Thor adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat berdasarkan buku komik dengan Thor (Komik Marvel) yang muncul di Marvel Comics. Filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Natalie Portman, Jaimie Alexander dan Anthony Hopkins dengan Kenneth Branagh mengarahkan skrip oleh Mark Protosevich, Ashley Miller, Zack Stentz dan Don Payne. Thor akan menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe dan dijadualkan untuk ditayangkan pada 27 April 2012 di Eropah dan 6 Mei 2012 di Amerika Syarikat. Filem ini juga dikeluarkan dalam 3-D.

Thor
PengarahKenneth Branagh
Lakon layarMark Protosevich
Ashley Miller
Zack Stentz
Don Payne
Cerita olehJ. Michael Straczynski
BerdasarkanThor by
Stan Lee
Larry Lieber
Jack Kirby
Dihasilkan olehKevin Feige
DibintangiChris Hemsworth
Tom Hiddleston
Natalie Portman
Anthony Hopkins
Jaimie Alexander
SinematografiHaris Zambarloukos
Disunting olehPaul Rubell
Muzik olehPatrick Doyle [perlu rujukan]
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 April 2012 (2012-04-27) (Belgium, Mesir, Perancis, Switzerland)
  • 6 Mei 2012 (2012-05-06) (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$150 juta

Trivia sunting

Projek filem adaptasi Thor pernah dibangunkan selama beberapa tahun sebelum Marvel Studios menandatangani Protosevich untuk menulis skrip pada tahun 2006. Matthew Vaughn telah mengarah filem ini pada akhir tahun 2008 untuk keluaran pada tahun 2010. Kenneth Branagh menggantikan Vaughn pada akhir tahun 2008, dan filem itu dijadualkan mendapat tayangan pada tahun 2011. Sesi pengambaran dilakukan antara Januari hingga Mei 2010.

Plot sunting

Pada tahun 965 masihi, Odin Allfather (Raja Asgard) telah memenangi pertarungan dengan Laufey, (Raja Frost Giant). Laufey dilarang untuk menghampiri 9 alam kosmos termasuk bumi (Midgard). Laufey hanya mendiami Jotunheim buat selama-lamanya. Akibat dari pertarungan oleh kedua-dua puak di Tonsberg, Norway. Mata kanan Odin telah dibutakan. Manakala Odin tetap menjadi Raja di Asgard.

Odin mempunyai tiga orang cahaya mata yang bernama Hela Odindottir, Thor Odinson (lelaki), dan Angela Odindottir. Selain itu, Odin mempunyai seorang anak angkat lelaki yang diambil dari Laufey. Loki merupakan anak kandung Laufey. Selepas Laufey tewas, Odin telah menyelamatkan nyawa Loki dan dibesarkan atas niat suatu hari nanti, Loki akan melakukan perdamaian yang abadi di antara puak Asgard dan puak Jotunheim.

Beberapa tahun kemudian, Thor telah disumpah dan dilucutkan hak sebagai pewaris takhta Asgard lalu dicampakkan ke Midgard (bumi) bersama Mjolnir (tukul) akibat dari persengketaan dengan puak Jotunheim tanpa mendapat kebenaran dari Odin. Thor berbuat demikian kerana dia kecewa tidak ditabalkan menjadi Raja Asgard. Loki yang masih tinggal di Asgard, menuntut bela untuk menaiki takhta Asgard tetapi tidak diperkenan oleh Odin. Odin menceritakan kisah sebenar asal usul Loki dan itu merupakan jawapan bahawa Loki tidak boleh ditabalkan menjadi Raja Asgard.

Sementara itu, Thor pula selamat mendarat di sebuah gurun tandus di New Mexico, Amerika Syarikat. Dia diselamatkan oleh Dr. Jane Foster, Dr. Erik Selvig dan Darcy. Mereka menjelaskan bahawa Thor kini berada di bumi bukan di 9 alam kosmos seperti yang diketahuinya sejak kecil lagi. Thor mengambil keputusan untuk mencari semula Mjolnir dan dia mendapati tukulnya telah dijaga rapi oleh pihak S.H.I.E.L.D. Tetapi sayangnya, Thor gagal untuk mengangkat semula Mjolnir.

Atas nasihat Frigga (Ratu Asgard), Loki dikehendaki turun ke bumi untuk mencari Thor dan memujuknya untuk pulang semula ke Asgard. Sementara itu, Thor pula masih dalam pengawasan dari S.H.I.E.L.D. selepas peristiwa pencerobohan kelmarin. Loki menggunakan Bifrost untuk bertemu dengan Thor di bumi dan berbohong terhadapnya bahawa Odin telah mangkat selepas mengusirnya tempoh hari. Dia juga memberitahu bahawa Frigga tidak mahu lagi melihat kelibat Thor di Asgard. Ini membuatkan Loki merancang untuk merampas takhta Asgard dengan lebih mudah. Dia sekali lagi menggunakan Bifrost untuk bertemu dengan Laufey untuk melindungi askar Jotunheim menyelinap masuk ke Asgard dan mengarahkan Laufey untuk membunuh Odin di dalam istana kelak. Tingkahlaku Loki telah ditegur oleh Heimdall ekoran penggunaan Bifrost tanpa kebenarannya. Seperti yang dijanjikan, kiub Space Stone akan diserahkan ke Laufey manakala Loki akan menaiki takhta Asgard.

Atas perkenan Odin, sahabat Thor sejak kecil yang diketuai oleh Sif, Volstagg, Fandral dan Hogun diarahkan untuk membawa semula Thor pulang ke Asgard tetapi Loki terlebih dahulu menghantar The Destroyer ke bumi untuk membunuh Thor. The Destroyer telah menewaskan sahabat Thor dengan mudah. Ini membuatkan Thor, membuat permohonan maaf kepada The Destroyer dan merelakan dirinya dihukum bagi menamatkan sumpahan ini. Selepas The Destroyer menamparnya, Thor pengsan dan dalam masa tersebut, permohonan maafnya telah diperkenan oleh Odin. Akhirnya, Mjolnir berjaya diangkat oleh Thor.

Sementara itu, Heimdall tercedera ekoran pencerobohan oleh askar Laufey. Laufey dan askarnya berjaya memasuki ke Asgard dan Heimdall sempat membuka dan menutup portal dari bumi bagi membolehkan Thor dan rakan-rakannya kembali semula ke Asgard. Dalam masa yang sama, Loki telah mengkhianati Laufey, Laufey berjaya dibunuhnya. Tetapi dia masih gagal untuk merampas takhta dari Odin kerana Thor tiba ke istana tepat pada masanya. Mereka berdua akhirnya bertarung di atas jambatan Bifrost. Jambatan Bifrost dimusnahkan oleh Thor sebelum Loki dikatakan terkorban selepas rayuan maafnya ditolak oleh Odin. Thor ditabalkan semula sebagai pewaris takhta Asgard.

Sementara itu, Dr. Jane Foster dan para pasukannya masih berusaha bagaimana cara untuk membuka portal dari bumi ke Asgard. Manakala, Dr. Erik Selvig, diambil untuk berkhidmat dengan S.H.I.E.L.D dan Nick Fury membuka beg bimbitnya untuk mengarahkan Selvig menyiasat kekuatan sebuah entiti kosmik berbentuk kiub berwarna biru. Ia dirujuk sebagai Teserract. Atas bisikan tanda bersetuju daripada roh Loki, Dr. Erik Selvig juga bersetuju untuk meneruskan projek tersebut.

Pelakon sunting

Sekuel sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting