Arkib Negara (United Kingdom)

Arkib Negara (TNA) adalah sebuah jabatan kerajaan bukan kementerian di United Kingdom,[2] di mana ia terletak di bawah Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan.[3] TNA merupakan arkib rasmi bagi kerajaan UK serta untuk England dan Wales, di mana jabatan ini ialah "penjaga bagi beberapa dokumen paling ikonik negara sejak lebih seribu tahun lalu".[4] Terdapat arkib negara berasingan untuk Scotland (Rekod Negara Scotland) dan Ireland Utara (Pejabat Rekod Awam Ireland Utara).

Arkib Negara
ارکيب نݢارا
The National Archives (Inggeris)
Yr Archifau Cenedlaethol (Wales)
UK National Archives logo.svg
National Archives 2007 02 03.JPG
Gambaran keseluruhan
DibentukApril 2003; 19 tahun yang lalu (2003-04)
JenisJabatan bukan kementerian
Di bawah bidang kuasa
England dan Wales, Kerajaan United Kingdom
Ibu pejabatKew, Richmond upon Thames, London Raya TW9 4DU
51°28′52″N 0°16′46″W / 51.48111°N 0.27944°W / 51.48111; -0.27944Koordinat: 51°28′52″N 0°16′46″W / 51.48111°N 0.27944°W / 51.48111; -0.27944
Kakitangan679
Belanjawan tahunan£43.9 juta (2009–2010)[1]
Menteri bertanggungjawab
  • Nadine Dorries, Setiausaha Negara Digital, Budaya, Media dan Sukan
  • Nigel Huddleston, Setiausaha Rendah Negara Parlimen Kesenian, Warisan dan Pelancongan
Eksekutif Jabatan bukan kementerian
  • Jeff James, Ketua Eksekutif dan Penjaga Rekod Awam
Agensi induk
Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan
Agensi-agensi anak
  • Pejabat Penerangan Sektor Awam
  • Pejabat Alat Tulis Baginda Ratu
Dokumen penting
Laman sesawang
www.nationalarchives.gov.uk

TNA dahulunya merupakan empat organisasi berasingan: Pejabat Rekod Awam (PRO), Suruhanjaya Manuskrip Sejarah, Pejabat Penerangan Sektor Awam (OPSI) dan Pejabat Alat Tulis Baginda Ratu (HMSO). Pejabat Rekod Awam masih lagi ada sebagai sebuah entiti sah kerana undang-undang yang membolehkan belum dipinda,[5][6] dan dokumen-dokumen yang dipegang oleh institusi itu masih lagi dipetik oleh ramai cendekiawan sebagai sebahagian daripada PRO.[7] Sejak tahun 2008, TNA juga menghoskan Pangkalan Data Undang-undang Statut UK yang kini dikenali sebagai legislation.gov.uk.

LokasiSunting

Arkib Negara berpangkalan di Kew, boro Richmond upon Thames yang berada di barat daya London. Bangunannya telah dibuka pada 1977 sebagai tempat tambahan untuk rekod-rekod awam, yang pernah diadakan di bangunan di Chancery Lane. Tapak tersebut asalnya merupakan hospital Perang Dunia Pertama, di mana ia kemudiannya digunakan oleh beberapa jabatan kerajaan.[8] Ia terletak berhampiran dengan stesen kereta api London Underground Kew Gardens.

RujukanSunting

  1. ^ The National Archives Annual Report 2009–2010 (PDF) (dalam bahasa Inggeris), Arkib Negara, 15 Julai 2010, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Disember 2010, dicapai pada 19 Disember 2010
  2. ^ "The National Archives" (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  3. ^ "Machinery of Government changes: Data protection policy; Information Commissioner's Office; The National Archives; and, Government records management policy:Written statement – HCWS209". Inside Government (dalam bahasa Inggeris). parliament.uk. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2015. Dicapai pada 12 Oktober 2015.
  4. ^ "The National Archives" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2013. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  5. ^ "Freedom of Information Act 2000". www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2017. Dicapai pada 15 Jun 2017.
  6. ^ "Public Records Act 1958". www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2017. Dicapai pada 15 Jun 2017.
  7. ^ "General Instructions: The Library". academic.oup.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2017. Dicapai pada 15 Jun 2017.
  8. ^ "The opening of the Public Record Office in Kew in 1977". Your Archives (dalam bahasa Inggeris). Arkib Negara. Dicapai pada 5 Julai 2007.

Pautan luarSunting