Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2008

Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man , Kuala Terengganu, Terengganu . Tilawah ini diadakan pada hari Ahad - 17 Ogos 2008. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah merasmikan tilawah al Quran ini di Pusat Konvensyen TTI. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir.

Inilah kali pertama tilawah al Quran antarabangsa diadakan di luar Kuala Lumpur. Seramai 80 qari dan qariah dari 49 negara turut serta. Tema tilawah kali ini ialah"Menjana Ummah Gemilang". Hadiah tempat pertama ialah wang tunai RM13,399 (USD4,000), tempat kedua RM10,049 (USD3,000) manakala tempat ketiga RM6,699 (USD2,000).

Astaka tilawah direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu yang mengandungi replika Gua Hira' , rumah tradisional Terengganu, Masjid Quba', Masjid Nabawi , Hajar Aswad dan batu bersurat Kuala Berang Terengganu. [1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting