The Ultimate Prom Nite (Musim 2)

The Ultimate Prom Nite ialah siri televisyen realiti Malaysia yang diterbit oleh Primeworks Studios dalam usahasama bersama jenama kosmetik Nivea. Rancangan malam mempertandingkan pelajar-pelajar seberapa institusi pengajian tinggi seluruh negara tersebut dengan bertujuan mencari "Ultimate Prom King and Queen" .

The Ultimate Prom Nite
GenreRealiti
PengacaraHansen Lee
Sarah Lian
Negara asal Malaysia
BahasaInggeris
Bilangan episod5
Penerbitan
Penerbit eksekutifSunil Kumar
PenerbitAaron Tan
Tania Sufian
LokasiMalaysia
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal6 November 2008 (2008-11-06) – 11 Disember 2008 (2008-12-11)

Musim kedua The Ultimate Prom Nite disiarkan di 8TV mulai 6 November hingga 11 Disember 2008. Juruhebah Fly FM Hansen Lee dan peragawati Sarah Lian menjadi pengacara musim ini, diiringi Marion Caunter dan Henry Golding selaku pengadil peserta TUPN.

Episod sunting

# Tarikh siaran Kandungan
1 6 November 2008
  1. Ujibakat awal
  2. Sesi persiapan (grooming, lakonan, ujibakat kedua)
2 13 November 2008 Top 12: Mall Hunt
3 20 November 2008 Top 10: Amal Aidilfitri bersama anak yatim
4 27 November 2008 Top 8: Berdating bersama pengacara
5 11 Disember 2008 Top 6: Malam Prom

Ujibakat awal sunting

Ujibakat terawal diadakan mulai 8 Julai hingga 4 Ogos di dua belas kampus terpilih di seluruh semenanjung Malaysia, yang mana setiap satunya akan seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk mengejar impian mereka.[1]

  1. Kolej Disted Stamford, Pulau Pinang
  2. Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Pulau Pinang
  3. Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Nilai, Negeri Sembilan
  4. Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Subang Jaya
  5. Kolej Damansara Utama, Pulau Pinang
  6. Kolej Lagenda, Nilai, Negeri Sembilan
  7. Kolej Metropolitan, Subang Jaya
  8. Kolej Antarabangsa Nilai
  9. Kolej Olympia, Kuala Lumpur
  10. Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara
  11. Kolej Universiti Sunway, Johor Bharu
  12. Kolej Universiti Taylor's

Di samping itu, sebuah lagi sesi ujibakat khas diadakan di bangunan Sri Pentas, Bandar Utama (tempat operasi keempat-empat stesen televisyen Media Prima), terbuka kepada pelajar mana-mana institusi pengajian.

Penuntut yang layak dari setiap kolej tidak semestinya belajar di kolej yang mengadakan sesi ujibakat masing-masing. Berikut merupakan pelajar-pelajar yang layak ke dalam pertandingan.

  • Victor Lucas - Kolej Han Chiang
  • Kan Wai Ling - Kolej Universiti Sunway, Johor Bahru
  • Colin Chia Siang - Kolej Universiti Sunway, Johor Bahru
  • Felicia Tan - Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Pulau Pinang
  • Mohd Farhan - Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara
  • Atiqah Nabilah - Kolej Lagenda, Nilai
  • Adam Jayarathim - Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Pulau Pinang
  • Azimah Arshad - Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara
  • Birendra Bahadur - Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Nilai
  • Belinda Chong - Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Nilai

  • Arvind Kaha - Kolej Damansara Utama, Pulau Pinang
  • Mea Hing Jian - Kolej Antarabangsa Nilai
  • Carmen Leong - Kolej Antarabangsa Nilai
  • Hadry Hyzan - Kolej Universiti Taylor's
  • Fatin Johanna - Kolej Universiti Taylor's
  • Teng Ivan - Kolej Metropolitan, Subang Jaya
  • Radiah Nazir - Kolej Universiti Taylor's
  • Mohd Izhafran - Kolej Lagenda Nilai
  • Shereen Liang - Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Subang Jaya
  • Nicolette Ng - Kolej Metropolitan, Subang Jaya
  • Syed Mohd Danial - Kolej Universiti Taylor's
  • Rhea M. Pereira - ?
  • Preeyan - Akademi APT

Mereka yang layak dari ujibakat tersebut ialah Rhea M. Pereira dan Preeyan, sekaligus membentuk 23 peserta teratas yang layak ke pusingan seterusnya.

