Tiara Jacquelina

Pelakon, penyanyi dan penerbit Malaysia

Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah (nama asal Jacqueline Eu, lahir 3 Oktober 1967) ialah seorang pelakon dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen, filem dan teater.[1][2]


Tiara Jacquelina
Kelahiran
Jacqueline Eu

(1967-10-03) 3 Oktober 1967 (umur 56)
Nama lainTiara Jacquelina Eu Abdullah
PekerjaanPelakon, penerbit, aktivis teater
Tahun aktif1988–kini
PasanganAllahyarham Hani Mohsin Hanafi (k. 1993; c. 1998)
Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (k. 1997)
Anak-anakHani Karmila Hani Mohsin
Dani Mohd Effendi

Kehidupan awal dan kerjaya sunting

Dilahirkan sebagai Jacqueline Eu pada 3 Oktober 1967 serta berdarah campuran Cina-Burma dan Cina-Indonesia. Beliau mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah arahan Saw Teong Hin - "Puteri Gunung Ledang", yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak ASD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia.[3] "Puteri Gunung Ledang" telah diserahkan kepada Anugerah Akademi ke-49 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.[4]

Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, "Beyond Rangoon" (1995). Di Festival Filem Malaysia ke-12, beliau telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, "Ringgit Kasorrga", sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang ahli politik dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih di Anugerah Oskar keempat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (kini Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) pada tahun 2005.[5]

Sejak muda lagi, Tiara suka melibatkan diri dalam kesenian, dan semasa bersekolah, dia telah mengambil bahagian dalam Persatuan Sandiwara[6] dan Persatuan Kesusasteraan,[7] dan juga pernah menjadi Presiden Persatuan Filem.[8] Beliau gemar menunggang kuda dengan keluarganya sebagai hiburan,[9] dan juga gemar akan makanan yang lazat, dan lukisan. Tiara, yang kini bergelar Datin Seri, mempunyai dua orang anak.

Beliau turut memegang watak utama sebagai Hanna dalam filem "Lukisan Berlumur Darah" pada tahun 1988.[10]

Kehidupan peribadi sunting

Tiara memeluk Islam pada 1993[11] dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Hani Mohsin Hanafi pada 11 September 1993. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hani Karmila, yang dilahirkan pada 1994. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah[12] pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.

Kemudian Tiara berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi.[13]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Irisan-Irisan Hati Ipah Filem pertama
Siluman Kera Sofia
Lukisan Berlumur Darah Hannah
1990 Mat Som Yam
1992 Yang Disayangi Filem terakhir Sabah Film
1994 OBSES Siti
1995 Beyond Rangoon San San
Ringgit Kasorrga Meera (Almeera Almeida)
1999 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon Teater
2004 Puteri Gunung Ledang Gusti Putri Sebagai penerbit

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Hello Haz TV3
1996 Darling Sayang Suraya
2017 Kontena Ana Astro Citra Penghargaan

Web drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2021 Keluarga Baha Don (Musim 3) Ivana Balkanich Viu

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Mak Mertuaku Norma TV3 Sebagai penerbit
1999–2005 Spanar Jaya ntv7
2019 Spanar Jaya X TV3 Sebagai penerbit eksekutif

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Jam 2 Petang ntv7 Sebagai penerbit

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
1994 Mikroskop TV3 Pengacara
2009 Akademi Fantasia 7 Astro Ria Pengetua

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Catatan
2004
"Asmaradana"
Lagu tema "Puteri Gunung Ledang"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Keputusan Kategori Filem
1995 Festival Filem Malaysia Menang Pelakon Wanita Terbaik Ringgit Kasorrga
2005 Asian First Film Festival Penerbit Terbaik Puteri Gunung Ledang
Asia-Pacific Film Festival Pelakon Wanita Terbaik Puteri Gunung Ledang
Anugerah Oskar PPFM 2005 Penerbit Terbaik Puteri Gunung Ledang
Anugerah Oskar PPFM 2005 Pelakon Wanita Terbaik Puteri Gunung Ledang
2009 Federation for Asian Cultural Promotion (FACP Malaysia) Sumbangan Cemerlang dalam Seni

Rujukan sunting

  1. ^ "About". Enfiniti Academy Of Performing Arts (dalam bahasa Inggeris). 2015-01-27. Dicapai pada 2018-03-07.
  2. ^ Puteri Gunung Ledang musical, Thestar.com, 14 October 2005.
  3. ^ Puteri Gunung Ledang musical, Friday October 14, 2005 - "Thestar.com".
  4. ^ Proton Tiara's bent on a sparkling life, thesundaily.my; accessed 19 October 2007.
  5. ^ 100 memorable Malaysian women - Part 8 (see under DATIN SERI PROTON TIARA JACQUELINA) - thestar.com.my.[pautan mati kekal]
  6. ^ Proton Tiara Jacquelina joins celebrities as international adviser for performing arts, limkokwing.net, 17 January 2008.
  7. ^ Chong, Calvin. "Puan Sri Proton Tiara Jacquelina: Raising bars for Malaysian film and arts". Malaysia Tatler (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-03-07.
  8. ^ Proton Tiara Jacquelina joins celebrities as international adviser for performing arts, 17 January 2008 - limkokwing.net
  9. ^ Pinto - `Bintang' penting PGL - Utusan Online.
  10. ^ (Indonesia) Lukisan Berlumur Darah (1988)-indonesianfilmcenter.
  11. ^ AYDEN MIKHAEL (Mei 5, 2019). "8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?". Murai. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  12. ^ Belasungkawa Hani Mohsin - Semuanya demi Karmila, ARKIB : 30/07/2006, Utusan Online.
  13. ^ Syahirah Mokhtazar (13 November 2017). "Proton Tiara Jacquelina gets her dream treehouse". New Straits Times. Dicapai pada 20 Julai 2018.

Pautan luar sunting