The Three Tenors ialah nama yang diberikan untuk konsert gabungan 3 penyanyi Tenor opera terkenal Plácido Domingo, José Carreras and Luciano Pavarotti. 3 penyanyi ini memulakan gabungan dengan konsert ulung mereka di Ancient Baths of Caracalla di bandaraya Rom pada malam pembukaan Piala Dunia FIFA pada 7 Julai 1990. Persembahan mereka diiringi oleh orkestra del Maggio Musicale Fiorentino dan orkestra del Teatro dell Opera di bawah pimpinan Zubin Mehta.

Kulit muka album 1990. Dari Kiri Domingo, Carreras, Zubin Mehta (Konduktor muzik) dan Pavarotti

Tujuan asal sunting

Konsert ini pada asalnya diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Lukemia Antarabangsa Carreras (José Carreras International Leukaemia Foundation) dan juga sebagai cara Domingo dan Pavarotti menyambut kepulangan Carreras ke dunia nyanyian opera setelah bergelut dengan penyakit leukemia.

Dari konsert pertama itu, mereka kemudiannya mula menyanyi bersama dan membuat banyak konsert, antaranya di Dodger Stadium di Los Angeles pada Piala Dunia 1994 di bawah arahan produser Hungary, Tibor Rudas, konsert di Menara Eiffel di Paris ketika France '98 dan di Yokohama pada tahun 2002. Mereka juga membuat persembahan bersama di banyak bandaraya besar di seluruh dunia bertempat di stadium atau kawasan yang mampu memuatkan jumlah penonton yang besar.

Kejayaan sunting

Konsert-konsert mereka mendapat sambungan hebat dari segi komersial dan peminat. Ini diteruskan dengan album-album konsert secara langsung seperti Carreras - Domingo - Pavarotti: the Three Tenors in Concert (memegang rekod dunia untuk jualan album klasikal terbanyak), The Three Tenors In Concert 1994, The Three Tenors: Paris 1998, The Three Tenors Christmas dan The Best of the Three Tenors. Zubin Mehta menjadi konduktor muzik untuk persembahan – persembahan mereka sepanjang 1990 hingga ke 1994. Konsert The Three Tenors di Paris dipersembahkan di bawah seliaan konduktor muzik, James Levine.

Repertoir yang ditunjukkan oleh 3 tenor ini bukan sahaja merangkumi seni nyanyian opera dan teater broadway, malah juga lagu-lagu pop Opera. Lagu-lagu mercu tanda mereka adalah seperti Nessun Dorma dari opera Turandot oleh Puccini dan balad Itali, O Sole Mio.

Konsert The Three Tenors dijadualkan untuk acara perasmian Universal Forum of Cultures di Monterrey pada tahun 2005, Mexico, tetapi Pavarotti tidak dapat hadir kerana sakit. Konsert itu tetap diteruskan pada 4 Jun, 2005 tanpa Pavarotti .

Kritikan dari peminat sejati teater opera sunting

Fenomena The Three Tenors diterima baik oleh sesetengah orang kerana ia memperkenalkan opera dan cara nyanyian opera kepada ramai pendengar biasa, tetapi ramai ahli dan peminat sejati teater klasikal opera tidak menyukai idea ini sama sekali. Kepada ahli dan peminat sejati teater klasikal opera, persembahan mereka ”bukanlah muzik bagi jutaan (peminat) tetapi lebih kepada muzik bagi berjuta yang dikaut” .

(Petikan asal: “not so much as music for the millions as music for millions in view of the large payments”, yang bermaksud kualiti penyampaian opera yang diremehkan bagi mendapat keuntungan wang yang banyak).

Ketiga-tiga penyanyi dan konduktor muzik, Zubin Mehra mendapat jumlah wang yang besar dari keuntungan jualan album dan konsert-konsert melebihi USD$1 juta setiap seorang.

Sesetengah pengkritik pula membantah persembahan aria-aria opera dibuat di stadium-stadium seperti Stadium Wembley, yang mana berat dengan alatan dan suasana yang tidak bersesuaian yang dikatakan merosakkan nilai - nilai opera sejati . Pada mereka, The Three Tenors dan orang – orang yang bertanggungjawab dengan konsert ini kurang memahami dan menghargai konsep Gesamtkunstwerk sepertimana yang ditekankan oleh pengubah lagenda Jerman, Richard Wagner.

Dalam satu wawancara dengan wartawan pada tahun 1998, Domingo berkata "Saya faham maksud bantahan peminat sejati teater klasikal opera, tapi saya tak mahu mereka hadir ke The Three Tenors”

Konspirasi syarikat rakaman sunting

Kejayaan kumpulan The Three Tenors juga membuatkan Warner Bros dan Vivendi Universal dibawa ke muka pengadilan kerana didakwa atas akta "antitrust" (Tidak berurusan secara adil) oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (US Federal Trade Commission). Kedua-dua syarikat ini didapati membuat konspirasi untuk tidak mengumumkan atau tidak menurunkan harga album konsert di Rom (dikeluarkan oleh PolyGram dan kemudiannya diambil alih oleh Vivendi) dan album konsert di Los Angeles (dikeluarkan oleh Warner Bros.) kerana ingin menjaga kepentingan jualan album gabungan Konsert di Paris.

Kumpulan ikutan dan filem sunting

Kejayaan besar kumpulan The Three Tenors ini memberi idea kepada ramai bakat-bakat baru untuk meniru, antaranya ialah Irish Tenors, Tenor Australis, The Three Canadian Tenors, The Ten Tenors, Three Tenors and a Soprano, The Three Sopranos, Three Mo' Tenors, dan The 3 Chinese Tenors. Pada tahun 2000, sebuah filem komedi berunsurkan kumpulan The Three Tenors berjudul "OFF-KEY" yang ditayangkan di layar perak lakonan Joe Mantegna, George Hamilton dan Danny Aiello.

Pautan luar sunting