New Straits Times

(Dilencongkan dari The New Straits Times)

New Straits Times (NST) ialah akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan nama The Straits Times dan format lebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, satu percubaan versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya. New Straits Times kini dijual pada harga Ringgit Malaysia 1.50

New Straits Times
JenisAkhbar harian
FormatTabloid
Diasaskan15 Julai 1845; 178 tahun yang lalu (1845-07-15)
Pemihakan politikPertengahan kanan,
penyokong kerajaan
Ibu pejabatBalai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Edaran200,000
PemilikMedia Prima Berhad
PenerbitNew Straits Times Press
PengarangHishamuddin Aun
Laman sesawangnst.com.my

New Straits Times dicetak oleh New Straits Times Press yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbar bahasa Melayu, terutamanya Berita Harian. New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikat Media Prima.

Ketika diasaskan sebagai Straits Times di Singapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasan British Malaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaitu New Straits Times, telah diasaskan, sedangkan The Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan politik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, New Straits Times tidak dijual di Singapura.

New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaran The Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan The Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.

Pada Julai 2020, ia telah dilaporkan bahawa New Straits Times bersama beberapa akhbar tempatan lain iaitu Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia dan The Malaysian Reserve bakal memindahkan operasinya dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor menjelang penghujung 2020 hingga pertengahan 2021. Pemindahan itu sebagai sebuah pelan pemulihan Media Prima Berhad yang berdepan dengan kemelut kewangan.[1]

Penguasaan politik sunting

 
Akhbar New Straits Times

New Straits Times telah dituduh sebagai satu alat propaganda untuk kerajaan dan pemilik proksinya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Seorang pengkritik mendakwa bahawa akhbar ini "kini hanya merupakan sebuah Surat Berita UMNO". [2] Walaupun tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, UMNO yang merupakan parti politik pemerintah memegang undi keemasan dan memutuskan semua dasar untuk akhbar ini. Akhbar ini juga mempunyai tradisi untuk melantik penyunting-penyunting yang menyokong kerajaan semasa. Ketua Penyunting terakhirnya, Abdullah Ahmad (tidak harus dikelirukan dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi), telah dipecat tidak lama sebelum persaraannya oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Alasan rasmi yang diberi adalah bahawa Abdullah telah menulis sebuah rencana yang menyinggung pihak berkuasa Arab Saudi, tetapi sesetengah orang mendakwa bahawa beliau telah berat sebelah menentang Mahathir dan Najib bin Tun Haji Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia), walaupun beberapa bulan sebelum peletakan jawatan Dr. Mahathir, beliau telah mencuba mengubahkan kesetiaannya dengan tiba-tiba untuk menyesuaikan dengan iklim politik yang baru.

Rehman Rashid, seorang ahli intelek yang terkenal kerana kebolehan berjenaka pintarnya yang pedas, telah dikembalikan jawatannya sebagai Penyunting Bersekutu, selepas dipecat pada Mei 2003, akibat keengganannya untuk bertindak sebagai penulis siluman untuk Abdullah Ahmad. Bekas Ketua Penyunting Kumpulan, Datuk Kalimullah Hassan, menegaskan bahawa pelantikan dirinya kepada jawatan tersebut akan merupakan pelantikan terakhir yang dibuat secara langsung oleh ahli-ahli politik. Walaupun Kalimullah memberi tanggapan umum sebagai seorang yang memihak kerajaan, beliau adalah seorang penyunting yang popular disebabkan beliau mengamalkan pendekatan guna tangan terhadap tugasnya, dan pernah juga menulis sesetengah rencana halaman depan. Bagaimanapun, Kalimullah telah dituduh kerana terlalu mengampu tuan-tuan politiknya dan tidak bertoleransi terhadap mereka yang tidak bersependapat dengannya. Pada akhir 2005, beliau melantik pewarisnya, Datuk Hishamuddin Aun. Kini, Kalimullah masih menyertai operasi New Straits Times sebagai penasihatnya.

Penyunting kumpulan yang terkini ialah Syed Nazri Syed Harun yang menggantikan Brendan Pereira yang meletak jawatan pada Oktober 2006.

Ruangan seksyen sunting

Ruangan seksyen di New Straits Times terdiri dari:

  • Business Times: Selama beberapa tahun, New Straits Times telah mengandungi Business Times yang mengembangkan bahagian perniagaan supaya dapat menarik hati para peniaga dan usahawan.
  • Property Times: Diterbitkan buat pertama kali pada Mei 1995, Property Times ialah sebuah naskhah tambahan yang boleh dikeluarkan yang diterbitkan pada setiap hari Sabtu dalam New Straits Times. Bahagian ini menumpukan perhatian kepada pasaran harta tanah dan petua-petua untuk menghiasi rumah.
  • Tech n U: Diterbitkan setiap Isnin dan Khamis, sisipan ini menumpukan bidang teknologi maklumat dan komputer.
  • Travel:Diterbitkan setiap Selasa, Travel menampilkan panduan untuk bercuti, berita pelancongan dan journal perjalanan.
  • Premier League Plus: Menampilkan aksi sukan bola sepak antarabangsa.

Sementara seksyen mingguan pula mengandungi:

  • Sunday People, Focus, Learning Curve, dan Cars,Bikes & Trucks .

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Mohamad Athir Ismail (14 Julai 2020). "Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini". Suara Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
  2. ^ Merican, Din & Musa, M. Bakri (2006). "Yang Berani dan Yang Dapat Diramalkan – Bertukar-tukar Pandangan dengan Din Merican". Dicapai pada 13 Mac 2006.

Pautan luar sunting