Theeya Velai Seiyyanum Kumaru
Theeya Velai Seiyyanum Kumaru (Bahasa Melayu: Kamu harus bekerja keras, Kumar! ; Inggeris: You have got to work hard , Kumar ) adalah filem romantis-Komedi tahun 2013 berbahasa Tamil yang diarahkan oleh Sundar C.Filem ini dibintangi oleh Siddharth, Hansika Motwani dan Ganesh Venkatraman, dengan Santhanam dalam watak komedi. Filem ini diterbitkan serentak dalam bahasa Telugu sebagai Something Something, di mana Brahmanandam menggantikan Santhanam bagi versi Telugu. Penggambaran bermula pada Januari 2013. Filem ini ditayangkan pada 14 Jun 2013 untuk ulasan yang positif dan menjadi satu kejayaan komersial.
Theeya Velai Seiyyanum Kumaru | |
---|---|
Fail:Theeya Velai Seiyyanum Kumaru Posterq.jpg | |
Pengarah | Sundar C. |
Penulis | Nalan Kumarasamy Venkat Raghavan (Dialogues) |
Lakon layar | Sundar C. Nalan Kumarasamy Srinivasa Kavineyam Karunakaran Venkat Raghavan |
Cerita oleh | Sundar C. |
Dihasilkan oleh | Ronnie Screwvala Siddharth Roy Kapur Khushboo Sundar |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Gopi Amarnath |
Disunting oleh | Praveen K. L. N. B. Srikanth |
Muzik oleh | C. Sathya |
Syarikat penerbitan | UTV Motion Pictures Avni Cinemax |
Tarikh tayangan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Plot
suntingWalaupun dibesarkan dalam keluarga pemuja setia cinta selama bergenerasi, Kumar asyik bernasib malang dengan cinta dan wanita sejak muda lagi. Oleh kerana dia asyik ditimpa masalah dia telah putus harapan terhadap cinta dan perkhawinan. Kumar hidup sebagai penyendiri sehingga dia bertemu dengan Sanjana, rakan sekerjanya yang menawan. Pada masa itulah Kumar menyedari yang dia ingin Sanjana menjadi miliknya. Yakin yang dirinya tidak akan dapat memikat hati Sanjana, Kumar meminta pertolongan guru cinta, Nokia.
Pelakon
sunting- Siddharth sebagi Kumar
- Santhanamsebagai Nokia/Sathish
- Hansika Motwani sebagai Sanjana
- Ganesh Venkatraman sebagai George
- Vidyullekha Raman sebagai Vidhya
- RJ Balaji sebagai Karna
- Devadarshini sebagai Kakak kepada Kumar
- Bosskey
- Aishwarya Menon
- Chitra Lakshmanan sebagai Kunchithapadam
- Manobala sebagai Pencil Maama/Cone Ice
- Nalini sebagai Annakilli
- Delhi Ganesh sebagai Bombay Ganesh (Penampilan Cameo)
- John Vijay sebagai Military Colonel (Penampilan Cameo)
- Vishal Krishna sebagai vdirinya sendiri(Penampilan Cameo)[2]
- Samantha sebagai Gadis cantik(Penampilan Cameo)[3]
- Khushboo Sundar (Penampilan Cameo dalam lagu 'thirittu pasanga')
- George Vishnu
- Karuna Karan
Rujukan
sunting- ^ "Theeya Velai Seiyyanum Kumaru release on June 14th with Singam". Box Office Noon.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 2013-08-14.
- ^ "Vishal for the sake of friendship". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-11. Dicapai pada 6 March 2013.
- ^ "Samantha, Rana in Sid`s film". Sify. 2013-05-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-08. Dicapai pada 2013-06-17.