The Reader (filem 2008)


The Reader adalah sebuah filem drama romantik pada tahun 2008 yang diarahkan oleh Stephen Daldry dan ditulis oleh David Hare, berdasarkan dari novel berbahasa Jerman pada tahun 1995 dengan nama yang sama yang ditulis oleh Bernhard Schlink. Dibintangi oleh Kate Winslet, Ralph Fiennes, dan David Kross. Filem ini merupakan yang terakhir untuk produser Anthony Minghella dan Sydney Pollack, yang keduanya meninggal dunia sebelum ia dilancarkan. Pengeluaran filem ini bermula di Jerman pada bulan September 2007, dan filem ini dibuka dalam siaran terhad pada 10 Disember 2008.

The Reader
PengarahStephen Daldry
Lakon layarDavid Hare
BerdasarkanDer Vorleser oleh
Bernhard Schlink
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Sinematografi
Disunting olehClaire Simpson
Muzik olehNico Muhly
Diedarkan olehThe Weinstein Company
Tarikh tayangan
  • 12 Disember 2008 (2008-12-12) (AS)
  • 06 Februari 2009 (2009-02-06) (Berlin)
  • 26 Februari 2009 (2009-02-26) (Jerman)
Masa tayangan
124 minit[2]
Negara
  • Jerman[1]
  • Amerika Syarikat
Bahasa
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Yunani
Bajet$32 juta
Pecah panggung$108.9 juta

Filem ini mengisahkan Michael Berg (David Kroos), seorang remaja berbangsa Jerman yang ketika itu berusia 15 tahun pada tahun 1958, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang lebih tua, Hanna Schmitz (Kate Winslet). Hanna menghilangkan diri dan muncul kembali bertahun-tahun kemudian setelah didakwa dalam perbicaraan jenayah perang yang berpunca dari tindakannya sebagai pengawal di sebuah penjara penahanan pihak Nazi. Michael yang ketika sedang menyambung pengajian guamannya menyedari bahawa Hanna menyimpan suatu rahsia peribadi yang dia percayai lebih buruk daripada masa lalu bersama dengan Nazi - rahsia yang jika didedahkan akan dapat membantunya di menyelamatkannya. Hanna dilihat seperti dianiaya oleh rakan-rakanya yang lain sehingga menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Walaupun mendapat ulasan dan kritikan yang pelbagai, Winslet dan Kross, yang memainkan watak Michael (muda), mendapat pujian atas persembahan mereka; Winslet memenangi beberapa anugerah untuk peranannya, termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Selain itu, filem itu sendiri dicalonkan untuk beberapa anugerah utama lain, termasuklah Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik.

Sinopsis sunting

Pada tahun 1958, Michael Berg (David Kroos), seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami demam teruk di U-Bahn, Berlin, Jerman Barat. Pada hari tersebut, dia dijumpai, dirawat sementara dan membantunya untuk pulang ke rumah oleh Hanna Schmitz (Kate Winslet) seorang wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai konduktor trem di bandar tersebut . Michael didiagnosis menghidap Demam Scarlet dan diarahkan untuk dikuarantin di dalam rumah selama tiga bulan. Selepas disahkan pulih, dia pergi semula ke rumah Hanna untuk menghadiahkan sejambak bunga sebagai tanda berterima kasih membantunya beberapa bulan lepas. Hanna seorang wanita kesunyian dan tinggal berseorangan di apartmennya. Dia juga sering menggoda Michael secara tidak langsung yang menyebabkan Michael mula tertarik dan menaruh perasaan terhadapnya. Mereka menghabiskan banyak masa bersama dan kerap melakukan hubungan seks di dalam rumah Hanna setiap kali Michael membacakan beberapa karya sastera yang sedang dia pelajari dari sekolah. Hanna juga seorang buta huruf dan tertarik akan tindak tanduk Michael dan mula menyanyanginya. Selepas perjalanan berbasikal dengan Michael, Hanna mengetahui bahawa dia akan dinaikkan pangkat sebagai pegawai perkeranian di pejabat syarikat trem tersebut, di mana dia tiba-tiba sahaja meninggalkan rumahnya, tanpa memberitahu Michael atau orang lain ke mana dia berpindah.

