The Lord of the Rings: The Two Towers

The Lord of the Rings: The Two Towers merupakan filem fantasi epik, yang diarahkan oleh Peter Jackson berdasarkan buku jilid kedua bagi siri The Lord of the Rings karangan J. R. R. Tolkien. Filem ini telah mula ditayangkan pada 18 Disember 2002, dengan masa tayangan 179 minit.

The Lord of the Rings: The Two Towers
Poster untuk The Lord of the Rings: The Two Towers
PengarahPeter Jackson
PenulisNovel:
J. R. R. Tolkien
Screenplay:
Frances Walsh
Philippa Boyens
Stephen Sinclair
Peter Jackson
Dihasilkan olehPeter Jackson
Barrie M. Osborne
Frances Walsh
DibintangiElijah Wood
Ian McKellen
Liv Tyler
Viggo Mortensen
Sean Astin
Cate Blanchett
John Rhys-Davies
Bernard Hill
Christopher Lee
Billy Boyd
Dominic Monaghan
Orlando Bloom
Hugo Weaving
Miranda Otto
David Wenham
Brad Dourif
Andy Serkis
Sean Bean
Karl Urban
Craig Parker
John Noble
SinematografiAndrew Lesnie
Disunting olehMichael Horton
Muzik olehHoward Shore
Diedarkan oleh- AS -
New Line Cinema
- bukan AS -
Pelbagai
Tarikh tayangan
18 Disember 2002
Masa tayangan
Wayang:
179 min.
Edisi lanjutan:
223 min.
Negara New Zealand
 Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Sindarin
BajetAS$$94 juta
Pecah panggungAS$926,287,400

Menjadi sambungan kepada plot The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, ia mempunyai tiga bahagian penceritaan, iaitu Frodo dan Sam meneruskan misi mereka untuk menghapuskan Cincin yang Satu di Mordor dan berjumpa Gollum, pemilik terdahulu. Aragorn, Legolas, dan Gimli bersama bertarung untuk negeri Rohan bersama Gandalf yang telah hidup kembali, sebelum peperangan di Helm's Deep, sementara Merry dan Pippin terlepas dari penculikan dan menemui Treebeard, gergasi Ent.

Filem ini telah mendapat banyak kritikan dan lebih berkontroversi dari filem pertama. Walau bagaimanapun, filem ini telah pecah panggung dan sangat berjaya, mengutip lebih AS$900 juta seluruh dunia, menandingi filem terdahulunya. DVD Edisi Khas Lanjutan telah dilancarkan pada 19 November 2003.

Plot sunting

Filem bermula dengan imbasan filem pertama, apabila Gandalf terjatuh dari Jambatan Khazad-dûm dan melawan Balrog. Frodo terbangun dari mimpinya dan meneruskan perjalanan di Emyn Muil dengan rakannya yang setia dan dipercayai, Sam, dan mereka diserang oleh Gollum, yang mahu kembali "barang berharganya" dari orang yang mencurinya, tetapi Hobbit itu berjaya mengikatnya dengan tali pari-pari. Sam mahu meninggalkan sahaja Gollum, tetapi Frodo mengasihaninya. Disebabkan mereka memerlukan panduan, Frodo membuatkan Gollum bersetuju untuk membawa mereka ke Pagar Hitam Mordor.

Di Rohan, Uruk-hai berlari bersama Merry dan Pippin yang diculik mereka. Aragorn, Legolas dan Gimli ppula mengekori mereka tiga hari berturut-turut. Mereka baru sedar yang mereka berada di Rohan, dan Legolas berpendapat yang Hobbit ini akan dibawa ke Isengard. Di sana, Saruman melancarkan serangan ke atas negeri itu, dan di ibu negerinya Edoras, Raja Théoden telah lemah pemikiran dan jasmaninya kerana telah disihir oleh pemangkunya, Gríma Wormtongue, yang berkhidmat untuk Saruman. Orc dengan bebas merkeliaran dan membunuh manusia termasuk satu-satunya putera raja iaitu Théodred. Anak saudara Théoden, Éomer dengan marah menyedari bahawa Gríma telahpun menjadi tali barut Saruman dan bertanya apa yang berbaloi dengan menjadi tali barut ahli sihir itu.

Frodo dan Sam melintasi Paya Maut, bersembunyi dari Ringwraith dan tunggangannya. Mereka pun tiba di Pagar Hitam, tetapi hanya untuk mendapat tahu oleh Gollum yang ia terlalu bahaya untuk dilepasi. Merry dan Pippin terlepas ketika tentera Éomer membunuh semua Uruk-hai, dan kemudian memberitahu Aragorn tentang pembunuhan itu, lalu ketiga-tiga mereka mengikut jejak hingga ke rimba Fangorn. Di sana Merry dan Pippin bertemu Ent tua, Treebeard dan Ahli Sihir Putih. Aragorn, Legolas dan Gimli mendapati yang Ahli Sihir Putih ini ialah Gandalf yang dilahirkan semula, telah mengorbankan dirinya ketika bertarung dengan Balrog. Mereka menuju ke Edoras dengan berkuda, dan melepaskan rasukan Saruman terhadap Théoden serta menghalau Wormtongue. Théoden kini mengetahui tentang kematian puteranya dan sudah tiba waktu peperangan lalu memutuskan untuk melarikan diri ke Helm's Deep iaitu sebuah kubu pertahanan yang besar dan telah banyak kali melindungi rakyat Rohan. Gandalf menaiki kuda untuk mencari Éomer dan Rohirrimnya, dan Éowyn mula mengenali Aragorn lebih rapat.

 
10,000 Uruk-hai menyerang Helm's Deep.

Di Ithilien, Gollum membuang dirinya yang lagi satu, dan cuba berbaik dengan Frodo dan Sam. Mereka juga berhadapan dengan peperangan dan ditangkap oleh tentera Gondor. Ketika dalam perjalanan ke Helms Deep, Aragorn terpaksa menyelamatkan orang ramai yang melarikan diri dari Warg Saruman. Ketika itu, dia telah ditarik oleh salah satu ekor dan terjatuh ke gaung. Orang yang terselamat tiba di Helm's Deep dalam keadaan duka. Di Rivendell, Arwen diyakinkan oleh Elrond bahawa zaman Pari-pari telah tamat dan dia perlu bertolak ke Barat. Elrond masih gusar sama ada perlu golongan pari-par membantu manusia. Frodo dan Sam tiba di Henneth Annûn dan bertemu Faramir, adik lelaki Boromir, orang yang menangkap Gollum selepas mengetahui tentang Cincin itu. Faramir memutuskan bahawa Cincin itu harus ke Gondor, supaya dia boleh "menunjukkan mutunya" kepada bapanya. Di Rohan, Aragorn terjaga, dan dibawa ke Helm's Deep, dan dia terserempak dengan tentera Saruman: sekurang-kurangnya 10,000 kekuatan. Apabila dia tiba, tidak menunjukkan harapan, dan 300 orang, sesetengahnya terlalu tua dan terlalu muda, bersedia untuk berperang. Dalam kerisauan, satu angkatan Pari-pari dari Lórien tiba untuk membantu. Di rimba Fangorn, Merry, Pippin, Treebeard dan Ent lain mengadakan Majlis Persidangan untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Ent terlibat dalam peperangan dengan Sauron.

Peperangan Helms Deep pun bermula dan Pari-pari berjaya menguruskan Uruk-hai di tembok, tetapi ia telah diletupkan dan ramai yang terbunuh disebabkan serangan melalui parit. Uruk-hai juga berjaya memecahkan Pagar walaupun Aragorn dan Gimli telah mencuba sehabis baik, dan mereka berundur ke Keep. Di Fangorn, Treebeard dan Ent lain memutuskan untuk tidak berperang, tetapi apabila Pippin membawanya ke hutan Saruman yang hancur berhampiran Isengard, dia dipenuhi dengan kemarahan. Di Osgiliath, Faramir dan Hobbit berdua diserang Ringwraith. Apabila pagar di Keep telah diserang, Gandalf, Éomer, dan ratusan Rohirrim tiba untuk menghalau Uruk-hai, Ent pula menyerang dan membanjirkan Isengard dan Sam dan Faramir menyelamatkan Frodo dari cengkaman Ringwraith. Sam menceritakan bagaimana kisah ini patut berlaku, dan Faramir membebaskan mereka. Gandalf dan yang lain sedar yang peperangan sebenar akan tiba, dan harapan hanya tinggal pada Frodo, yang meneruskan perjalanan ke Mordor bersama Sam dan Gollum. Selepas layanan buruk oleh orang Faramir, sisi gelap Gollum kembali dan ingin melakuka khianat dengan membawa mereka berdua kepada"nya."

Pelakon sunting

Fail:Twotowerscast2.JPG
Dari kiri ke kanan: Éomer, Théoden, Gandalf, Legolas dan Aragorn ketika ke Peperangan Helm's Deep. Penurut pengarah Jackson, The Two Towers berkisar pada watak Aragorn.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Head, Steve (2002-12-13). "An interview with Peter Jackson". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-22. Dicapai pada 2006-10-24.