Theodore von Kármán

Theodore von Kármán (Bahasa Hungary: Kármán Tódor[nota 1]) [ˈkaːrmaːn ˈtoːdor]; 11 Mei 1881 – 6 May 1963) ialah seorang ahli matematik]], jurutera aeroangkasa dan ahli fizik kelahiran Hungary. Beliau bertanggungjawab menemukan banyak dalam bidang aerodinamik, malah merupakan tokoh paling dikenali dan berpengaruh dalam bidang ini pada abad ke-20.[2][3][4][5]

Theodore von Kármán
Theodore von Karman crop.jpg
Von Kármán pada tahun 1950
Lahir(1881-05-11)11 Mei 1881
Budapest, Austria-Hungary
Meninggal dunia6 Mei 1963(1963-05-06) (umur 81)
Aachen, Jerman Barat
KediamanHungary
Jerman
Amerika Syarikat
KerakyatanHungary
Amerika Syarikat
WarganegaraHungary
BidangKejuruteraan aeroangkasa
InstitusiUniversiti Göttingen,
RWTH Aachen,
Institut Teknologi California,
von Karman Institute for Fluid Dynamics
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi dan Ekonomi Budapest
TesisInvestigations on buckling strength (1908)
Penasihat kedoktoranLudwig Prandtl[1]
Pelajar kedoktoranGiuseppe Gabrielli
Wolfgang Klemperer
Richard G. Folsom
Maurice Anthony Biot
Frank Wattendorf
Ernest Sechler
Arthur T. Ippen
Qian Xuesen
Louis Dunn
Frank Malina
Guo Yonghuai
Chia-Chiao Lin
Sol Penner
Wallace D. Hayes
Frank E. Marble[1]
Dikenali keranaKármán vortex street
Pemalar von Kármán
von Kármán swirling flow
von Kármán momentum integral
Garisan Kármán
Persamaan Kármán–Howarth
Supersonic and hypersonic airflow characterization;
AnugerahTemplat:No wrap

Awal hidupSunting

Kármán Tódor lahir dalam sebuah keluarga bangsa Yahudi di Budapest, Austria-Hungary kepada Kohn Ilka[6][7] Beliau turut mempunyai pertalian keluarga dengan Judah Loew ben Bezalel, seorang agamawan (rabai) yang paling berpengaruh dalam bidang pengajian agama Yahudi.[8]

Beliau menjalani bidang kejuruteraan di Universiti Teknikal Diraja Jòzsef (kini Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Göttingen di Empayar Jerman pada 1902 serta mendapat ijazah kedoktorannya enam tahun kemudian; beliau turut menjadi pengajar di institut tersebut selama empat tahun.

Beliau dilantik sebagai pengarah institut Aeronautik Universiti RWTH Aachen pada 1912. Tempoh jawatannya di sana terganggu berikutan tercetusnya Perang Dunia Pertama, di mana beliau berkhidmat dalam Tentera Darat Austria-Hungary dari tahun 1915 sehingga 1918.

Kármán mula tidak senang dengan keadaan politik di benua Eropah yang semakin bergolak dengan sentimen nasionalis, maka beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1930 di mana beliau mendapat tawaran mengarah Makmal Aeronautik Guggenheim di Institut Teknologi California dengan Frank Wattendorf sebagai pembantunya.

Kerjaya saintifikSunting

NotaSunting

  1. ^ nama orang Hungary mengikut turutan di mana nama keluarga didahulukan sebelum nama sendiri menyusul.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Theodore von Kármán". Mathematics Genealogy Project.
  2. ^ Chang, Iris, Thread of the silkworm, Basic Books, 1996, pages 47–60
  3. ^ Greenberg, J. L.; Goodstein, J. R. (1983). "Theodore von Karman and Applied Mathematics in America". Science. 222 (4630): 1300–1304. Bibcode:1983Sci...222.1300G. doi:10.1126/science.222.4630.1300. PMID 17773321.
  4. ^ O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F., "Theodore von Kármán", arkib MacTutor History of Mathematics, Universiti St Andrews.
  5. ^ Sears, W. R. (1965). "Some Recollections of Theodore von Kármán". Journal of the Society for Industrial and Applied Mathematics. 13: 175–183. doi:10.1137/0113011.
  6. ^ von Kármán, Theodore; Edson, Lee (1967). The Wind and Beyond. Budapest: Akadémiai Kiadó. m/s. 12. ISBN 9630567644.
  7. ^ https://www.ias.ac.in/article/fulltext/reso/010/08/0002-0003
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan frs tidak disediakan

Bacaan lanjutSunting

  • D. S. Halacy, Jr., Father of Supersonic Flight: Theodor von Kármán (1965).
  • M. H. Gorn, The Universal Man: Theodore von Kármán's Life in Aeronautics (Smithsonian Institution Press, Washington, 1992).
  • G. Gabrielli, "Theodore von Kármán", Atti Accad. Sci. Torino Cl. Sci. Fis. Mat. Natur. 98 (1963/1964), 471–485.
  • J. L. Greenberg and J. R. Goodstein, "Theodore von Kármán and applied mathematics in America," A century of mathematics in America II (Providence, R.I., 1989), 467–477.
  • R. C. Hall, "Shaping the course of aeronautics, rocketry, and astronautics: Theodore von Kármán, 1881–1963," J. Astronaut. Sci. 26 (4) (1978), 369–386.
  • J. Polásek, "Theodore von Kármán and applied mathematics" (Czech), Pokroky Mat. Fyz. Astronom. 28 (6) (1983), 301–310.
  • Wattendorf, F. L. (1956). "Theodore von Kármán, international scientist". Z. Flugwiss. 4: 163–165.
  • Wattendorf, F. L.; Malina, F. J. (1964). "Theodore von Kármán, 1881–1963". Astronautica Acta. 10: 81.

Pautan luarSunting