The Old Mill ("Kincir Usang") ialah sebuah kartun Silly Symphonies yang diterbitkan oleh Walt Disney, diarah oleh Wilfred Jackson, diskorkan muzik oleh Leigh Harline, dan diedarkan ke pawagam oleh RKO Radio Pictures mulai 5 November 1937. Filem ini menggambarkan masyarakat haiwan semula jadi yang mendiami sebuah kincir angin yang usang di tengah desa, dan detik-detik kesusahan apabila berdepan dengan ribut petir kencang yang nyaris membinasakan tempat tinggal mereka.

The Old Mill
Poster for The Old Mill
Poster for The Old Mill
PengarahWilfred Jackson
Muzik olehLeigh Harline
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures
Tarikh tayangan
5 November 1937
Masa tayangan
9 minutes
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish

Seperti dengan kartun-kartun Silly Symphonies yang berikutnya, The Old Mill merupakan bahan ujian bagi teknik-teknik animasi termaju. Selain menandakan penggunaan kamera berbilang satah buat julung kali oleh Disney, filem ini turut menerapkan gambaran kelakuan haiwan yang realistik, pencahayaan dan kesan warna yang rumit, hujan, angin, kilat, riak, percikan dan bayang cermin, putaran tiga dimensi bagi objek-objek yang terperinci, serta penggunaan pemasaan untuk menghasilkan kesan-kesan dramatik dan beremosi yang tertentu. Segala teladan yang dipelajari daripada penghasilan The Old Mill kemudiannya diterapkan dalam filem-filem animasi cetera terbitan Disney, terutamanya Snow White and the Seven Dwarfs yang keluar pada tahun 1937.[1]

Anugerah dan penghormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Thomas, Bob. Walt Disney: An American Original. Simon & Schuster, 1976, pg. 134.
  2. ^ title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Pautan luar sunting

Templat:Silly Symphonies