Pada tahun 1966, Michael berusia 23 tahun menyambung pengajiannya di Universiti Heidelberg jurusan undang-undang. Suatu hari beliau dipilih untuk menghadiri ke sebuah seminar istimewa anjuran fakultinya untuk mengkaji dan menyiapkan tugasan berdasarkan kes pendakwaan sebenar di mahkamah. (Menyamai kes perbicaraan Frankfurt Auschwitz) beberapa orang wanita dihadapkan di atas pendakwaan membiarkan 300 orang wanita beragama Yahudi mati di dalam sebuah gereja yang terbakar ketika mereka adalah pengawal Schutzstaffel pada perarakan kematian beramai-ramai pada tahun 1944 di dalam sebuah penjara penahanan di, Krakow. Michael terkejut apabila melihat bahawa Hanna adalah salah seorang defendan tersebut. Bukti utama dalam perbicaraan tersebut adalah saksi yang terselamat, Ilana Mather (Alexandra Maria Lara), kini seorang pengarang memoir yang menceritakan bagaimana dia dan ibunya, Rose Mather (Lena Olin), yang juga seorang lagi yang terselamat dalam kejadian itu. Dia menerangkan bagaimana Hanna ketika itu meminta wanita-wanita dari kem tersebut membaca nota kepadanya pada waktu malam. Hanna, tidak seperti rakan sekerjanya, mengakui bahawa kem tahanan Auschwitz adalah sebuah kem penghapusan etnik dan mengarahkan bahawa setiap 10 orang wanita yang dia pilih setiap bulan akan dibakar hidup-hidup. Namun dia membantah, kepengarangan laporan mengenai peristiwa kebakaran gereja sebagai kemalangan yang tidak dapat ditolong. Defendan-defendan lain yang bersama Hanna kemudian bergabung bersama-sama dalam pembohongan untuk menyalahkan Hanna kerana dialah yang menulis nota tersebut. Dia diminta untuk memberikan sampel tulisan tangan dan mengakui atas tuduhan tersebut dan mengakui ujian tulisan tangan adalah darinya sendiri. Michael kemudian menyedari bahawa Hanna seorang yang buta huruf sewaktu dikenalinya dahulu, suatu fakta yang dia telah menyembunyikan sepanjang hidupnya. Pengawal lain yang menyalahkan laporan bertulis kepadanya berbohong untuk membersihkan diri. Michael memberitahu profesor undang-undang mengenai fakta yang menguntungkan itu, tetapi kerana defendan sendiri memilih untuk tidak mendedahkannya, profesor itu tidak pasti apa yang harus dilakukan mengenainya. Michael, walaupun diizinkan mengunjungi Hanna, meninggalkan penjara, tanpa melihatnya. Hanna dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana dia mengakui peranan kepemimpinannya dalam kematian beramai-ramai di dalam gereja tersebut, sementara defendan yang lain masing-masing dihukum penjara empat tahun dan tiga bulan setiap seorang.

Beberapa tahun kemudian, Michael (Ralph Fiennes) berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang kemudiannya bercerai. Setelah mengambil buku-bukunya dari rumah semasa kecilnya dan sejak dia dan Hanna berselingkuh, dia mula membacanya dan merakam melalui beberapa pita perakam, yang kemudian dia kirimkan kepada Hanna. Akhirnya, dia mula meminjam buku dari perpustakaan penjara dan mengajar dirinya sendiri membaca dan menulis dengan mengikuti bersama-sama dengan kaset dari Michael. Dia mula menulis kembali kepada Michael, pertama secara ringkas, catatan seperti seorang kanak-kanak, dan seiring berjalannya waktu, surat-suratnya mencerminkan peningkatan yang semakin baik penulisannya secara beransur-ansur.

Pada tahun 1988, warden penjara, Mrs. Brenner (Linda Bassett) menelefon Michael untuk memberitahu bahawa Hanna bakal dibebaskan di atas perilakunya yang baik di dalam penjara. Memandangkan dia kini tiada keluarga mahupun saudara mara, Michael sesuai membimbingnya untuk sediakan tempat tinggal dan pekerjaan yang sesuai untuknya. Akhirnya, Michael berjumpa dengannya dan berbual seperti biasa. Michael ada menceritakan tentang peristiwa silam bersamanya, tetapi Hanna menjawab kini semuanya tidak bermakna lagi, kenangan lalu telah mati dan terus mati. Pada hari pembebasannya, Michael tiba di penjara dengan sejambak bunga, tetapi dia tidak menyangka bahawa Hanna telah ditemui mati membunuh diri di dalam sel peribadinya dengan cara menggantung diri. Ditinggalkan bersama nota terakhirnya dan sejumlah wang di dalam bekas besi (teh) untuk didermakan kepada Ilana kerana karya memoir yang mengerikan itu telah selesai dibacanya.

Michael pergi ke New York City di mana dia bertemu dengan Ilana, (lakonan Lena Olin) dan mengaku hubungannya dengan Hanna sejak sekian lama. Dia memberitahunya tentang catatan bunuh diri dan keadaan buta huruf Hanna pada kejadian malang tersebut. Ilana yang tergamam dannmemberitahu Michael tidak apa yang dapat dipelajari lagi dari kem tahanan tersebut serta menolak pemberian wang tersebut, Michael mencadangkan agar wang itu disumbangkan kepada organisasi kebajikan agama Yahudi yang berurusan dengan syarikat penulisannya. Ilana menyimpan tin teh, bersama-sama dengan apa yang dicuri di Auschwitz dahulu.

Pada tahun 1995, filem ini berakhir dengan Michael membawa anak perempuannya, Julia (Hannah Herzsprung) ke kubur Hanna Schmitz (1922-1988), Julia mulai kebingungan dan Michael menceritakan semula kisah mereka.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The Reader (2008)". The New York Times. Dicapai pada Mac 21, 2011.
  2. ^ "The Reader (15)". British Board of Film Classification. 2008-12-02. Dicapai pada 2013-06-17.

Pautan luar sunting