Theodor Escherich (29 November 1857 – 15 Februari 1911) adalah seorang pakar pediatrik Jerman-Austriadan seorang professor di universiti-universiti di Munich, Graz, dan Vienna. Beliau menjumpai bakteriu Escherichia coli, yang telah dinamakan bersempena nama beliau pada tahun 1919, dan memperincikan sifat-sifatnya. Beliau telah dilahirkan di Ansbach, Kingdom of Bavaria, dan beliau telah meninggal di Vienna, Austria-Hungary.

Theoder Escherich
Theoder Escherich

Kehidupan sunting

Theodor Escherich telah dianugerahkan ijazah kedoktoran di dalam bidang perubatan pada tahun 1881. Pada awalnya, beliau mengabdikan dirinya kepada kajian bakteriologi. Beliau telah menjumpai Escherichia coli pada tahun 1885.

Pada tahun 1890 Escherich telah menjadi Professor Pediatrik di Karl-Franz University di Graz dan pada tahun 1894 hanya ordentliche Professor (professor penuh) ketiga di dalam bidang perubatan ini. Pada tahun 1902 beliau telah menjadi Professor Pediatrik di Vienna, di mana beliau menjadi pengarah St.-Anna-Kinderspital (~ St. Anna Children's Hospital).

Escherich telah menjadi terkenal kembali pada tahun 1903 apabila beliau mengasaskan "Säuglingsschutz" (~ Infant Defence Society) dan telah memulakan kempen berprofil tinggi bagi penyusuan ibu.


WEW sunting

Rujukan sunting

  • Barbara A. Oberbauer: Theodor Escherich - Leben und Werk. FAC, Vol. 11,3. [published by the Paul-Ehrlich-Gesellschaft für Chemotherapie e.V.]. Futuramed-Verlag, Munich, Germany 1992, ISBN 3-923599-66-8
  • Theodor Hellbrügge (Hrsg.) et al.: Gründer und Grundlagen der Kinderheilkunde. Documenta pädiatrica, Vol. 4. Hansisches Verlagskontor, Luebeck, Germany 1979 — also contains Grundlagen und Ziele der modernen Pädiatrie um die Jahrhundertwende by Theodor Escherich

Pautan luar sunting