Tiga Janda Melawan Dunia

Tiga Janda Melawan Dunia (Tulisan Jawi: تيڬ جندا ملاوان دنيا; Bahasa Inggeris: Three Widows Against the World) merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2022 arahan Hyrul Anuar terbitan Golden Screen Cinemas. Ia dibintangi oleh Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood. Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini.[1]

Tiga Janda Melawan Dunia
PengarahHyrul Anuar
PenulisHyrul Anuar
Nazri M. Annuar
Lakon layarHyrul Anuar
Cerita olehHyrul Anuar
Dihasilkan olehDatuk Steven Lim
Tengku Mu'amir Izzuddin
Rajay Singh
Nobuaki Ito
YK Tung
Keoh Chee Ang
Priya Narayanan
DibintangiKhatijah Tan
Normah Damanhuri
Raja Azura
Norman Hakim
SinematografiJulian Oh Boon Ken
Disunting olehAffandi Jamaludin
Muzik olehAmanina Alwani
Rizdzuwan Jusoh
Aiman Rijal
Christiania Claire
Syarikat
penerbitan
Multimedia Entertainment
Directors Think Tank
Golden Screen Cinemas
Astro
Six Fun Media
Diedarkan olehGolden Screen Cinemas
Tarikh tayangan
19 Mei 2022
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 juta

Sinopsis sunting

Midah, Rohayu dan Ani adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert. Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya.

Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga di kampung, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan seorang pembantu makmal. Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat namun malangnya perisa vape mereka ini mendapat perhatian pengedar dadah. Hal ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Di dalam kegirangan mereka untuk ke konsert tanpa mereka sedari kini mereka diburu!

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

 
Khatijah Tan memegang watak sebagai Midah.

Pelakon Pembantu sunting

  • Rosnah Mat Aris sebagai Datin Martipah
  • Ellyza Azizi sebagai Ana
  • Abbas Mahmood sebagai Fikri
  • Taqim Zaki sebagai Don Daniel
  • Razif Hashim sebagai Alpasino
  • Taufiqizmer Tawaff sebagai Amat
  • Anuar Hamid sebagai Pak Brahim
  • Maya DFKL sebagai Mak Timah

Penampilan Khas sunting

Penerbitan sunting

 
Pelakon asal untuk melakonkan watak Ani adalah Fasha Sandha sebelum membuat penukaran kepada Raja Azura.

Tiga Janda Melawan Dunia diterbitkan dengan hasil kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Filem ini merupakan filem sulung arahan Hyrul Anuar yang ditayangkan di panggung wayang, sebelum ini beliau telah mengarahkan puluhan iklan yang telah menerima reaksi yang positif tiap kali iklan arahannya dikeluarkan di medium YouTube, beliau juga merupakan pengarah iklan yang pernah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival. Oleh hal yang demikian, disebabkan menerima permintaan yang tinggi oleh masyarakat, beliau akhirnya mengambil peluang untuk mengarahkan filem ini yang menjadikan ini adalah filem pertama arahan beliau. Menurut Hyrul, idea asal filem ini dihasilkan oleh beliau dengan mengambil inspirasi daripada keluarganya di kampung.[2]

Pelakon asal sunting

Pada sekitar bulan April 2021, semasa majlis Jom #SapotLokal Filem diadakan yang dianjurkan oleh pihak Golden Screen Cinemas, enam filem tempatan bakal dikeluarkan pada sekitar tahun 2021–2023, iaitu antara salah satu filem yang terlibat dan telah dikeluarkan adalah filem Rumah Madu Ku Berhantu arahan Abdul Razak Mohaideen, dan filem Tiga Janda Melawan Dunia ataupun tajuk asalnya adalah 3 Janda menjadi salah satu rancangan filem yang bakal dikeluarkan dan dibicarakan di majlis tersebut. Menurut mereka, pelakon yang bakal menjadi watak tiga janda dan pelakon utama akan dilakonkan oleh Khatijah Tan, Datin Marlia Musa, Fasha Sandha serta diikuti oleh watak tambahan Adibah Noor. Namun demikinan, ketiga daripada empat pelakon tersebut telah gagal muncul untuk menjadi pelakon di dalam filem tersebut di atas sebab-sebab yang tidak diketahui, sebaliknya watak Rohayu yang sepatutnya dilakonkan oleh Datin Marlia Musa kini diganti oleh Normah Damanhuri—Ayu yang dalam rancangan dilakonkan oleh Fasha Sandha, kini dilakonkan oleh Raja Azura serta watak yang dilakonkan oleh Adibah Noor diganti oleh Rosnah Mat Aris dan hanya Khatijah Tan sahaja yang kekal sahaja menjadi pelakon di dalam filem ini seperti di dalam rancangan asal mereka pada majlis tersebut.[3][4]

Keluaran dan sambutan sunting

Promosi sunting

Pada 31 Mac 2022, teaser filem Tiga Janda Melawan Dunia telah dikeluarkan di Facebook, Twitter dan YouTube yang telah mendapat sebanyak kira-kira 385,000 ribu tontonan, manakala trailer akhir rasmi telah dikeluarkan sebulan selepas teaser filem tersebut, dimana telah mencatatkan tontonan sebanyak sekitar 600,000 ribu tontonan. Filem ini juga telah mendapat puluhan promosi dan pemasaran oleh pengajur filem ini, Golden Screen Cinemas dengan meletakkan sebuah lokasi dekorasi dengan bertemakan kampung, rendang dan serta meletakkan kadbod tiga pelakon filem ini di 30 panggung wayang Golden Screen Cinemas di seluruh Malaysia. Filem ini juga telah dipromosikan dengan memaparkan iklan di TV3 yang ditajakan oleh syarikat Nescafe. Hotlink turut menjadi salah satu penaja utama untuk filem ini telah memprosikan filem ini dengan membuat cabaran di laman sesawang dengan memberikan tiket percuma kepada 50 orang terawal untuk kepada sesiapa yang dapat memenangi cabaran mereka.[5]

