The Voice (Amerika Syarikat)

The Voice merupakan rancangan pertandingan nyanyian realiti yang disiarkan menerusi NBC. Ia merupakan adaptasi dari The Voice of Holland, konsep siri ini adalah untuk mencari bakat nyanyian (solo atau duet, profesional dan amatur) oleh peserta berumur seawal 13 tahun,[2] yang dipilih melalui ujibakat. Pemenang ditentukan melalui pilihan penonton melalui undian telefon, Internet, SMS, dan pembelian rekod persembahan peserta melalui iTunes Store. Pemenang akan menerima US$100,000 dan kontrak nyanyian dengan Universal Music Group. Antara pemenang dari musim pertama sehingga ke-17 adalah: Javier Colon, Jermaine Paul, Cassadee Pope, Danielle Bradbery, Tessanne Chin, Josh Kaufman, Craig Wayne Boyd, Sawyer Fredericks, Jordan Smith, Alisan Porter, Sundance Head, Chris Blue, Chloe Kohansaki, Brynn Cartelli, Chevel Shepherd, Maelyn Jarmon, dan Jake Hoot.

The Voice
Fail:TheVoiceTitleCard.png
GenreRancangan televisyen realiti
PenciptaJohn de Mol
PengarahAlan Carter[1]
Pengacara
Juri
PenggubahMartijn Schimmer
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim18
Bilangan episod440
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
  • Ashley Baumann
  • Amanda Borden
  • Carson Daly
  • Keith Dinielli
  • May Johnson
  • Bart Kimball
  • Michael Matsumoto
  • David Offenheiser
  • Dan Paschen
  • Kyley Tucker
  • Teddy Valenti[1]
LokasiLos Angeles, California[1]
Tempoh siaran44–104 minit
Syarikat penerbitan
  • Mark Burnett Productions (2011–12)
  • One Three Media (2012–14)
  • United Artists Media Group (2014–15)
  • MGM Television (2016–)
  • Talpa Media
  • Warner Horizon Television
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalNBC
Format gambarHDTV 1080i
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal26 April 2011 (2011-04-26) – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
The Voice (franchise)
Pautan luar
Laman rasmmi

Setiap musim, empat orang jurulatih akan dilantik untuk mengkritik persembahan peserta dan membimbing pasukan yang terdiri daripada para peserta yang dipilih sepanjang musim itu berlangsung. Selain peserta, pemenang setiap musim juga terdiri daripada jurulatih kepada pemenang. Penyanyi yang pernah menjadi jurulatih adalah Adam Levine (musim 1-16), Blake Shelton, Christina Aguilera (musim 1–3, 5, 8, 10), CeeLo Green (musim 1–3, 5), Shakira (musim 4, 6), Usher (musim 4, 6), Gwen Stefani (musim 7, 9, 12, 17), Pharrell Williams (musim 7–10), Miley Cyrus (musim 11, 13), Alicia Keys (musim 11–12, 14) Jennifer Hudson (musim 13, 15), Kelly Clarkson (musim 14-), John Legend (musim 16-) dan Nick Jonas (musim 18-). [3]

The Voice mula bersiaran pada 26 April 26, 2011. Musim ke-17 telah mula disiarkan pada 23 September 2019. Pada 18 Oktober 2016, NBC telah mengesahkan pembaharuan musim ke-13.[4]

Konsep sunting

Diadaptasi dari The Voice of Holland, NBC mengumumkan rancangan di bawah nama The Voice of America pada Disember 2010;[5] sebelum ditukar menjadi The Voice.[6] Setiap musim, pemenang akan menerima $100,000 dan kontrak bersama Universal Republic Records (musim 1 & 2), Universal Music Group (musim 3–kini).

Jurulatih sunting

CeeLo Green dari Gnarls Barkley dan Adam Levine dari Maroon 5 telah menjadi jurulatih pertama yang sah pada Februari 2011,[7] diikuti oleh Christina Aguilera[8] dan Blake Shelton pada Mac.[9] Aguilera dan Green tidak terlibat pada musim keempat dan diganti oleh Shakira dan Usher.[10] Namun, Aguilera dan Green kembali pada musim kelima, manakala Shakira dan Usher kembali untuk musim keenam.[11][12] Menerusi temubual bersama Ellen DeGeneres pada Februari 2014, Green mengesahkan beliau tidak akan kembali dalam The Voice.[13] Pada 31 Mac 2015, Pharrell Williams telah diumumkan sebagai mengantikan tempat Green.[14] Pada 19 April 2014, penyanyi No Doubt, Gwen Stefani akan muncul pada musim ketujuh bagi menggantikan Aguilera yang sedang hamil.[15] Pada 20 Mei 2014, Shakira dan Usher mengesahkan mereka akan menumpukan perhatian pada kerjaya mereka selepas musim keenam. Walau bagaimanapun, mereka tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk kembali.[16] Pada 25 Mac 2016, Miley Cyrus mengesahkan akan menjadi jurulatih pada musim ke-11 selepas ditugaskan menjadi penasihat utama untuk musim ke-10. Miley menggantikan Aguilera.[17] Dalam masa yang sama, Alicia Keys turut diumumkan sebagai jurulatih baharu bagi musim ke-11.[18] Pada 18 Oktober 2016, Stefani diumumkan akan kembali menjadi jurulatih bersama-sama dengan Keys, Levine dan Shelton untuk musim ke-12, manakala Cyrus akan kembali untuk musim ke-13 Jennifer Hudson, musim ke-14 Kelly Clarkson, musim ke-16 John Legend, dan musim ke-18 Nick Jonas.[4]

Carson Daly telah menjadi hos siri ini sejak musim pertama lagi.[19] Alison Haislip pula ditugaskan menjadi pengacara asal belakang pentas, dalam talian dan media sosial"[20] sebelum digantikan oleh Christina Milian sehingga musim keempat.[21][22]

Senarai jurulatih sunting

  • Adam Levine (2011-2019)
  • CeeLo Green (2011-2013)
  • Christina Aguilera (2011-2016)
  • Blake Shelton (2011-)
  • Shakira (2013-2014)
  • Usher (2013-2014)
  • Gwen Stefani (2014-2015, 2017, 2019)
  • Pharrell Williams (2014-2016)
  • Miley Cyrus (2016-2017)
  • Alicia Keys (2016-2017)
  • Jennifer Hudson (2017-2018)
  • Kelly Clarkson (2018-)
  • John Legend (2019-)
  • Nick Jonas (2020-)

Pengacara sunting

  • Carson Daly (2011-kini)
  • Christina Milian (2012)
  • Alison Haislip (2011)

Gambaran keseluruhan siri sunting

Musim Mula siaran Tamat siaran Juara Naib Juara Finalis lain Jurulatih yang menang Host Jurulatih
1 2 3 4
1 26 April 2011 29 Jun 2011 Javier Colon Dia Frampton Vicci Martinez Adam Levine Carson Daly
Alison Haislip (backstage)
Adam CeeLo Christina Blake
Beverly McClellan
2 5 Februari 2012 8 Mei 2012 Jermaine Paul Juliet Simms Tony Lucca Blake Shelton Carson Daly
Christina Milian (backstage)
Chris Mann
3 10 September 2012 18 Disember 2012 Cassadee Pope Terry McDermott Nicholas David
4 25 Mac 2013 18 Jun
2013
Danielle Bradbery Michelle Chamuel The Swon Brothers Shakira Usher
5 23 September 2013 17 Disember 2013 Tessanne Chin Jacquie Lee Will Champlin Adam Levine Carson Daly CeeLo Christina
6 24 Februari 2014 20 Mei 2014 Josh Kaufman Jake Worthington Christina Grimmie Usher Shakira Usher
7 22 September 2014 16 Disember, 2014 Craig Wayne Boyd Matt McAndrew Chris Jamison Blake Shelton Gwen Pharrell
Damien
8 23 Februari 2015 19 Mei 2015 Sawyer Fredericks Meghan Linsey Joshua Davis Pharrell Williams Pharrell Christina
Koryn Hawthorne
9 21 September 2015 15 Disember 2015 Jordan Smith Emily Ann Roberts Barrett Baber Adam Levine Gwen Pharrell
Jeffery Austin
10 29 Februari 2016 24 Mei 2016 Alisan Porter Adam Wakefield Hannah Huston Christina Aguilera Pharrell Christina
Laith Al-Saadi
11 19 September 2016 13 Disember 2016 Sundance Head Billy Gilman Wé McDonald Blake Shelton Miley Alicia
Josh Gallagher
12 27 Februari 2017 23 Mei 2017 Chris Blue Lauren Duski Aliyah Moulden Alicia Keys Gwen
Jesse Larson
13 25 September 2017 19 Disember 2017 Chloe Kohanski Addison Agen Brooke Simpson Blake Shelton Miley Jennifer
Red Marlow
14 26 Februari 2018 22 Mei 2018 Brynn Cartelli Britton Buchanan Kyla Jade Kelly Clarkson Alicia Kelly
Spensha Baker
15 24 September 2018 18 Disember 2018 Chevel Shepherd Chris Kroeze Kirk Jay Kelly Jennifer
Kennedy Holmes
16 25 Februari 2019 21 Mei 2019 Maelyn Jarmon Gyth Rigdon Dexter Roberts John Legend John Kelly
Andrew Sevener
17 23 September 2019 17 Disember 2019 Jake Hoot Ricky Duran Katie Kadan Kelly Clarkson Kelly Gwen John
Rose Short
18 24 Februari 2020 TBA TBA Nick

