The R&D Studio Sdn. Bhd. (atau lebih dikenali sebagai R&D Studio) merupakan sebuah studio kreatif bertaraf MSC yang membangunkan kandungan animasi dan aksi langsung untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

The R&D Studio Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
Industri
Ditubuhkan15 Ogos 2011; 12 tahun yang lalu (2011-08-15)
Pengasas
  • Irwan Junaidy (Rogue)
  • Rosihan Zain (Dhojee)
Ibu pejabatAra Damansara, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
  • Irwan Junaidy
    (Pengarah Kreatif)
  • Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
    (Rakan Kongsi)
Keluaran
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2014–kini
Pelanggan8,170 pelanggan
Jumlah tontonan532,919 tontonan
Dikemaskini pada 15 September 2021
Tapak webrnd.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejak penubuhan pada tahun 2011, R&D Studio telah menghasilkan beberapa filem pendek animasi yang meraih pencapaian dan anugerah dari pesta filem dan animasi antarabangsa.

Filemografi sunting

Animasi
Tahun Tajuk Pengarah Skrip Nota
2011 Sunsastera
2013 Nobodies
2019 Batik Girl Irwan Junaidy
2021 Framed Memories Mclelun Lee
2021 The Dalang's Tale
  • Irwan Junaidy
  • Maizura Abas
  • 'Atiqah Mohd Abu Bakar
2021 Kuihpocalypse Han F.
Aksi Langsung
Tahun Tajuk Pengarah Skrip Nota
2016 Bila Artis Balik Kampung Beraya Paly Ishak
2019 Rendang Buatan Timah Paly Ishak
2019 Wizards of Warna Walk
  • Junad M. Nor
  • Imri Nasution
  • Todd J. Greenwald
  • Zaidah Z.
Terbitan bersama Disney Channel Asia
2019 Al-Kisah Dua Roda Paly Ishak

Pencapaian dan Anugerah sunting

Filem pendek Batik Girl mendapat sambutan yang sangat baik di peringkat antarabangsa. Setelah lebih setahun bertanding di pesta filem dan animasi antarabangsa, Batik Girl memenangi anugerah filem animasi terbaik di ‘20th DigiCon6 ASIA’ di Jepun dan ‘5th Felacos Festival de Largos y Cortos de Santiago’ di Chile. Filem tersebut juga menjadi pilihan untuk ditayang di 28 pesta filem dan animasi antarabangsa.

Tiga filem pendek terbaru dari R&D Studio yang dihasilkan tahun 2021; Framed Memories, The Dalang’s Tale dan Kuihpocalypse juga telah dipilih untuk ditayangkan di beberapa pesta filem dan animasi.