Sesi persiapan sunting

Kesemua peserta yang layak memulakan perjalanan mereka dalam pertandingan dengan menghadiri sesi "grooming" selama satu hujung minggu yang dikelolakan oleh Wendy Lee bagi pihak penaja Nivea. Sesi ini ini melibatkan keluaran-keluaran Nivea yang digunakan untuk menyerikan wajah dan penampilan diri para peserta.

Ini diikuti oleh woksyop latihan berlakon yang dipimpin oleh Nazril Idrus dan Sazzy Falak yang mewakili syarikat masing-masing iaitu agensi profesional LVG Consultants dan pusat latihan bakat lakonan Sinclair Falak Sdn Bhd. Para peserta dibahagi kepada empat kumpulan setelah diarah membuat bunyi haiwan dan berkumpul sesama bunyi tersebut, diikuti mulanya sesi latihan lakonan. Setiap kumpulan ini dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing secara kreatif, kemudian mempersembahkan lakonan di atas pentas.

Sesi latihan lakonan ini diakhiri dengan latihan "nice walk" yang mana setiap peserta dikehendaki muncul ke hadapan khalayak ramai dengan gaya yang tersendiri dan menarik, seolah-olah yang dibuat pengacara televisyen.

Hujung minggu ini diakhiri dengan sesi soal jawab atau ujibakat kedua yang perlu dilalui para peserta untuk menentukan siapa yang mengisi kedudukan 12 teratas. Henry Golding dan Marion Caunter menjadi pengadil yang akan menyoal dan berbincang dengan setiap peserta di samping mengimbas kembali rakaman pengakuan diri para peserta untuk menentukan nasib para peserta. Selepas lengkapnya keseluruhan sesi persiapan ini, dua belas orang layak ke pusingan seterusnya, iaitu bagi lelaki: Farhan, Birendra, Adam, Ivan, Danial, Jian; dan bagi perempuan: Nicolette, Radi, Azimah, Fatin, Carmen, Shereen.

Top 12 sunting

Peserta 12 teratas dibawa ke pusat beli-belah 1 Utama untuk cabaran seterusnya, iaitu "Mall Hunt", untuk menguji kebolehan mereka sebagai ahli pasukan, pemimpin dan peserta. Mereka dibahagi kepada dua pasukan berenam – Team 1 dan Team 2 – untuk menyiapkan sebanyak enam tugasan dalam pusat beli-belah ini dalam masa 90 minit, setiap tugasan hanya dilakukan seorang ahli dari setiap pasukan. Di titik mula permainan dan selepas selesainya setiap tugas, setiap peserta diberi pembayang untuk menentukan tugasan seterusnya. Selepas selesainya satu tugas, peserta yang melakukannya hrus mendapatkan tag untuk menandakan selesainya tugasnya. Cabaran Mall Hunt barangkalinya diadakan pada bulan September, kerana terlihatnya gerai-gerai Perayaan Kuih Bulan dalam rakaman.

Enam tugasannya (beserta pantun teka-tekinya) adalah seperti berikut:

Tugasan Lokasi Huraian Pembayang
The Batting Cages It's a Hit! Batting Cages, Aras Bumbung Memukul bola besbol yang dilontar mesin pada kelajuan makin tinggi

One part of me is hidden in the bat cave,
The other part is also called a popular song,
All you need to do is swing and not miss me,
Or you will stand in my cage for too long.

The Rock Climb Camp 5, Aras 5 Memanjat tembok setinggi 12 meter sehingga mencapai penanda yang ditentukan

You could climb a ladder or you could climb a tree,
While others just prefer to journey up me,
My goosebumps are strong enough for hands to handle,
But a bad rope could sometimes end you up on a tangle.

