Tilawah Malaysia

Tilawah Malaysia merupakan aplikasi Al-Quran terjemahan bertajwid dan berwarna dalam bahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Sehingga 31 Mei 2020, aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 430,743 kali [1]. Keunikan aplikasi ini adalah halaman Al-Quran digital yang dilengkapi tajwid berwarna dan terjemahan per kata dalam bahasa Melayu. Aplikasi ini telah dilancarkan secara umum di Program Jom Launch 6.0 pada 22 September 2018 [2]. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan mempunyai pelan naik taraf premium.

Fungsi Utama AplikasiSunting

  • Penanda bacaan
  • Simpan nota
  • Kongsi ayat
  • Muat turun ayat
  • Mainkan audio
  • Tajwid perkata
  • Nota tajwid dan cara bacaannya
  • Terjemahan perkataan & ayat
  • Mainkan video interaktif di YouTube
  • Ubah saiz tulisan dan warna latar
  • Lompat ke no. ayat / surah

Halaman Utama AplikasiSunting

  • Halaman Tilawah
  • Halaman Navigasi Ayat
  • Halaman Carian
  • Halaman Tetapan
  • Panel Sisi
  • Halaman Profil Diri

RujukanSunting

Pautan luarSunting