The Scarlet Letter (filem 1908)


The Scarlet Letter merupakan filem pendek senyap Amerika Syarikat 1908 yang diarahkan oleh Sidney Olcott. Ia berdasarkan novel dengan judul yang sama oleh Nathaniel Hawthorne. Filem ini ditulis oleh Gene Gauntier, yang turut melakonkan watak Hester Prynne. Filem ini telah diterbitkan oleh Kalem Company.

The Scarlet Letter
PengarahSidney Olcott
BerdasarkanNovel Evnageline ditulis oleh Nathan Hawthorne
Dihasilkan olehSidney Olcott
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGeneral Film Company
Tarikh tayangan
  • 23 Mac 1908 (1908-03-23)
Masa tayangan
1 gelung (10 minit)
NegaraA.S.
BahasaBisu

Filem ini dikategorikan sebagai hilang.

Plot sunting

Hester Prynne telah mengandung ketika suaminya tibe-tiba menghilangkan diri. Pada Jun 1642, di bandar Puritan Boston, orang ramai berkumpul untuk menyaksikan hukuman Prynne, yang didapati bersalah melakukan penzinaan. Dia dikehendaki memakai kain merah "A" ("A" adalah simbol adultery atau penzinaan) pada pakaiannya bagi tujuan memalukannya. Salah seorang yang menjadi penuduh Prynne adalah Dimmesdale, lelaki yang pernah menggodanya dahulu.

Pautan luar sunting