The Polaroid Model High Street, Aras Bawah Pasukan mencarikan seorang pengunjung untuk diambil gambar oleh seorang dari mereka yang memegang kamera Polaroid Find a model for the following Nivea tagline: "Beauty is a sparkle" (Pasukan 2); "Men who zest for life" (Pasukan 1)
The Book Hunt MPH Bookstores, Aras 1 dan 2 Pasukan menyelesaikan teka silang kata yang semua jawapannya membentuk judul buku untuk dicari seorang dari mereka

I hold the stones that you type and write,
And immortalise them on sheets for everyone's sight,
Your discoveries are knowledge which I hold dear,
Without me everything will be unknown to all ears.

The Futsal Challenge Futsal @ 1U, Aras Bumbung Menggelecek bola bersika-siku melalui kerucut lalu tendangnya ke dalam gawang kecil

My game is similar to the famous other,
While they count twelve I just take five,
Some find my rules are not such a border,
But a score is what keeps both games alive.

The Snakey Business Reptiles Exhibition, Aras Bawah Tanah Mengangkat seekor ular sawa keluar dari sangkarnya untuk dimandikan, dan membersihkan sisa-sisa buangan dalam sangkar itu

In the Garden of Eden I whispered in your ear,
In the school of magic I'm the simbol everyone fears,
Should you ever drop by to visit my glass house,
Will you please bring me a fat juicy mouse.

Berikut merupakan tugas-tugas yang dipikul kesemua peserta, mengikut urutan masa:

Pasukan 1 Pasukan 2
Peserta Tugas Peserta Tugas
Farhan The Rock Climb Biren The Batting Cages
Nicolette The Book Hunt Radi The Polaroid Model
Ivan The Futsal Challenge Jian The Rock Climb
Fatim The Polaroid Model Carmen The Snakey Business
Adam The Snakey Business Azima the Futsal Challenge
Shireen The Batting Cage Danial The Book Hunt

Pasukan 1 melengkapkan keenam-enam tugas mereka dan sampai ke garis penamat terlebih dahulu, diekori Pasukan 2 lima minit kemudian. Di pertemuan penting mereka dengan juri-juri Caunter dan Golding, keenam-enam anggota Pasukan 1 dikecualikan dari penyingkiran kerana kejayaan mereka dalam cabaran Mall Hunt, sementara ahli-ahli Pasukan 2 dipanggil untuk melalui sesi soal jawab lagi untuk menyoal setiap seorang mengapa mereka harus kekal, sambil menentukan seorang lelaki dan seorang perempuan yang terpekasa meninggalkan pertandingan. Mereka yang disingkirkan ialah Radi dan Biren.

Top 10 sunting

Cabaran seterusnya diadakan pada musim perayaan Aidilfitri, dan kesemua 10 peserta dibawa ke Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh untuk menjaga para anak yatim selama dua hujung minggu sebagai langkah menguji para peserta mengamalkan nilai murni dedikasi dan belas kasihan, serta menjadi contoh baik yang berkhidmat kepada masyarakat. Antara tugas-tugas yang dijalankan mereka di sana termasuk memasak, menjaga kebersihan rumah, membasuh baju, menghibur dan bermain bersama para anak yatim, dan juga membantu dalam persiapan raya. Pada malam pertama mereka berbuka puasa dengan jamuan istimewa sambil meraikan hari jadi Adam Jayarathim dan seorang kanak-kanak. Ketika bertemu bual, sesetengah peserta mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa simpati mereka terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik di rumah tersebut bersyukur kerana adanya ibu bapa di sisi mereka sepanjang zaman kanak-kanak mereka.

Pada hari keesokannya, para peserta dibawa ke Cineleisure Damansara di mana mereka dibahagi kepada gerai perempuan dan lelaki untuk menjual sebanyak mana "charity goodie bags" berisi barangan Nivea selama lima jam untuk mengutip dana untuk menampung keperluan hidup anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Setiap kumpulan dikehendaki memilih produk-produk Nivea yang hendak disertakan ke dalam pakej amal Nivea masing-masing, melantik seorang ketua (Nicolette and Farhan) dan menjual barangan Nivea pada harga RM10 atau RM20 sahaja. Dari awal lagi, kumpulan lelaki seolah-olah ketinggalan berbanding kumpulan perempuan apabila mendirikan gerai mereka dan menarik pembeli.