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "About 'The Voice'". NBC. Dicapai pada June 8, 2013.
  2. ^ "How to Audition for "The Voice"". NBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada May 17, 2013.
  3. ^ "NBC Sets Fall Premiere Dates for 2016-17 Season". Variety. June 15, 2016.
  4. ^ a b Andreeva, Nellie (October 18, 2016). "Gwen Stefani Rejoins The Voice As Coach For Season 12, Miley Cyrus Will Be Back In Season 13". Deadline.com. United States: Penske Media Corporation]]. Dicapai pada October 19, 2016.
  5. ^ "NBC Teams With Leading Reality Show Pioneers John de Mol & Mark Burnett and Warner Horizon Television to Bring "The Voice of America" – Based on Holland's New Blockbuster Vocal Talent Discovery Show – to American Viewers". The Futon Critic. December 13, 2010. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "NBC's New Singing Competition Series 'The Voice' (Working Title) Announces Open Auditions in Cities Across America in 2011" (Siaran akhbar). NBCUniversal. December 17, 2010. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Ng, Philiana (February 28, 2011). "Cee Lo Green, Maroon 5's Adam Levine Join NBC's 'The Voice'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ Hibberd, James (March 2, 2011). "Official: Christina Aguilera joins NBC's 'The Voice'". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-14. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ Ng, Philiana (March 7, 2011). "Blake Shelton Joins NBC's 'The Voice' as Fourth Judge". The Hollywood Reporter. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ Prudom, Laura (September 17, 2012). "'The Voice' Shake-Up: Find Out Who's Replacing Christina & Cee Lo Next Season". Huffington Post.
  11. ^ Gil Kaufmann (May 14, 2013). "Christina Aguilera Returning To 'The Voice,' Cee Lo Green Near Deal". MTV News. Viacom. Dicapai pada May 15, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  12. ^ James Hibberd (May 16, 2013). "'The Voice': Shakira, Usher, Cee Lo ALL coming back". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai pada May 18, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ "Cee Lo Green: I'm Not Returning to 'The Voice' (Video)".
  14. ^ Bibel, Sara. "Pharrell Williams Named Coach for Season 7 of 'The Voice'". Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-03. Dicapai pada March 31, 2014.
  15. ^ Enriquez, Justin. "Gwen Stefani To Join The Voice as a Judge While a Pregnant Christina Aguilera Sits Out the Next Season". London: MailOnline. Dicapai pada April 18, 2014.
  16. ^ Harnick, Chris. "Are Usher and Shakira Done With The Voice? Get the Latest Scoop!". E!Online. Dicapai pada May 20, 2014.
  17. ^ Stanhope, Kate (March 25, 2016). "Miley Cyrus Joining The Voice as a Coach". Billboard. United States. Prometheus Global Media. Dicapai pada March 25, 2016.
  18. ^ Iannucci, Rebecca (March 25, 2016). "The Voice: Miley Cyrus, Alicia Keys Confirmed as Season 11 Coaches". TVLine. United States: Penske Media Corporation. Dicapai pada March 25, 2016.
  19. ^ "Carson Daly to Host NBC's 'The Voice'". The Hollywood Reporter. February 1, 2011. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ "NBC Names Alison Haislip, G4's "Attack of the Show!", As Backstage Online and Social Media Correspondent for New Musical Competition Series "The Voice"". The Futon Critic. March 28, 2011. Dicapai pada April 2, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  21. ^ "Christina Milian Not Returning to 'The Voice'". Extra. 23 August 2013. Dicapai pada 7 October 2015.
  22. ^ Rubin, Sam (26 July 2013). "Christina Milian No Longer on 'The Voice'". KTLA. Dicapai pada 7 October 2015.

Pautan luar sunting