapan halaman, yang memuatkan berita mengenai kegiatan pengintip Rusia di daerah itu. Ia berjaya menjual sejumlah 5,474 naskhah. Sementara itu, peredaran dan penjualannya sekarang mencapai 50,000 naskah. The Jakarta Post merupakan satu-satunya akhbar antarabangsa dari Indonesia.

RujukanSunting

  1. ^ Krishna Sen; David T. Hill (2006). Media, Culture and Politics in Indonesia. Equinox Publishing. m/s. 60–. ISBN 978-979-3780-42-9. 
  2. ^ "Surabaya Post, Observer close over financial problems". Laksamana.Net. Pacific Media Watch. 23 July 2002. Dicapai 28 January 2019. 

Pautan luarSunting