The Martian (filem)

The Martian ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Ridley Scott dan dibintangi Matt Damon. Filem ini adaptasi berdasarkan novel tahun 2011 berjudul sama karya Andy Weir dengan skrip oleh Drew Goddard. Damon melakonkan watak Mark Watney seorang angkasawan yang disangka terkorban ketika menjalanka misi di planet Marikh. Filem ini menggambarkan perjuangannya untuk terus hidup dan usaha orang lain untuk menyelamatkannya. Filem ini juga dibintangi Jessica Chastain, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Michael Peña, Kate Mara, Sean Bean, Sebastian Stan, Aksel Hennie dan Chiwetel Ejiofor.

The Martian
PengarahRidley Scott
Lakon layarDrew Goddard
BerdasarkanThe Martian oleh
Andy Weir
Dihasilkan oleh
  • Simon Kinberg
  • Ridley Scott
  • Aditya Sood
  • Michael Schaefer
  • Mark Huffam
Dibintangi
SinematografiDariusz Wolski
Disunting olehPietro Scalia
Muzik olehHarry Gregson-Williams
Syarikat
penerbitan
  • Scott Free Productions
  • Kinberg Genre
  • TSG Entertainment
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 11 September 2015
    (TIFF)
  • 2 Oktober 2015
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
141 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$108 juta[2]
Pecah panggung$627 juta[3]

Penerbit filem ini, Simon Kinberg mula membangunkan filem ini selepas 20th Century Fox mendapatkan perjanjian kontrak mendadaptasikan novel Weir pada bulan Mac 2013. Drew Goddard mengadaptasi novel ini kepada skrip dan pada mulanya terikat untuk mengarah tetapi filem ini tidak dijalankan. Scott menggantikan Goddard dan Damon diberi watak utama seterusnya produksi diberi lampu hijau. Penggambaran bermula pada bulan November 2014 dan mengambil masa kira-kira 70 hari. Kira-kira 20 set telah dibina di Budapest, Hungary. Wadi Rum di Jordan juga digunakan sebagai latar belakang praktikal untuk penggambaran.

Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015 pada 11 September 2015. 20th Century Fox mengeluarkan filem ini di teater Amerika Syarikat pada 2 Oktober 2015. Filem ini dikeluarkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D dan 4DX.[4] Filem ini menerima ulasan positif dan mengutip lebih daripada $624 juta di seluruh dunia menjadikan ia filem Scott dengan kutipan tertinggi setakat ini dan filem kesepuluh dengan kutipan tertinggi pada tahun 2015. Ia menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi. Filem ini menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Goddard. Untuk lakonan beliau, Damon menerima beberapa pencalonan anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Critic's Choice untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Muzikal atau Komedi.

Plot sunting

Pada tahun 2035,[5] anak kapal ARES III berada pada Sol 18 daripada ekspedisi 31-sol di permukaan planet apabila ribut pasir memaksa mereka untuk membatalkan misi dan kembali ke kapal mengorbit, Hermes. Semasa pemindahan, angkasawan Mark Watney dilanggar oleh serpihan yang melayang dan hilang dalam ribut; telemetri terakhir dari sutnya menunjukkan bahawa ia telah kehilangan tekanan dan tiada tanda kehidupan. Dengan kenderaan pelancaran mereka hampir terbalik di dalam ribut dan nyawa anak kapal masih dalam bahaya, komander misi, Melissa Lewis memberi arahan untuk pelancaran tanpa mendapatkan Watney semula; mereka kemudiannya meninggalkan Marikh dengan kapal Hermes.

Tapak pendaratan misi Ares III
(kawasan Acidalia Planitia)
Laluan Mark Watney di Marikh

Selepas ribut berakhir, Watney kemudiannya terbangun dengan bunyi amaran oksigen rendah. Dia menuju ke "Hab", tempat kediaman anak kapal dan pangkalan operasi di Marikh. Dia mengeluarkan sekeping antena yang tercucuk di perutnya yang menyebabkan dia cedera dan biomonitornya rosak - antena itu dan darah beku menyelamatkan nyawanya tetapi juga menyebabkan bacaan gagal tanda kehidupan. Dia menyedari bahawa satu-satunya peluang untuk diselamatkan adalah ketibaan anak kapal Ares IV dalam masa empat tahun. Mengira bahawa dia mempunyai makanan yang cukup untuk bertahan hanya selama 300 sol (hari solar Marikh), dia membina sebuah ladang di dalam Hab dengan menyuburkan tanah Marikh menggunakan sisa tandas selepas menjumpai kentang yang disimpan dan air dihasilkan dengan mengekstrak hidrogen daripada sisa bahan api roket dan kemudiannya mengoksidakannya melalui pembakaran. Dia menyimpan catatan video untuk mengekalkan semangatnya dan mula mengubah suai perayau yang berfungsi untuk meningkatkan keupayaan membuat perjalanan jarak jauh merentasi Marikh.

