Thriller (album)

Thriller merupakan album studio keenam Michael Jackson, yang dilancarkan pada penghujung tahun 1982 oleh Epic Records. Thriller mempunyai unsur funk, soul, pop, R&B, rock dan pasca-disko, seperti album kelima Jackson, iaitu Off the Wall.

Thriller
Thrillerlog.png
Album studio oleh
Dilancarkan pada
30 November 1982
Dirakamkan pada
April-November 1982
Westlake Recording Studios
(Los Angeles, California)
GenreR&B, pop, rock, funk
Panjang42:19
Bahasabahasa Inggeris
SyarikatEpic
PenerbitQuincy Jones
Kronologi Michael Jackson
Off the Wall
(1979)
Thriller
(1982)
Bad
(1987)
Single dari album Thriller
  1. "The Girl Is Mine"
    Tarikh keluaran: 18 Oktober 1982
  2. "Billie Jean"
    Tarikh keluaran: 3 Januari 1983
  3. "Beat It"
    Tarikh keluaran: 14 Februari 1983
  4. "Wanna Be Startin' Somethin'"
    Tarikh keluaran: 8 Mei 1983
  5. "Human Nature"
    Tarikh keluaran: 3 Julai 1983
  6. "P.Y.T. (Pretty Young Thing)"
    Tarikh keluaran: 19 September 1983
  7. "Thriller"
    Tarikh keluaran: 23 Januari 1984

Sesi rakaman berlangsung dari April ke November 1982 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, dengan budget penerbitan sebanyak AS$750,000. Dengan bantuan penerbitnya Quincy Jones, Jackson telah menulis empat daripada sembilan lagu yang merangkumi album ini. Dalam lebih kurang setahun, Thriller berjaya menjadi album yang terlaris di dunia dengan jualan melebihi 110 juta keping. Thriller juga merupakan album yang terlaris di Amerika Syarikat, bersama-sama dengan album Their Greatest Hits (1971–1975) oleh The Eagles. Tujuh daripada sembilan lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, dan semua lagu ini telah memperoleh posisi "Top 10" dalam carta Billboard Hot 100. Thriller juga telah memenangi lapan anugerah Grammy pada tahun 1984.

Thriller telah menjadikan Michael Jackson sebagai salah satu artis yang paling popular pada lewat abad ke-20. Thriller merupakan antara album terawal yang menggunakan video muzik sebagai alat promosi. Pada tahun 2001, edisi terhad album ini telah diterbitkan, yang merangkumi beberapa temu ramah audio tambahan, satu rakaman demo dan lagu "Someone in the Dark" dari album runut bunyi untuk filem E.T. the Extra-Terrestrial. Pada tahun 2008, album ini telah diterbitkan sekali lagi dengan tajuk Thriller 25. Thriller 25 mengandungi remix lagu asalnya yang dinyanyikan oleh artis kontemporari, satu lagu yang belum pernah dikeluarkan dan satu DVD.

Album ini telah memperoleh tempat ke-20 dalam senarai "500 Greatest Albums of All Time" terbitan majalah Rolling Stone pada tahun 2003. Video Thriller dipelihara oleh Library of Congress kerana dianggap "signifikan dari segi kebudayaan".

Senarai runutSunting

No. TajukPenulis Masa
1. "Wanna Be Startin' Somethin'*"  Michael Jackson 6:02
2. "Baby Be Mine"  Rod Temperton 4:20
3. "The Girl Is Mine*" (berduet bersama Paul McCartney)Michael Jackson 3:41
4. "Thriller"  Rod Temperton 5:57
5. "Beat It*"  Michael Jackson 4:17
6. "Billie Jean*"  Michael Jackson 4:54
7. "Human Nature"  Steve Porcaro, John Bettis 4:05
8. "P.Y.T. (Pretty Young Thing)"  James Ingram, Quincy Jones 3:58
9. "The Lady In My Life"  Rod Temperton 4:58

* merujuk kepada lagu yang diterbitkan oleh Michael Jackson dan Quincy Jones.