Walau apapun ini bukan saingan antara kedua-dua kumpulan, sebaliknya diingatkan bahawa apa yang dikerjakan mereka setakat untuk beramal, lambat-laun kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan berpakat untuk mencari jalan untuk menarik ramai lagi pembeli. Sarah Lian dan Hansen Lee turut hadir untuk memantau prestasi mereka. Mula-mulanya Adam diikat dirinya dengan tali dan belon sebagai tarikan, tetapi idea ini nampaknya kurang disenangi Carmen. Pada jam terakhir jualan mereka, Jian menari breakdance untuk mengutip sebanyak mana. Kumpulan perempuan mengutip RM2,000, sementara kumpulan lelaki pula RM1,000, untuk disumbangkan kepada tabung Rumah Kasih Harmoni. Pada malam majlis penghargaan pada hari yang sama, pihak Nivea menambah RM7,000 lagi kepada dermanya, menjadikan jumlah sumbangan sebanyak RM10,000. [2]

Selepas cabaran beramal ini, para peserta kembali menghadap Caunter dan Golding untuk disoal mengenai pengalaman mereka sepanjang cabaran, untuk menentukan siapa yang harus pergi kali ini.Sepanjang sesi soal jawab tersebut, mereka berkongsi pengalaman dan perasaan mereka bersama anak-anak yatim. Akhir sekali, Jian dan Shireen ditamatkan perjalanan dalam the Ultimate Prom Nite.[2]

Top 8 sunting

Di bulan Oktober, empat lelaki dan empat perempuan ditugaskan untuk berteman bersama pengacara di Restoran Avanti's di Sunway Resort Hotel (Farhan, Carmen, Danial, Nicolette) atau makan angin di Sunway Lagoon (Adam, Azima, Ivan, Fatin); lelaki bertemankan Sarah manakala perempuan bertemankan Hansen, satu demi satu. Tempat janji temu masing-masing ditentukan melalui cabutan selepas penyingkiran cabaran lalu. Kesemua peserta mesti melalui "The Confidence Beauty Regime", iaitu persiapan cepat mereka produk Nivea, sebelum janji temu.

Makan malam
  • Farhan & Sarah: Farhan memberi sekuntum bunga matahari kepada Sarah sebagai permulaan. Farhan mengingatkan Sarah bahawa dirinya agak cerewet dengan pemakanannya, selalu mengutamakan ayam. Di tengah waktu makan, Sarah menerima sekuntum bunga mawar dari Farhan. Apabila ditanya mengenai bilangan teman wanita, Farhan menjawab "bergantung pada betapa banyaknya itu banyak." Lebih-lebih lagi, dia cenderung menangis ketika menonton filem sedih. Selepas makan, mereka bermain snuker ruang istirahat. Di penghujung temu janji, Farhan memberi Sarah kolaj bergambar Sarah dari potongan majalah FHM.
  • Carmen & Hansen: Carmen tiba di meja makan bergalaskan beg berisi brownies untuk Hansen. Apabila ditanya mengenai dirinya, Carmen setakat menjawab dirinya kak long kepada tiga orang adik; ditanya balik pula, Hansen cakap dia anak bongsu. Mengenai lelaki kegemarannya, Carmen menjawab dia hendak lelaki yang boleh mencuit hatinya. Selepas makan, mereka berjalan-jalan di taman di sekitar hotel, di mana Carmen berkata pada Hansen bahawa dia hendak memastikan janji temunya sukar dilupakan.
  • Danial & Sarah: Danial menghadiahkan sejambak kecil yang terdiri dari tiga kuntum bunga mawar jingga dan sekuntum lavender untuk "memaniskan" hati Sarah sebelum makan. Di tengah waktu makan, Danial mengingatkan Sarah dia gemar nasi ayam tetapi kurang menyenangi durian. Dia juga diperlihatkan kurang menonjol ketika bersiar-siar di taman, maka menimbulkan tanggapan yang kurang memuaskan kepada Sarah.
  • Nicolette & Hansen: Hansen mengulas angin keyakinan Nicolette yang terasa apabila hadir di tempat makan. Apabila ditanya mengenai janji temu impiannya, Nicolette menjawab dia janji temu itu usah berbunga-bunga, asalkan menyenangkan. Nicolette menghadiahkan seekor beruang teddy bertanduk kepada Hansen. Mereka menghabiskan janji temu dengan pencuci mulut di ruang istirahat.
Taman tema
  • Adam & Sarah: Adam menjemput Sarah dengan sekuntum bunga mawar, sama-sama makan aiskrim dan bersiar-siar di Animal Park sebagai permulaan. Adam mengakui haiwan kegemarannya ialah naga. Mereka juga diperlihatkan mencuba permainan-permainan di Amusement Park seperti Pirate's Revenge dan Buffalo Bill Coaster, serta mengambil foto palsu bersama seekor harimau besar di tengah-tengah salji.
  • Azima & Hansen: Azima memulakan janji temu dengan memberi sekalungan bunga kepada Hansen. Mereka diperlihatkan menaiki beraneka permainan di Amusement Park, bermain di arked dan penting sekali, meredah rumah berhantu di Scream Park. Azima mengulas dirinya dan Hansen sama-sama gemar sukan ekstrim. Apabila ditanya Hansen mengenai lelaki kegemarannya, Azima setakat menjawab tidak tahu, walaupun dirinya bukan seorang yang cerewet mengenai lelaki.
  • Ivan & Sarah: Janji temu bermula dengan gaya Romeo & Juliet yang memperlihatkan Sarah di atas menara memandang Ivan melutut menghadapnya dengan sekuntum bunga ros. Ivan memberitahunya dia tidak gemar janji temu satu dengan satu setelah laam berkawan secara berkumpulan. Mereka diperlihatkan menaiki pelancar G-Force dan Tomahawk. Sarah memuji janji temu mereka ini kerana berpeluang untuk lebih mengenali satu sama lain.
  • Fatin & Hansen: Mereka memulakan janji temu dengan menujakan diri di Tomahawk, lalu mengunjungi Animal Park dan bermain di arked. Hansen mengulas sekali lagi angin keyakinan Fatin boleh "melembutkan hati lelaki," maka menjayakan janji temu mereka. Apabila menaiki karusel, Fatin menghadiahkan sehelai kertas berlakaran diri Hansen kepada pengacara tersebut.

Top 8 berdepan penyingkiran sekali lagi di Kolej SEGi Kota Damansara, kali ini Caunter dan Golding diiringi kedua-dua pengacara untuk menentukan enam orang mana yang layak ke Ultimate Prom Nite. Para pengadil mengingatkan bahawa mereka mencari seorang lelaki dan seorang perempuan yang mampu berhubung dengan masyarakat dari setakat pandai atau menawan. Setiap peserta dinilaikan satu demi satu berkenaan pengalaman mereka di janji temu dan seluruh pertandingan.

Akhir sekali, pengacara mengumumkan Fatin, Adam, Azima, Ivan, Nicolette dan Farhan layak ke the Top 6 untuk merebut mahkota Ultimate Prom King dan Queen, sekaligus menyingkirkan Danial dan Carmen dari pertandingan.

Kemuncak sunting

Acara kemuncak musim kedua the Ultimate Prom Nite sebenarnya dirakam pada malam 28 November 2008, lalu disiarkan pada 11 Disember. Keenam-enam finalis tiba dengan menaiki limosin ke kampus Kota Damansara Kolej Universiti SEGi. Turut menghadiri ialah Prom King musim lalu ialah Reagan Kang Ti Kern.

Acara dimulakan oleh persembahan pasukan sorak CHARM, diikuti oleh penampilan kesemua finalis secara berpasangan iaitu Adam, Nicolette, Ivan, Azima, Farhan and Fatin, yang dipersembahkan oleh kedua-dua pengacara Hansen Lee dan Sarah Lian di hadapan para hadirin dalam suasana ruang makan. Turut hadir adalah juri-juri Marion Caunter, Henry Golding dan juri tetamu istimewa Amber Chia. Sebelum cabaran bermula, penonton disajikan persembahan kumpulan tarian hip-hop Floor Fever diiringi muzik oleh DJ Iman.

Cabaran pertama para finalis di malam kemuncak ini ialah tarian ballroom-jazz secara berpasangan, ihsan latihan di William & Luisa's Danceworld. Adam dan Nicolette membuka cabaran dengan mengikut rentak lagu Let It Rock (Kevin Rudolf dan Lil Wayne); diikuti Ivan dan Azima dengan lagu Keeps Gettin' Better (Christina Aguilera); dan akhir sekali Farhan dan Fatin dengan Womanizer (Britney Spears).

