The League of Extraordinary Gentlemen (filem)

The League of Extraordinary Gentlemen ("Pakatan Lelaki Budiman Yang Luar Biasa") merupakan sebuah filem aksi berbahasa Inggeris tahun 2003 arahan Stephen Norrington. Ia merupakan adaptasi novel grafik berjudul sama karya Alan Moore dan Kevin O'Neill.

The League of
Extraordinary Gentlemen
PengarahStephen Norrington
Lakon layarJames Dale Robinson
BerdasarkanThe League of Extraordinary Gentlemen oleh
Alan Moore
Kevin O'Neill
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDan Laustsen
Disunting olehPaul Rubell
Muzik olehTrevor Jones
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 11 Julai 2003 (2003-07-11)
Masa tayangan
110 minit[2]
Negara
  • United Kingdom
  • Jerman
  • Republik Czech
  • India
  • Amerika Syarikat[1]
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$78 juta[3]
Pecah panggung$179.3 juta

Plot sunting

Pada tahun 1899, satu kumpulan pengganas yang diketuai oleh Fantom telah melakukan rompakan di Bank of England untuk mencuri pelan tindakan Leonardo da Vinci dari Venezia, dan kemudian menculik beberapa saintis Jerman untuk menjalankan satu misi rahsia yang boleh menakluki dunia suatu hari nanti. Ketegangan antara pihak British dan Jerman sampai tahap kemuncak dengan Kerajaan British terpaksa menghantar Sanderson Reed ke Kenya untuk merekrut seorang pakar penyiasat khas dalam bidang keganasan yang dikenali sebagai Allan Quatermain, dia yang telah bersara setelah kecewa di atas kematian anaknya. Quatermain pada mulanya enggan menyertainya sehingga sekumpulan pembunuh upahan dihantar untuk membunuhnya, mengakibatkan kematian rakan lamanya, Nigel.

Sementara itu di London, Quatermain bertemu dengan "M", yang mendedahkan bahawa rancangan Fantom untuk memulakan perang dunia dengan mengebom pertemuan rahsia para pemimpin dunia di Venezia. Untuk mengelakkan ini, M membentuk generasi terbaru Liga Budiman Luar Biasa yang terdiri daripada Quatermain, Kapten Nemo, ahli kimia pontianak wanita Mina Harker, dan pencuri halimunan Rodney Skinner.

Pakatan ini berhijrah ke sebuah dermaga di London untuk merekrut Dorian Gray, bekas kekasih Mina yang kekal abadi kerana potret berhantu wajahnya yang hilang. Pembunuh upahan Fantom telah menyerang pakatan ini, tetapi berjaya ditumpaskan dan dibantu oleh dari Tom Sawyer, seorang ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat. Kemudiannya, Dorian dan Sawyer mula menyertai pakatan. Mereka kemudian menawan Edward Hyde di Paris, yang berubah dari jasad Dr. Jekyll untuk melengkapkan pakatan setelah ditawarkan pengampunan dari Quatermain. Perjalanan pakatan ini ke Venezia menggunakan kapal selam Nemo, Nautilus, tetapi tidak lama kemudian berlaku kerosakan pada kapal tersebut angkara sabotaj dari pengganas Fantom. Jekyll, Skinner telah hilang dari kumpulan tersebut. Quatermain, Mina dan Sawyer bertempur di darat. Manakala Kapten Nemo dan krewnya berusaha menyelamatkan Nautilius dari karam di lautan.

Quatermain akhirnya berjaya memerangkap Fantom, dan topeng diwajahnya berjaya dibuka. Sebenarnya M adalah Fantom. M berjaya meloloskan dirinya. Sementara itu, di atas kapal, Dorian telah menembak mati Ishmael, krew kapal Nautilius. Kini pakatan budiman hanya tinggal Quatermain, Kapten Nemo, Sawyer dan Mina sahaja untuk menumpaskan Fantom dan konco-konconya. Satu piring hitam ditemui yang menjelaskan tentang kronologi pakatan jahat ini yang menjadi gunting dalam lipatan di dalam pakatan baik. Gray berjaya melaksanakan tugasnya dengan meletakkan racun magnesium Phosporus ke dalam darah Mina, mengambil DNA Skinner dan meletakkan dalam ramuan ubat Dr. Jekyll.

Mereka bekerjasama dan memperbaiki Nautilius secepat yang mungkin. Skinner yang menghilangkan diri, tiba-tiba menghubungi pakatan Quatermain untuk memberi isyarat dan petunjuk agar dapat mengekori rapat Fantom, Dorian dan konco-konconya. Mereka berlayar ke lautan timur sebelum mendarat di lembah bersalji di Mongolia. Disana, mereka menjumpai satu markas atau kubu Fantom. Skinner mula memunculkan dirinya dan menceritakan tentang selok belok kubu tersebut dan modus operandi pakatan ini terhadap dunia di era masa kini. Skinner mencadangkan agar pasukan ini menyelinap masuk ke dalam kubu menggunakan paip serombong. Mereka akhirnya berjaya untuk menyelinap masuk dari dasar bawah tanah kubu tersebut.

Quatermain dan Sawyer bergerak untuk mencari Fantom, Skinner ditugaskan untuk menyiapkan bahan letupan secara halimunan. Kapten Nemo dan krewnya berpecah untuk menyelamatkan para tawanan selain dibantu oleh Mr Hyde. Manakala Mina pula akan memburu Dorian. Fantom pada mulanya dapat diberkas oleh Quatermain kemudian meloloskan dirinya sekali lagi bersama-sama formula kimianya. Manakala Mina berjaya membunuh Dorian dengan memasukkan kembali rohnya ke dalam potret berhantu tersebut. Skinner yang dibantu Sawyer mengalami kecederaan kritikal selepas disambar api semasa bertarung dengan jelmaannya hasil formula dari Fantom. Mr. Hyde juga mengalami pertempuran yang sama seperti Skinner, dia terpaksa bertarung dengan gergasi kebal yang lebih besar dari tubuhnya. Tiba-tiba, satu letupan kuat berlaku dan memusnahkan kubu milik Fantom. Tetapi Quatermain dan Skinner tidak dapat diselamatkan. Ahli yang lain pakatan budiman terselamat dari letupan tersebut.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The League of Extraordinary Gentlemen". British Film Institute. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-16. Dicapai pada November 10, 2012.
  2. ^ "THE LEAGUE OF EXTRAORDINARY GENTLEMEN (12A)". British Board of Film Classification. July 11, 2003. Dicapai pada August 16, 2015.
  3. ^ "The League of Extraordinary Gentlemen (2003) – Box Office Mojo". boxofficemojo.com.

Pautan luar sunting