Semasa meninjau gambar satelit Marikh, pengarah misi Marikh, Vincent Kapoor dan perancang satelit, Mindy Park menyedari bahawa Watney terselamat dan dengan segera mula merancang untuk menubuhkan komunikasi. Walaupun dibantah oleh pengarah penerbangan Hermes, Mitch Henderson, pengarah NASA, Teddy Sanders memutuskan untuk tidak memberitahu anak kapal Ares III bahawa Watney masih hidup, mempercayai bahawa ia akan mengalihkan perhatian mereka daripada baki misi dan membahayakan mereka. Untuk mengembalikan komunikasi bersama Bumi, Watney menaiki perayau untuk mendapatkan kuar Pathfinder yang mula senyap pada tahun 1997. Menggunakan kamera berputar kapal pendaratan itu, Watney dan pasukan JPL menubuhkan komunikasi asas. Pasukan NASA mengajar Watney tentang cara untuk mengubahsuai perayau untuk menghubung ia dengan Pathfinder, membenarkan mereka untuk berkomunikasi menggunakan mesej teks bertaip. Dalam salah satu daripada mesej Watney kepada JPL, dia bertanya apa yang dicakapkan oleh anak kapal yang lain apabila mereka mendapat tahu dia masih hidup. Dia diberitahu bahawa anak kapal belum lagi dimaklumkan tentang statusnya dan reaksi Watney menyebabkan Sanders memberi arahan untuk memberitahu anak kapal status Watney dimana mereka dimaklumkan menerusi satu mesej video daripada Henderson.

Ketika Watney terus untuk menumbuhkan tanamannya, Henderson dan pengarah JPL, Bruce Ng merangka rancangan untuk menghantar satu kuar angkasa lepas ke Marikh dan membekalkan semula Watney makanan yang cukup untuk membolehkan dia hidup sehingga ketibaan Ares IV. Walau bagaimanapun, pasukan itu kesuntukan masa dan terdesak untuk mengurangkan masa untuk menyediakan bekalan tersebut. Dengan tiada cara lain untuk melancarkan kuar bekalan pada masanya, Sanders memutuskan untuk tidak menjalani pemeriksaan keselamatan, menyebabkan kesan buruk apabila kuar Iris meletup tidak lama selepas dilancarkan. Watney mengalami bencananya sendiri apabila hac udara di habitat itu meletup menyebabkan tanaman kentang mati dan mengurangkan bekalan makanannya.

Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) menawarkan NASA bantuan: Taiyang Shen, sebuah booster yang boleh membawa muatan ke Marikh; NASA mula membuat persediaan misi bekalan menggunakannya. Sementara itu, ahli astrodinamik JPL, Rich Purnell menjumpai satu trajektori yang boleh menghantar Hermes kembali ke Marikh dengan lebih cepat, menggunakan booster China itu untuk sebaliknya membekalkan semula kapal Hermes untuk setahun setengah tambahan di angkasa. Disebabkan kedua-dua rancangan memerlukan booster yang sama, hanya satu yang boleh digunakan; Sanders memilih rancangan pertama, enggan mengambil risiko nyawa anak kapal Hermes. Henderson membantah dan dengan diam-diam menghantar butir rancangan Purnell kepada Hermes. Lewis dan anak kapalnya dengan sebulat suara memilih untuk melaksanakan rancangan itu dan NASA – dengan tiada kuasa untuk menghalang mereka – meneruskan dengan pembekalan semula itu dimana Hermes terbang melintasi Bumi, menggunakan graviti untuk melastik mereka kembali ke Marikh.

Seleps 461 sol, Watney meninggalkan Hab, memulakan perjalanan 3200 km yang mengambil masa selama 90-sol ke Kawah Schiaparelli dimana Mars Ascent Vehicle (MAV) untuk misi Ares IV sebelum ini mendarat. Dalam usaha untuk berjumpa dengan Hermes, Watney perlu membuat pengubahsuaian yang drastik untuk mengurangkan berat dan mengeluarkan peralatan yang tidak penting termasuk tingkap kapal. Watney menaiki MAV tersebut dan anak kapal Hermes melancarkannya ke orbit; ia berjaya keluar dari Marikh tetapi tidak pada kelajuan dan jarak yang dirancang. Untuk memintas, Hermes mesti menggunakan tujahan untuk menukar laluan dan meletupkan atmosfera dalaman untuk melaraskan kelajuan. Lewis menggunakan MMU untuk mendekati kapal Watney tetapi tidak dapat sampai kepadanya. Watney menembus sarung tangan sut tekanannya dan meninggalkan kapsul itu mengggunakan udara yang terlepas sebagai tujahan kecil untuk sampai kepada Lewis. Anak kapal ini bersatu semula dengan penuh emosi dan orang ramai di seluruh dunia bersorak kegembiraan terhadap berita ini.

Selepas kembali ke Bumi, Watney memulakan "hari 1" kehidupan barunya, berkhidmat sebagai pengajar kehidupan untuk calon-calon baru dalam program latihan angkasawan, menekankan pengalamannya sendiri dalam menyelesaikan masalah dan kejuruteraan kreatif. Beberapa tahun kemudian ketika misi pelancaran Ares V, semua yang terlibat dengan misi menyelamat Watney telah kembali kepada kehidupan mereka atau memulakan hidup baru.

Barisan pelakon sunting

Matt Damon dan Jessica Chastain membintangi sebagai Mark Watney dan Melissa Lewis
  • Matt Damon sebagai Mark Watney,seorang ahli botani yang merupakan sebahagian daripada pasukan Ares III, dianggap mati terkorban akibat ribut besar melanda Marikh. Watney kemudiannya terpaksa menggunakan kepintaran dan kecerdasannya untuk mencari jalan pulang ke rumah.
  • Jessica Chastain sebagai Melissa Lewis, seorang ahli geologi dan komander misi Ares III.
  • Kristen Wiig sebagai Annie Montrose, pengarah perhubungan media untuk NASA.
  • Jeff Daniels sebagai Theodore "Teddy" Sanders, pengarah NASA.
  • Michael Peña sebagai Major Rick Martinez, juruterbang misi Ares III.
  • Kate Mara sebagai Beth Johanssen, pengendali sistem Ares III.
  • Sean Bean sebagai Mitch Henderson, pengarah misi Ares III.
  • Sebastian Stan sebagai Dr. Chris Beck, seorang angkasawan dan pakar bedah penerbangan untuk misi Ares III.
  • Aksel Hennie sebagai Dr. Alex Vogel, seorang rakyat Jerman yang merupakan pemandu arah dan ahli kimia dalam Ares III.
  • Chiwetel Ejiofor sebagai Vincent Kapoor, pengarah misi Marikh NASA dan orang pertama untuk mewujudkan suatu medium untuk pihak NASA berkomunikasi bersama Watney.
  • Donald Glover sebagai Rich Purnell, seorang ahli astrodinamik JPL yang merangka pelan untuk menyelamatkan Watney.
  • Benedict Wong sebagai Bruce Ng, pengarah JPL.
  • Mackenzie Davis sebagai Mindy Park, seorang perancang satelit di bahagian Kawalan Misi NASA yang mula-mula mengesan bukti bahawa Watney masih hidup di Marikh.
  • Eddy Ko sebagai Guo Ming, ketua saintis di CNSA
  • Chen Shu sebagai Zhu Tao, timbalan ketua saintis di CNSA
  • Naomi Scott sebagai Ryoko
  • Nick Mohammed sebagai Tim Grimes

Produksi sunting

 
Pengarah, Ridley Scott mengatakan bahawa beliau tertarik dengan sci-fi pada tahun 1977, selepas melihat Star Wars di Teater Cina TCL, Hollywood.[6]
  • Ridley Scott – pengarah, penerbit
  • Simon Kinberg – penerbit
  • Michael Schaefer – penerbit
  • Aditya Sood – penerbit
  • Mark Huffam – penerbit
  • Drew Goddard – penulis skrip
  • Andy Weir – pengarang (bahan sumber)
  • Dariusz Wolski – ahli sinematografi
  • Arthur Max – pereka produksi
  • Janty Yates – pereka kostum
  • Pietro Scalia – penyunting
  • Harry Gregson-Williams – komposer musik

Pembangunan sunting

The Martian diarahkan oleh Ridley Scott dan adalah berdasarkan skrip oleh Drew Goddard yang diadaptasi dari novel tahun 2011 oleh Andy Weir, The Martian. Studio 20th Century Fox mendapatkan perjanjian kontrak novel pada bulan Mac 2013 dan penerbit, Simon Kinberg terikat untuk membangunkan novel ini kepada sebuah filem.[7] Pada bulan Mei berikutnya, Goddard memasuki rundingan dengan studio untuk menulis dan mengarah The Martian.[8] Goddard menulis sebuah skrip untuk filem ini,[9] dan Matt Damon menyatakan minat untuk membintangi di bawah arahan Goddard. Goddard kemudian mengejar peluang untuk mengarahkan Sinister Six.[10] Kinberg kemudian membawa buku ini kepada perhatian Ridley Scott.[11] Pada bulan Mei 2014, Scott memasuki rundingan dengan studio untuk mengarah filem ini dengan Damon dipilih sebagai watak utama.[12] Scott berkata beliau tertarik dengan penekanan terhadap sains dan berfikir bahawa keseimbangan boleh dicapai diantara hiburan dan pembelajaran. Damon berkata beliau tertarik dengan novel ini, skrip dan peluang untuk bekerja bersama Scott.[13] Susulan komitmen yang diberikan oleh Scott, projek ini dengan cepat diberi lampu hijau.[14]

Penggambaran sunting

 
Wadi Rum di Jordan adalah latar belakang praktikal untuk Marikh semasa penggambaran The Martian

Studio Korda (dalam Bahasa Hungary: Korda Filmstúdió) terletak 26 km barat Budapest, Hungary telah dipilih untuk penggambaran babak dalaman The Martian. Ia dipilih kerana mempunyai salah satu pentas bunyi paling besar di dunia.[15][16] Penggambaan bermula di Hungary pada November 24, 2014.[17] Ridley Scott memilih untuk merakam The Martian menggunakan kamera 3D. Kira-kira 20 set dibina untuk The Martian (70 set dibina untuk filem Ridley Scott, Exodus: Gods and Kings dan lebih 100 untuk American Gangster).[16] Kentang sebenar ditanam di sebuah pentas suara bersebelahan pentas yang digunakan untuk penggambaran. Ia ditanam pada masa berlainan supaya peringkat pertumbuhan berbeza boleh ditunjukkan dalam babak filem.[18] Sebuah pasukan dengan enam orang mencipta 15 sut untuk filem ini. Latar belakang praktikal untuk Marikh difilemkan di Wadi Rum, Jordan.[16][19] Wadi Rum telah digunakan sebagai lokasi filem-filem berlatarkan Marikh termasuk Mission to Mars (2000), Red Planet (2000) dan The Last Days on Mars (2013).[20] Penggambaran mengambil masa kira-kira 70 hari.[16] Sebuah model perayau Marikh telah dibina untuk penggambaran; barisan pelakon dan pasukan filem memberikan model perayau itu kepada Jordan sebagai balasan atas layanan yang diterima oleh mereka. Perayau itu kini dipamerkan di Muzium Automobil Diraja Jordan.[21][22]

Penglibatan NASA sunting

 
Damon semasa membuat cetakan tangan dalam simen di Jet Propulsion Laboratory. Beliau ditemani oleh Jim Erickson (kiri) dan Andrew J. Feustel (kanan).

Apabila novel ini pertama kali diterbitkan, NASA menjemput Andy Weir untuk melawat Pusat Angkasa Johnson dan Jet Propulsion Laboratory. Ketika Ridley Scott mula membuat filem ini, Weir menghubungi NASA untuk bekerjasama dengan filem ini.[23] ketika Scott dan penerbit, Mark Huffam mengadakan pertemuan produksi pertama mereka, mereka menghubungi NASA dan bercakap dengan badan perhubungan filem dan televisyen mereka, Bert Ulrich.[24] NASA memutuskan untuk membantu pembuat filem ini dengan menggambarkan sains dan teknologi dalam The Martian kerana melihat potensi dalam menggalakkan penerokaan angkasa.[23] Kakitangan utama NASA yang menyertai kerjasama ini adalah James L. Green, Pengarah Bahagian Sains Planet di NASA dan Dave Lavery, Eksekutif Program untuk Penerokaan Sistem Solar.[24] Scott berbicara dengan Green dua kali sebelum penggambaran bermula. Dalam tempoh sebulan, NASA menjawab beratus-ratus soalan pada setiap minggu tentang segalanya dari sistem radioisotop kepada rupa potensi "hab"—kediaman untuk angkasawan Marikh pada masa depan. Soalan-soalan ini dijawab oleh Green atau disampaikan kepada pakar.[25][26] Agensi angkasa ini juga menghantar beratus-ratus fail gambar sebenar Marikh dan gambar pusat kawalan.[27] Green mengatur lawatan ke Pusat Angkasa Johnson di Houston untuk pereka produksi, Arthur Max yang berjumpa dengan pakar-pakar individu dan mengambil beratus-ratus gambar.[27][25] Pereka produksi ini mencipta sebuah Pusat Kawalan Misi yang futuristik dan moden sebagai sebuah set studio.

Newsweek berkata NASA bekerjasama lebih banyak dengan The Martian daripada kebanyakan filem lain: "Kakitangan dari pelbagai jabatan NASA berunding untuk filem ini, dari pembangunan skrip sehingga fotografi utama dan kini membantu dengan pemasaran."[24] Sebagai sebahagian daripada kerjasama, badan perhubungan NASA produksi ini menyertakan muka hadapan skrip The Martian dalam muatan kapal angkasa Orion semasa Ujian Penerbangan Exploration 1 pada Disember 5, 2014.[28]

Muzik sunting

Harry Gregson-Williams mencipta skor muzik untuk The Martian. Ia merupakan kerjasama keempat diantara Gregson-Williams dan Scott. Gregson-Williams sebelum ini bekerja untuk muzik filem-filem Scott, Kingdom of Heaven (2005), Prometheus (2012) dan Exodus: Gods and Kings (2014).[29]

Sebuah jenaka berterusan dalam filem ini adalah jenaka berterusan dalam filem ini cinta komander misi, Melissa Lewis terhadap lagu-lagu tahun 1970an (terutamanya genre disko) yang merupakan satu-satunya muzik yang boleh didapati oleh Watney di Marikh dan sering muncul sebagai muzik diegetic. Lagu bukan asal dipaparkan dalam filem ini termasuk:[30]

  • "Turn the Beat Around" oleh Vicki Sue Robinson
  • "Hot Stuff" oleh Donna Summer
  • "Rock the Boat" oleh The Hues Corporation
  • "Don't Leave Me This Way" oleh Thelma Houston
  • "Starman" oleh David Bowie
  • "Waterloo" oleh ABBA
  • "Love Train" oleh The O'Jays
  • "I Will Survive" oleh Gloria Gaynor (kredit akhir)

Pemasaran sunting

Studio 20th Century Fox melancarkan sebuah kempen pemasaran viral untuk The Martian.[31] Pada Jun 7, 2015, angkawasan NASA, Michael J. Massimino berkongsi video diari menggambarkan karakter Matt Damon dan anak kapal yang lain.[32][33] Ars Technica membandingkan video diari itu dengan video viral yang serupa untuk filem Ridley Scott pada tahun 2012, Prometheus. Studio ini kemudiannya mengeluarkan satu trailer rasmi pada 8 Jun.[34]

 
Sebagai sebahagian daripada kerjasama promosi daripada NASA, agensi angkasa ini menayangkan The Martian di Stesen Angkasa Antarabangsa pada 19 September 2015.

Pada awal bulan Ogos, Fox mengeluarkan video lain, yang menggambarkan temu ramah dengan setiap anggota anak kapal utama.[35] Pada pertengahan bulan, studio ini mengeluarkan satu lagi trailer filem dan NASA menyambut "Martian Day" di Jet Propulsion Laboratory untuk mempromosi The Martian dan menyerlahkan usaha berterusan program angkasa lepas untuk menjalankan misi manusia ke Marikh.[26] Ketika akhir bulan Ogos, Fox mengeluarkan satu lagi video, menampilkan ia sebagai episod istimewa rancangan TV, StarTalk dimana ahli astro fizik, Neil deGrasse Tyson membincangkan bahaya pengembaraan ke Marikh.[36] Pada bulan September, RSA Films mengeluarkan satu teaser untuk The Martian yang menggambarkan Matt Damon memakai pakaian sukan Under Armour.[37]

Peter Himler berkata angkasawan Amerika Syarikat secara tradisinya digunakan oleh perhubungan awam untuk mempromosikan produk komersial. Himler berkata ia bukanlah satu kejutan bahawa angkasawan NASA di Stesen Angkasa Antarabangsa dilaporkan oleh The Guardian dan CBS News membaca novel Weir dan berharap untuk melihat filem ini di ISS.[38] NASA mengambil bahagian dalam pemasaran filem ini walaupun kekurangan penglibatan dengan filem-filem sebelumnya. Walaupun ia menolak permintaan untuk Interstellar ditayangkan di ISS,[27] The Martian telah ditayangkan di atas stesen[39] 402 km (250 batu) di atas permukaan bumi pada September 19, 2015 dan juga di Pusat Angkasa Johnson, Houston dan di Pusat Angkasa Kennedy, Cape Canaveral pada Oktober 1, 2015.[27]

Tayangan sunting

 
Matt Damon dan isterinya, Luciana Bozán Barroso di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015

The Martian dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015 pada 11 September 2015. Filem ini juga di ditayangkan dalam satu pratonton di Festival Filem New York pada 27 September 2015.[40] Ia juga ditayangkan di Fantastic Fest yang berlansung di Austin, Texas pada 29 September 2015.[41][42] Filem ini ditayangkan menerusi format Dolby Vision di Sinema Dolby di Amerika Utara.[43]

Kutipan panggung sunting

The Martian mencapai kejayaan dari segi kewangan.[44] Ia mengutip $228.4 juta di Amerika Utara dan $395.3 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $623.7 juta berbanding bajet pembuatan filem sebanyak $108 juta.[3] Ia merupakan filem Fox dengan kutipan tertinggi pada tahun 2015 dan filem dengan kutipan kesepuluh tertinggi pada tahun itu.[45]

Filem ini ditayangkan di teater dalam format 2D dan 3D.[46] Ia ditayangkan di United Kingdom pada 30 September 2015[47] dan di Amerika Syarikat pada 2 Oktober 2015.[48] Ia juga ditayangkan di 49 pasaran termasuk United Kingdom, Mexico, Hong Kong, India dan Taiwan pada hujung minggu 2-4 Oktober 2015 dan berkembang ke Jerman, Rusia dan Korea Selatan pada hujung minggu berikutnya. Ia dibuka di Sepanyol pada 16 Oktober kemudiannya Perancis pada 21 Oktober. Ia ditayangkan di China pada 25 November dan ditayangkan di Jepun pada 5 Februari.[49] Pelbagai laman menganggarkan filem ini akan mengutip di antara $45 juta dan $50 juta semasa minggu pembukaan di A.S.[50] Berdasarkan undian yang dijalankan CinemaScore, penonton memberi filem ini purata gred "A" daripada skala A+ ke F. Demografi penonton adalah 54% lelaki dan 59% adalah berumur 35 tahun ke atas. The Martian ditayangkan di 81 negara.[51]

Penerimaan kritis sunting

The Martian menerima ulasan positif ketika ia dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto.[52] Rotten Tomatoes meninjau 261 pengkritik dan menentukan bahawa 93% ulasan adalah positif dengan purata 7.9 daripada 10. Metacritic meninjau 46 pengkritik dan menilai 40 ulasan sebagai positif dan 6 sebagai bercampur. Ia memberi skor agregat 80 daripada 100, menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan".

Jurutera aeroangkasa Amerika, Robert Zubrin berkata kepada The Guardian bahawa ia merupakan filem Marikh pertama yang cuba untuk menjadi realistik tetapi terdapat beberapa kesilapan teknikal.[53]

Penghargaan sunting

Filem ini menerima pujian meluas daripada pengkritik filem. Ia telah menerima banyak anugerah dan pencalonan termasuk pencalonan untuk 16 Filem Terbaik, 10 Pengarah Terbaik (untuk Scott) dan 11 Pelakon Lelaki Terbaik (untuk Damon) oleh pelbagai organisasi dan persatuan. Institut Filem Amerka memilih The Martian sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahunan. Filem ini menerima tiga pencalonan Anugerah Golden Globe untuk kategori Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi, Pengarah Terbaik untuk Scott dan Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi untuk Damon. Ia menerima sembilan pencalonan daripada Broadcast Film Critics Association termasuk untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skrip Adaptasi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik. Filem ini dicalonkan untuk tujuh Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

The Martian dinamakan sebagai Filem Tahunan oleh National Board of Review serta memenangi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Skrip Adaptasi Terbaik. Ia menerima lapan pencalonan Anugerah Satelit termasuk untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik – Filem, Skrip Terbaik – Adaptasi dan Kesan Visual Terbaik.

Solanum watneyi, satu spesies tomato belukar daripada Australia dinamakan sempena karakter Mark Watney.

Senarai sepuluh teratas sunting

The Martian dinamakan sebagai salah satu filem terbaik pada tahun 2015 oleh ramai pengkritik dan disenaraikan di tempat ketujuh di Rotten Tomatoes dan tiga di Metacritic untuk filem dengan rating terbaik pada tahun 2015.

  • ke-2 – Christopher Orr, The Atlantic
  • ke-3 – Seongyong Cho, RogerEbert.com
  • ke-4 – Anne Thompson, Thompson on Hollywood
  • ke-5 – Liz Shannon Miller, Indiewire
  • ke-5 – John Powers, Vogue
  • ke-6 – Alynda Wheat, People
  • ke-7 – Yahoo Movies
  • ke-8 – Mike D'Angelo, The A.V Club
  • ke-8 – Peter Travers, Rolling Stone
  • ke-8 – Peter Debruge, Variety
  • ke-10 – Matthew Jacobs, Huffington Post
  • ke-10 – Ann Hornaday, Washington Post
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – Dana Harris , Indiewire
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – Joe Morgenstern, The Wall Street Journal
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – Kenneth Turan, Los Angeles Times
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – Steven Rea, Philadelphia Inquirer
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – American Film Institute
  • 10 Teratas (dirankingkan mengikut abjad) – National Board of Review