Cabaran kedua dan terpenting bagi keenam-enam finalis ialah satu lagi sesi soal jawab yang mana juri mencari segala jawapan untuk menentukan siapa yang paling layak dimahkotakan Prom King dan Prom Queen. Setiap peserta menyediakan video kempen sebelum menjawab soalan-soalan juri berkenaan diri mereka.

  • Video kempen Adam memaparkan dirinya tengah memasak di dapur untuk mengetengahkan kemahiran hidup. Setelah memenuhi permintaan Marion untuk membuat "catwalk", dia menjawab soalah Marion iaitu cabaran yang mana paling besar pengaruh pada dirinya sepanjang pertandingan, iaitu cabaran amal Aidilfitri di rumah anak yatim, yang mengingatkannya agar lebih menghargai apa yang pernah dinikmati dirinya tetapi tidak pernah dialami kanak-kanak kurang bernasib baik tersebut.
  • Fatin merakam dirinya bermain futsal dalam videonya untuk menerangkan kepentingan kerjasama. Marion bertanya apa yang menjadikan seorang pelajar contoh, jawapannya adalah penekanan pada pengurusan waktu yang berkesan. Amber bertanya mengenai hidup selepas tamat pengajian, dan jawapannya adalah membayangkan dirinya menjadi seorang arkitek kerana tengah mengejar diploma seni bina dan rekaan fesyen.
  • Ivan telah membikin video muzik berlagukan rap untuk kempennya. Henry bertanyakan moto hidupnya; dan jawapannya ialah "Kejayaan itu bukan destinasi, sebaliknya adalah perjalanannya."
  • Nicolette menyanyi lagu Realize nyanyian asal Colbie Caillat, dan menari dalam video muziknya untuk memaparkan keceriaan dalam hidup. Henry hendak tahu kekuatan dan kelemahannya; dan jawapannya ialah keghairahan sebagai kekuatan dan kelemahannya pula terlalu mementingkan kesempurnaan. Amber menanyakan soalan pelajar contoh lagi, dan jawapannya kali ini berbunyi mengimbangi usaha dalam pelajaran dan keriangan dalam hidup.
  • Farhan menceritakan hidupnya berteraskan kereta dengan menjalani aktiviti drifting. Henry bertanya apa yang dipelajarinya sepanjang pertandingan; maka jawapan yang diberikan Farhan yang berpengalaman sebagai ketua pasukan merangkumi kerjasama, persefahaman, membuka minda dan kempimpinan. Amber bertanya hidup selepas tamat pengajian pula, dia membayangkan impian hidup mewah di Jerman.
  • Fatin merakam dirinya berselam skuba sebagai hobi yang mencerminkan peribadinya. Marion menyoal masa depannya selepas tamat pengajian, dan dia membayangkan dirinya membuka perniagaan di seluruh dunia, mungkin sekali berniaga aktiviti menyelam. Fatin menjawab soalan Amber mengenai kelemahan dirinya iaitu sentiasa segan.

Sebaik sahaja keputusan akhir hendak diumumkan, ditunjukkan pula rakaman 14 peserta lain yang meluahkan siapa itu raja dan ratu prom pilihan mereka. Setelah para juri memuktamadkan penilaian mereka digabungkan dengan hasil undian awam, Adam dan Nicolette masing-masing dinobatkan sebagai Ultimate Prom King dan Ultimate Prom Queen, setiap seorang menerima wang tunai RM10,000 dan peluang mengacara rancangan the 8TV Quickie.

Nicolette muncul di Quickie pada 16 Disember; Adam pula 19 Disember.

Rujukan sunting

  1. ^ "Pencarian Personaliti Glamor 8TV Bermula". MySelebriti.com. 2008-07-08. Dicapai pada 2008-11-08.
  2. ^ a b "Ep. 3". The Ultimate Prom Nite. Musim 2. Episod 3. 2008-11-20. 8TV. Cite has empty unknown parameters: |seriesno= dan |serieslink= (bantuan)

Pautan luar sunting