Tiada Tajuk (filem)

Filem komedi agama Malaysia 2019 arahan Mawi

Tiada Tajuk merupakan filem komedi keagamaan Malaysia 2019 arahan Mawi. Filem ini mengisahkan tiga pemuda kampung yang dianggap kutu tapi berimpian untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti. Ia ditayangkan pada 4 April 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ini merupakan filem pertama arahan Mawi.[1][2][3][4]

Tiada Tajuk
PengarahMawi
Penulis
  • Rahman Saharddin (idea asal)
  • Ken Ridzuan
  • Mawi
Dihasilkan oleh
  • Mawi
  • Ekin Rahmat
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Mawi World Entertainment
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
4 April 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Masa tayangan
1 jam 40 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.507 juta

Sinopsis sunting

Kesinambungan kepada telefilem Rock Sangkut, ia berkisarkan tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal. Mereka berimpian besar tetapi tidak dihargai di kampung mereka. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu mereka hadapi demi mencapai impian. Satu peluang pula diberi kepada mereka untuk menjadi penyanyi nasyid. Bolehkah mereka berjaya suatu hari nanti?

Pelakon sunting

Lagu sunting

*Al Nuraa - Hazama,Joey,Along Cham (nyanyian asal Mawi ft Hazama,Daly Ahli Fiqir)

*Lagu Jiwa Lagu Cinta-Hazama,Joey,Along Cham (nyanyian asal M. Nasir ft Mawi)

Rujukan sunting

  1. ^ "Filem Mawi Tiada Tajuk". Harian Metro. 1 Mac 2019.
  2. ^ "Tiada Tajuk judul filem sulung arahan Mawi". Berita Harian. 1 Mac 2019.
  3. ^ "poster filem Tiada Tajuk guna inspirasi majalah Gila Gila, memang kreatif dan cun". Gempak. 5 March 2019.
  4. ^ "Tiada Tajuk judul filem pertama arahan Mawi". mStar. 1 March 2019.

Pautan luar sunting