Rujukan sunting

  1. ^ "The Martian (12A)". British Board of Film Classification. September 16, 2015. Dicapai pada September 16, 2015.
  2. ^ McCarthy, Todd (September 8, 2015). "From 'The Martian' to 'Truth,' Todd McCarthy's 5 Most Tantalizing Titles at TIFF". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 10, 2015.
  3. ^ a b "The Martian (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 6, 2016.
  4. ^ Lee Hyo-won (October 19, 2015). "South Korea Box Office: 'Martian' Dominates for Second Consecutive Week". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 19, 2015.
  5. ^ Andy Weir (January 5, 2015). "FaceBook - Andy Weir's Page - Timeline Photos (comment)". Facebook. Dicapai pada November 16, 2015.
  6. ^ Pamela McClintock (November 24, 2015). "How 'The Martian's' Ridley Scott Replicated Mars in the Middle East". The Hollywood Reporter. Dicapai pada December 5, 2015.
  7. ^ Kroll, Justin (March 12, 2013). "Fox Finds 'Martian' For Simon Kinberg". Variety. Dicapai pada August 25, 2015.
  8. ^ Sneider, Jeff (May 15, 2013). "Drew Goddard in Negotiations to Write and Direct 'The Martian' for Fox". TheWrap. Dicapai pada August 25, 2015.
  9. ^ Lidz, Gogo (June 18, 2015). "Matt Damon Spills About 'The Martian'". Newsweek. Dicapai pada August 25, 2015.
  10. ^ Tilly, Chris (June 17, 2015). "Matt Damon Explains Why The Martian is a Love Letter to Science". IGN. Dicapai pada August 26, 2015.
  11. ^ Kroll, Justin (September 24, 2014). "Michael Pena Circles Ridley Scott's 'The Martian' With Matt Damon". Variety. Dicapai pada August 26, 2015.
  12. ^ Kroll, Justin (May 13, 2014). "Ridley Scott in Talks to Direct Fox's 'The Martian' With Matt Damon". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-31. Dicapai pada August 25, 2015.
  13. ^ White, James (August 2015). "Inside The Martian: Empire Meets NASA". Empire. Dicapai pada September 1, 2015.
  14. ^ Kroll, Justin (September 3, 2014). "Jessica Chastain Joins Matt Damon in Ridley Scott's 'The Martian'". Variety. Dicapai pada August 26, 2015.
  15. ^ Daniels, Nia (September 18, 2014). "Ridley Scott's The Martian sets up to film in Hungary". KFTV. Dicapai pada August 26, 2015.
  16. ^ a b c d Weintraub, Steve (June 17, 2015). "Over 30 Things to Know About Ridley Scott's The Martian from our Budapest Set Visit". Collider.com. Dicapai pada August 26, 2015.
  17. ^ Foundas, Scott (November 25, 2014). "'Exodus: Gods and Kings' Director Ridley Scott on Creating His Vision of Moses". Variety. Dicapai pada August 26, 2015.
  18. ^ Klimek, Chris (August 28, 2015). "Matt Damon, First Farmer on Mars". Air & Space. Dicapai pada September 1, 2015.
  19. ^ "Wadi Rum: a mesmerising desert guarded by stone giants". The Daily Telegraph. October 1, 2015. Dicapai pada October 8, 2015.
  20. ^ Staff (March 17, 2015). "That's a wrap! Hollywood's 'The Martian' and Palestine's 'Arab Idol' finish scenes in Jordan". The Jordan Times. Dicapai pada August 26, 2015.
  21. ^ "The Royal Automobile Museum patrons the premiere of 'The Martian' film". ameinfo. Mediaquest Corp. October 22, 2015. Dicapai pada October 22, 2015.
  22. ^ "Review: 'The Martian' is a pleasure". CNN. October 5, 2015. Dicapai pada October 8, 2015.
  23. ^ a b Bradley, Ryan (August 19, 2015). "Why NASA Helped Ridley Scott Create 'The Martian' Film". Popular Science. Dicapai pada August 28, 2015.
  24. ^ a b c Lidz, Gogo (September 20, 2015). "NASA and 'The Martian': It Was Written in the Stars". Newsweek. Dicapai pada October 2, 2015.
  25. ^ a b Zeitchik, Steven (September 29, 2015). "For Matt Damon movie 'The Martian,' lots of research -- and a watery coincidence". Los Angeles Times. Dicapai pada October 2, 2015.
  26. ^ a b Wall, Mike (August 20, 2015). "'The Martian' Lands at NASA's Mars Mission Control (Photos)". Space.com. Dicapai pada August 28, 2015.
  27. ^ a b c d McClintock, Pamela (September 30, 2015). "How NASA Kept Things Real With 'The Martian'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 2, 2015.
