The Wedding Breaker

The Wedding Breaker ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Evelyn Rose, diterbitkan pada November 2012 oleh Penerbitan Karya Seni. Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2013.[1][2][3]

The Wedding Breaker
Umum
PengarangEvelyn Rose
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitPenerbitan Karya Seni
Tarikh penerbitan
November 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman642
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246369

Sinopsis sunting

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan.

Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Setelah Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Setelah kecewa kerana gagal memujuk Ariana Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.

Keluaran dan legasi sunting

Adaptasi televisyen sunting

The Wedding Breaker dikeluarkan pada 2012 oleh Penerbitan Karya Seni. Pada tahun 2013, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia dari 30 Disember 2013 hingga 13 Februari 2014 di TV3 dengan tajuk Ariana Rose, dibintangi oleh Keith Foo, Fathia Latiff dan Nabila Huda dan Hisyam Hamid.

Rujukan sunting

  1. ^ Novel Wedding Breaker keluaran November TirahNovelis. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  2. ^ Evelyn Rose (2012). The Wedding Breaker. Penerbitan Karya Seni. ISBN 9789670246369.
  3. ^ The Wedding Breaker by Evelyn Rose Goodreads. Dicapai pada 31 Mac 2014.