The Matrix
The Matrix adalah filem aksi fiksyen sains[1] yang ditulis dan diarahkan oleh adik-beradik Wachowskis. Ia membintangi Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss, Hugo Weaving, dan Joe Pantoliano dan merupakan filem sulung dalam francais The Matrix. Ia menggambarkan masa depan yang tidak stabil di mana umat manusia tidak terperangkap di dalam sebuah realiti simulasi, Matrix, yang dicipta oleh mesin pintar untuk mengalihkan perhatian manusia semasa menggunakan badan mereka sebagai sumber tenaga.[2] Apabila pakar komputer Thomas Anderson, di bawah nama samaran penggodam "Neo", mendedahkan kebenaran, dia "ditarik ke dalam pemberontakan terhadap mesin"[2] bersama dengan orang lain yang telah dibebaskan dari dunia Matrix.
The Matrix | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Adik-beradik Wachowski |
Penerbit | Joel Silver |
Penulis | Adik-beradik Wachowski |
Dibintangi oleh | Keanu Reeves Laurence Fishburne Carrie-Anne Moss Hugo Weaving Joe Pantoliano Gloria Foster |
Muzik oleh | Don Davis |
Sinematografi | Bill Pope |
Disunting oleh | Zach Staenberg |
Pengedar | Warner Bros., Village Roadshow Pictures |
Mula ditayangkan | AS, Kanada: 31 Mac 1999 UK: 11 Jun 1999 Australia: 9 April 1999 |
Tempoh tayangan | 136 minit |
Negara | AS Australia |
Bahasa | Inggeris |
Perbelanjaan | $63,000,000 |
Pecah panggung | $460,379,930 |
SinopsisSunting
Kisah filem ini adalah mengenai penggodam bernama Neo yang mengetahui keadaan realiti sebenar dan kemudian bergabung dengan sekumpulan pemberontak terhadap pengawal program komputer yang dipanggil Ejen. Pemberontak ini diketuai oleh Morpheus. Ahli lain adalah Trinity, Cypher, Tank, dan lain-lain dalam misi untuk membebaskan dunia dari cengkaman mesin.
RujukanSunting
- ^ "The Matrix laid the template for the gritty, gravity-defying, self-seriously cerebral modern blockbuster". Vulture.com.
- ^ a b Allen, Jamie (28 November 2012). "The Matrix and Postmodernism". Prezi.com.
Pautan luarSunting
- Laman rasmi
- whatisthematrix.com, laman pertama dan tulen The Matrix
- The Matrix di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)