  28. ^ Vilkomerson, Sara (December 19, 2014). "Ridley Scott sends his 'Martian' script into space". Entertainment Weekly. Dicapai pada September 1, 2015.
  29. ^ Gajewski, Ryan (October 3, 2015). "'The Martian' Composer on Creating Matt Damon's Theme, Ridley Scott's 'Prometheus' Plans". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 4, 2015.
  30. ^ ""Songs From The Martian" and "Original Motion Picture Score" by Harry Gregson-Williams Available Digitally Today". PR Newswire. October 2, 2015. Dicapai pada October 4, 2015.
  31. ^ Lesnick, Simon (August 27, 2015). "Neil deGrasse Tyson Hosts The Martian Viral Video". ComingSoon.net. Dicapai pada August 28, 2015.
  32. ^ Rosen, Christopher (June 7, 2015). "Matt Damon says farewell to Earth in viral promo for 'The Martian'". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 28, 2015.
  33. ^ "Ares 3: Farewell". ARES: live YouTube Channel. 20th Century FOX. Dicapai pada June 10, 2015.
  34. ^ Hutchinson, Lee (June 8, 2015). "First trailers for The Martian movie released, with Mark Watney and friends". Ars Technica. Dicapai pada August 28, 2015.
  35. ^ Baker-Whitelaw, Gavia (August 4, 2015). "New viral video for 'The Martian' shows how the Ares crew deals with isolation". The Daily Dot. Dicapai pada August 28, 2015.
  36. ^ Bradley, Laura (August 28, 2015). "Neil deGrasse Tyson Soothingly Explains the Science Behind The Martian". Slate. Dicapai pada September 1, 2015.
  37. ^ Diaz, Ann-Christine (September 9, 2015). "Matt Damon Works Out in Under Armour in Teaser for Ridley Scott's 'The Martian'". Creativity. Dicapai pada October 2, 2015.
  38. ^ Himler, Peter (September 9, 2015). "'The Martian' Lifts Off: Marketing The Film With Space". Forbes. Dicapai pada October 2, 2015.
  39. ^ "Damon, Scott Book a Return to Space in 'The Martian'". The New York Times. Associated Press. September 29, 2015. Dicapai pada October 2, 2015.
  40. ^ Coggan, Devan (September 22, 2015). "The Martian screening added to the New York Film Festival". Entertainment Weekly. Dicapai pada October 1, 2015.
  41. ^ Collis, Clark (August 26, 2015). "Ridley Scott's The Martian to screen at Fantastic Fest". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 26, 2015.
  42. ^ "The Martian". Fantastic Fest. Dicapai pada September 23, 2015.
  43. ^ Carolyn Giardina (November 16, 2015). "'Star Wars' Dolby Cinema Release Could Push Forward the New Format". The Hollywood Reporter. Dicapai pada November 17, 2015.
  44. ^ Brent Lang (February 8, 2016). "21st Century Fox Earnings: Cable Gains Can't Lift Weaker Film Results". Variety. Dicapai pada February 9, 2016.
  45. ^ "2015 WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada February 8, 2016. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  46. ^ Lang, Brent (July 12, 2015). "Movies Like 'The Martian,' 'The Walk' Will Be Important for 3D, Says RealD Chief". Variety. Dicapai pada August 26, 2015.
  47. ^ De Semlyen, Phil (August 25, 2015). "Exclusive New Look At Ridley Scott's The Martian". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-05. Dicapai pada August 28, 2015.
  48. ^ McClintock, Pamela; Ford, Rebecca (October 2, 2015). "Box Office: 'The Martian' Rocketing to Powerful $48M-$50M Debut". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 2, 2015.
  49. ^ McNarry, Dave (October 22, 2015). "Matt Damon's 'The Martian' Set for China Release on Nov. 25". Variety. Dicapai pada October 23, 2015.
  50. ^ Brevet, Bred (October 1, 2015). "Forecast: Can 'The Martian' Top 'Gravity's October Record?". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada October 3, 2015.
  51. ^ Tartaglione, Nancy (October 12, 2015). "'The Martian' Crosses $118.5M Offshore; 'Pan' Serves Up Est. $20.4M – Intl B.O. Final". Deadline.com. Dicapai pada October 13, 2015.
  52. ^ Driscoll, Molly (September 14, 2015). "Toronto Film Festival: 'The Martian,' 'Room' get critics talking". The Christian Science Monitor. Dicapai pada September 30, 2015.
  53. ^ Dr. Robert Zubrin (October 6, 2015). "How scientifically accurate is The Martian?". The Guardian. Dicapai pada October 7, 2015.

Pautan luar sunting