Kapten Thomas Isidore Noël Sankara [to-ma i-si-dor no-él sang-ka-ra] (21 Disember 1949 – 15 Oktober 1987) adalah seorang panglima tentera dan negarawan dariBurkina Faso. Beliau berkhidmat sebagai Presiden negara itu melalui sebuah kudeta pimpinan Blaise Compaoré pada 4 Ogos 1983 yang menggulingkan pemerintahan Jean-Baptiste Ouedraogo; pemerintahannya turut mengubah nama Volta Hulu menjadi Burkina Faso genap setahun setelah itu.

Thomas Isidore Noël Sankara
Presiden Burkina Faso pertama
Dalam jawatan
4 Ogos 1984 – 15 Oktober 1987
Didahului olehTidak ada (perubahan dari Volta Utara)
Digantikan olehBlaise Compaoré
Butiran peribadi
Lahir21 Disember 1949
Yako, Volta Utara (kini Burkina Faso), Afrika Barat Perancis
Meninggal dunia15 Oktober 1987(1987-10-15) (umur 37)
Ouagadougou, Burkina Faso
KerakyatanBurkina Faso
Parti politiktiada (dalam pemerintah separa tentera)
PasanganMariam Sankara[1]

Peranan beliau dalam memimpin revolusi penting di negaranya serta perwatakannya yang banyak disegani rakyatnya serta di benua Afrika menjadikan beliau dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".[2][3][4][5]

Awal hidup sunting

Thomas lahir di bandar Yako di bahagian utara Volta Utara (kini Burkina Faso) pada 21 September 1949 dalam sebuah keluarga menganut mazhab Gereja Katolik Rom. Ibunya berketurunan Mossi manakala ayahnya berdarah kacukan Mossi dan Fulani[6], ayahnya merupakan seorang anggota dalam Gendarmerie Perancis[7][8] yang terlibat dalam pertempuran malah dijadikan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua. Kedudukan ayahnya dalam tentera ini mampu mengeluarkan keluarganya daripada kancah kemiskinan serta hidup dalam keadaan serba mewah.[9]

Beliau bersekolah di Bobo-Dioulasso, sebuah bandar jauh di barat daya Volta Utara; beliau sangat tekun dalam pembelajarannya terutamanya dalam bifdang matematik dan bahasa Perancis. Beliau juga seorang yang warak pada usia mudanya dan kerap menghadiri majlis-majlis gereja.

Ibu bapanya mahukannya menjadi seorang paderi setelah beliau menghabiskan persekolahannya, namun Thomas lebih mahu menyertai Tentera Darat Burkina Faso sebagai seorang askar.[10];

Kerjaya ketenteraan sunting

Pemerintahan sunting

Pada tanggal 15 Oktober 1987, Thomas Sankara bersama 12 penjawat tertinggi pemerintahan Burkina Faso terbunuh dalam kudeta berdarah yang didalangi oleh bekas rakan seperjuangannya sendiri, Blaise Compaoré.

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Defining the scope of "adequate and effective remedies" under the International Covenant on Civil and Political Rights: Sankara v. Burkina Faso 1159/2003". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2009-08-05.
  2. ^ Bonkoungou, Mathieu (17 Oktober 2007). "Burkina Faso Salutes "Africa's Che" Thomas Sankara". Reuters.
  3. ^ Sankara, Thomas (2007). Michel Prairie (penyunting). Thomas Sankara Speaks: the Burkina Faso Revolution: 1983–87. Pathfinder. m/s. 11.
  4. ^ "Thomas Sankara, Africa's Che Guevara". Radio Netherlands Worldwide. 15 Oktober 2007.
  5. ^ Goyens, Sarah (17 Januari 2009). "Africa's Che Guevara". Sarah in Burkina Faso.
  6. ^ Chanda, Tirthankar (10 Januari 2016). "Mitterrand-Sankara: le vieux président et le capitaine impertinent". Radio France International.
  7. ^ ""404 Not Found"] archive-url=https://web.archive.org/web/20070927193017/http://www.lefaso.net/article.php3?id_article=15665". 27 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2019-05-15. Missing pipe in: |title= (bantuan)
  8. ^ "Décès de Joseph sambo père du Président Thomas Sankara - Ouagadougou au Burkina Faso". ouaga-ca-bouge.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-17. Dicapai pada 2019-05-15.
  9. ^ Bouamama, Saïd (2014). Figures de la révolution africaine, de Kenyatta à Sankara (dalam bahasa Perancis). La Découverte. m/s. 271-288.
  10. ^ Otayek, René. Sankara Thomas (1949-1987). Encyclopædia Universalis. Dicapai pada 4 Disember 2018.

Sumber utama sunting

  • (Perancis) Biographie de Thomas Sankara : La Patrie ou la Mort..., de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5836-X • 1997 halaman 268
  • (Perancis) Les années Sankara de la révolution à la Rectification, de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5967-6 • 1989 edisi baru pada 1997 halaman 336
  • Sawadogo, Alfred Yambanga (Mac 2001). Le president Thomas Sankara, Chef de la Revolution Burkinabe: 1983-1987 (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7475-0588-X.
  • Gakunzi, David (Januari 2005). Oser Inventer L'avenir: La parole de Sankara (dalam bahasa Perancis). PATHFINDER et HARMATTAN. ISBN 2-7384-0761-7.
  • Valere, Some (Januari 2005). Thomas Sankara, L'espoir Assassine (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7384-0568-1.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Jean-Baptiste Ouédraogo
Presiden Volta Hulu
19831984
Diikuti oleh:
Volta Hulu diubah menjadi Burkina Faso
Didahului oleh
Volta Hulu diubah menjadi Burkina Faso
Presiden Burkina Faso
19841987
Diikuti oleh:
Blaise Compaoré