The Myth (filem 2005)

The Myth (bahasa Melayu harafiah Mitos) ialah sebuah filem dari Hong Kong tahun 2005 yang diarahkan oleh Stanley Tong. Filem ini dilakonkan oleh Pelakon bintang dari Hong Kong, Korea dan India, iaitu Jackie Chan, Tony Leung Ka Fai, Kim Hee-sun dan Mallika Sherawat.

The Myth
Poster tayangan pawagam
PengarahStanley Tong
PenulisStanley Tong
Li Haishu
Hui-Ling Wang
Dihasilkan olehJackie Chan
Solon So
Barbie Tung
Willie Chan
Yang Bunting
Albert Yeung
DibintangiJackie Chan
Kim Hee-sun
Tony Leung Ka Fai
Mallika Sherawat
SinematografiHorace Wong
Ng Man-Ching
Michael Johnson
Lai Yiu-Fai
Choi Shung-Fai
Disunting olehYau Chi-Wai
Muzik olehWong Chung-Yin
Gary Chase
Diedarkan olehJCE Movies Limited
Tarikh tayangan
11 Mei 2005
Masa tayangan
118 minit
NegaraHong Kong
BahasaKanton
Mandarin
Korea
Inggeris
Malayalam
Hindi
BajetHK$15,000,000
Pecah panggung¥120,000,000

Plot sunting

Seorang Arkeologi bernama Jack dan William telah menjumpai sesuatu yang sangat menggemparkan dari sesuatu kisah lagenda di negeri China. Ketika mereka dalam perjalanan ke wilayah dasar India, tanpa diduga mereka menjumpai pedang kuno dari dinasty Qin dan permata ajaib seakan-akan membawa mereka ke suatu masa silam.

Melalui sesuatu kejadian pelik dan sebuah mimpi, Jack melihat dirinya sebagai Meng Yi seorang jeneral China dalam masa silam yang hidup pada 2000 tahun silam. Meng Yi seorang ketua jeneral yang memerintah pasukan dan terpedaya dengan seorang puteri cantik dari Korea bernama Ok Soo. Hubungan cinta mereka tidak disokong oleh rakyat Korea termasuk jeneral Choi, sehingga pada suatu masa mereka melakukan tentangan dan menyerang rombongan puteri Ok Soo.

Dalam tentangan tersebut, keadaan puteri Ok Soo sangat membahayakan dirinya, namun pada ketika keadaaan semakin bahaya Meng Yi berjaya menyelamatkan puteri Ok Soo. Namun sayangnya, mereka terpisah dengan tentera China yang lain. Akhirnya dengan segala upaya mereka berniat untuk kembali ke China.

Pelakon sunting

Lagu tema sunting

Lagu tema dalam filem ini bertajuk Wujin De Ai (無盡的愛; Endless Love) yang terdapat dalam bahasa Korea dan Mandarin yang dinyanyikan oleh Jackie Chan dan Kim Hee-sun.

Rujukan sunting


Pautan luar sunting