The X Factor (siri TV Amerika Syarikat)

The X Factor ialah rancangan pertandingan muzik televisyen televisyen realiti Amerika Syarikat dicipta oleh Simon Cowell dan diterbitkan oleh FremantleMedia North America dan SYCOtv, kerjasama antara Cowell dan Sony Music Entertainment, yang bersiaran di Fox.[2] Berdasarkan daripada rancangan TV asal UK, dan penambahan kepada francais The X Factor, siri ini menemui bakat nyanyian baru (artis solo dan berkumpulan berusia 12 tahun ke atas), yang diambil dari saringan awam, dan mereka bersaing untuk satu undi. Pemenang ditentukan oleh penonton melalui telefon, Internet, dan pengundian teks SMS, dan diberikan kontrak rakaman dengan label rakaman Cowell Syco Music, bernilai $ 5 juta pada musim satu dan dua, dan $ 1 juta pada musim ketiga. Tiga juara rancangan ini ialah: Melanie Amaro, Tate Stevens, dan Alex & Sierra.

The X Factor
GenreTelevisyen realiti
PenciptaSimon Cowell
Pengarah kreatif
Pengacara
Juri
PenggubahSimon Cowell
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod80
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Simon Cowell (tidak dikreditkan)
  • Cecile Frot-Coutaz
  • Siobhan Greene
  • Richard Holloway
  • Andrew Llinares
  • Rob Wade[1]
Lokasi
Tempoh siaran60–150 minutes
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
FremantleMedia Enterprises
Penyiaran
Saluran asalFox
Format gambar720p (16:9 HDTV)
Siaran asal21 September 2011 (2011-09-21) – 19 Disember 2013 (2013-12-19)
Kronologi
Rancangan berkaitan
The X Factor
Pautan luar
Laman sesawang

Rancangan ini bermula pada 21 September 2011,[3] dan disiarkan setiap tahun dari September hingga Disember. Siri ini menggunakan panel hakim yang mengkritik persembahan para peserta. Setiap peserta ditugaskan ke satu daripada empat kategori. Kegiatan kumpulan ialah satu kategori dan yang lain ialah berdasarkan umur atau jantina. Contohnya, dalam musim 1, kategori ialah perempuan, lelaki, kumpulan, dan lebih dari 30 tahun. Setiap juri ditugaskan ke salah satu kategori, dan berkhidmat sebagai mentor kepada para peserta dalam kategorinya, membantu dengan pilihan lagu, gaya, dan pementasan, sementara juga menilai peserta dari kategori lain selepas setiap persembahan secara langsung. Mereka bersaing dengan satu sama lain untuk cuba mendapatkan salah seorang peserta dalam kategori mereka untuk memenangi pertandingan tersebut, sehingga menjadikan mereka hakim yang menang.

Peserta paling berjaya yang pernah muncul dalam rancangan ini ialah Fifth Harmony (dengan ahli Camila Cabello dan Normani juga meraih kejayaan solo), Bea Miller dan Kane Brown.[4]

Panel juri asal terdiri daripada Cowell, Paula Abdul, Cheryl Cole, dan L.A. Reid, with Nicole Scherzinger dan Steve Jones sebagai pengacara bersama. Scherzinger kemudian menggantikan Cole selepas dua ujibakat. Demi Lovato dan Britney Spears menyertai barisan panel dalam musim kedua, sebagai pengganti Abdul dan Scherzinger, sementara Khloé Kardashian dq Mario Lopez menggantikan Jones sebagai pengacara bersama. Spears dan Reid tiada dalam musim ketiga dan digantikan oleh Kelly Rowland dan Paulina Rubio, sementara Lopez menjadi pengafara tunggal selepas Kardashian memutuskan untuk tidak kembali.

Pada 7 Februari 2014, Fox mengumumkan bahawa The X Factor tidak akan disambung untuk musim keempat, berikutan keputusan Cowell untuk kembali ke versi UK rancangan ini sehari kemudian.[5] Kemudian pada November 2014, Cowell menyatakan bahawa beliau "lebih bersedia" untuk memberi versi but semula Amerika, dan Fox menerima tawaran untuk membawanya semula ke rangkaian lain. Walau bagaimanapun, beliau berkata akan membawa kembali versi ini apabila terdapat persaingan yang kurang dalam landskap bakat TV.[6]

Pengacara dan juriSunting

PengacaraSunting

JuriSunting

PenarafanSunting

Musim Tayangan perdana Tayangan terakhir Musim TV Slot masa Ranking
musim
Sumber
Tarikh Penonton
(dalam juta)
Tarikh Penonton
(dalam juta)
1 21 September 2011 12.49 Persembahan terakhir:
21 Disember 2011
12.67 2011 Rabu 8:00 malam
(persembahan)
19 [7][8]
Musim terakhir:
22 Disember 2011
12.57 Khamis 8:00 malam
(keputusan)
20
2 12 September 2012 8.79 Persembahan terakhir:
19 Disember 2012
TBA 2012 Rabu 8:00 malam
(persembahan)
39 [9][10]
Musim terakhir:
20 Disember 2012
9.65 Khamis 8:00 malam
(keputusan)
40
3 11 September 2013 6.45 Persembahan terakhir:
18 Disember 2013
2013 Rabu 8:00 malam
(persembahan)
61 [11]
Musim terakhir:
19 Disember 2013
6.22 Khamis 8:00 malam
(keputusan)
72

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ The X Factor Press Release Diarkibkan Disember 15, 2011, di Wayback Machine {Pdf} Fox Broadcasting Company. Retrieved June 24, 2011
  2. ^ Wilkes, Alex (January 19, 2010). "Sony confirms Cowell, Green venture". Digital Spy. Dicapai pada January 21, 2010.
  3. ^ Wilkes, Neil; French, Dan (January 20, 2010). "EXCLUSIVE: Cowell confirms start date for US 'X Factor'". Digital Spy. Dicapai pada January 20, 2010.
  4. ^ "The X Factor USA: Where are the biggest stars now?". EntertainmentWise. April 27, 2017.
  5. ^ Andreeva, Nellie (February 7, 2014). "Fox's 'The X Factor' Cancelled After Three Seasons". Deadline Hollywood. Dicapai pada February 8, 2014.
  6. ^ ((https://metro.co.uk/2014/11/23/simon-cowell-to-quit-the-x-factor-again-to-relaunch-the-american-version-in-2015-4958885/))
  7. ^ "Complete List Of 2011–12 Season TV Show Viewership: 'Sunday Night Football' Tops, Followed By 'American Idol,' 'NCIS' & 'Dancing With The Stars' – Ratings | TVbytheNumbers". Tvbythenumbers.zap2it.com. Dicapai pada 2012-10-04.
  8. ^ "Thursday Final Ratings: No Adults 18–49 Adjustments To 'The X Factor,' 'Who's Still Standing?' Or 'Prime Suspect'". Tvbythenumbers.zap2it.com. Dicapai pada December 23, 2011.
  9. ^ Kondolojy, Amanda (September 12, 2012). "Wednesday Final Ratings: 'The Voice' 'The X Factor' & 'Big Brother' Adjusted Up, No Adjustments for 'America's Got Talent' or 'Guys With Kids'". TV by the Numbers. Dicapai pada September 13, 2012.
  10. ^ Bibel, Sara (May 29, 2013). "Complete 2012–2013 TV Season Series Rankings". Zap2it.
  11. ^ "Full 2013-2014 TV Season Series Rankings". Deadline Hollywood. May 22, 2014. Dicapai pada May 23, 2014.

Pautan luarSunting