Golden Screen Cinemas turut menjadikan ini adalah filem pertama untuk membuat konsep money-back guarantee ataupun di dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai jaminan wang dikembalikan. GSC Movies, yang mengedarkan Tiga Janda Melawan Dunia, menawarkan bayaran penuh balik jika penonton yang menonton filem tersebut tidak berpuas hati dengan hasil karya filem tersebut, menjadikan ini adalah satu-satunya filem di dalam sejarah yang pernah membuat konsep begini. Sebagai permulaan, minggu filem ini dikeluarkan menandakan kali pertama sejak berlakunya Pandemik COVID-19 di Malaysia, bahawa dua filem tempatan dikeluarkan serentak pada hari yang sama iaitu satu adalah filem komedi slapstick, iaitu Tiga Janda Melawan Dunia, dan satu adalah filem thriller aksi, The Assistant arahan Adrian Teh. Dengan ketiadaan filem blockbuster Hollywood untuk bersaing, kedua-dua filem ini mempunyai saingan filem tempatan yang hangat, oleh itu, GSC Movies telah keluarkan dengan satu konsep jaminan wang dikembalikan agar dapat bersaing sihat dengan filem The Assistant tersebut.[6]

Runut bunyi sunting

Lagu tema filem ini ialah "Vape Fenomena", dipersembahkan oleh Rizdzuwan Jusoh dan Raja Azura, dan "Mi Amor", dipersembahkan oleh Norman Hakim, kedua-dua lagu tersebut dicipta oleh Rizdzuwan Jusoh yang telah dilancarkan pada 6 Mei 2022.

Kontroversi sunting

Pada malam premier tayangan Tiga Janda Melawan Dunia yang diadakan di GSC Tropicana Gardens Mall, sebuah isu telah timbul dan tular apabila penulis skrip untuk filem ini, Nazri M. Annuar, tidak menerima sebarang jemputan ke premier tersebut, dimana biasanya krew produksi serta barisan pelakon serta pemain industri akan dijemput untuk menyaksikan tayangan filem mereka pada malam premier tayangan. Perkara ini telah mengundang kritikan netizen dan ramai yang tidak sangka perkara tersebut boleh terjadi, malah ramai juga penulis skrip serta krew produksi lain berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama. Disebabkan perkara tersebut, pengarah filem ini, Hyrul Anuar telah mengambil maklum tentang perkara itu dan pihak produksi juga mengaku yang mereka telah terlepas pandang berkaitan hal tersebut. Walaubagaimanapun, isu ini telah diselesaikan apabila pihak produksi telah memberikan satu bilik tayangan kepada penulis skrip tersebut sebagai tanda minta maaf di atas kecuaian mereka.[7][8][9]

Rujukan sunting

  1. ^ "TIGA JANDA MELAWAN DUNIA". Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 9 May 2022.
  2. ^ Budiey (30 April 2022). "Filem TIGA JANDA MELAWAN DUNIA Ditayangkan Mulai 19 Mei Ini". Budiey. Dicapai pada 9 May 2022.
  3. ^ "Jom #SapotLokal Filem 2021 a Booster to Malaysian Cinematic Industry with 6 Movie Release Lineup for 2021!" [Jom #SapotLokal Filem 2021 Penggalak Industri Sinematik Malaysia dengan 6 Barisan Tayangan Filem untuk 2021!] (dalam bahasa Inggeris). 6 April 2021. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  4. ^ Azwa Rahman (8 April 2021). "JJom #SapotLokal Filem 2021: Enam Filem Bakal Menggegarkan Industri Pawagam Tempatan Tahun Ini". Dicapai pada 20 Mei 2022.
  5. ^ "Tiga Janda #BikinSampaiJadi Melawan Dunia dengan Prabayar Hotlink Pantas Perjalanan Midah, Rohayu dan Ani untuk pergi konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Jom saksikan kegigihan mereka #BikinSampaiJadi untuk dapatkan golden tiket dengan Hotlink!". Hotlink. Dicapai pada 20 May 2022.
  6. ^ Googler. "Should Malaysian Movies Come With a Money-Back Guarantee?" [Patutkah Filem Malaysia Didatangkan Dengan Jaminan Wang Dikembalikan?] (dalam bahasa Inggeris). CC. Dicapai pada 19 May 2022.
  7. ^ Syaziyah Sharif (12 Mei 2022). "Penulis Skrip Filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' Terkilan, Dakwa Tidak Dijemput Ke Malam 'Premier'?". Sebahagian daripada network INFLUASIA. © 2022 Lobak Merah. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  8. ^ Miss Farah (12 Mei 2022). "#CELEBMalam tayangan perdana filem Tiga Janda, penulis skrip terkilan tak dijemput hadir majlis". © 2022 Oh My Media. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  9. ^ Syanty Octavia Amry (12 Mei 2022). "Tidak Dijemput Ke Tayangan Filem Tiga Janda Melawan Dunia, Produksi Beri Penulis Skrip Satu Dewan Panggung". DailyTV. Dicapai pada 21 Mei 2022.

Pautan luar sunting