Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional adalah jawatan kedua tertinggi dalam parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, dan PBRS.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional | |
---|---|
Gelaran | Yang Berhormat |
Pembentukan | 1973 |
Pemegang pertama | Abdul Razak Hussein |
SejarahSunting
Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kebiasaannya diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas kapasiti sebagai parti terbesar dan menjadi orang nombor 2 dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia.[1]
Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, parti tersebut tidak lagi menjadi kerajaan sebaliknya menjadi pembangkang. Oleh kerana itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat lagi dijawat.[2]
Setelah menjadi kerajaan semula dengan bergabung bersama-sama Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas bagi membentuk sebuah kerajaan campuran, Kerajaan Perikatan Nasional,[3] jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dapat dijawat oleh Timbalan Pengerusi Nasional kerana, penyandangnya, Mohamad Hasan bukan merupakan Ahli Dewan Rakyat Malaysia sebaliknya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin I.[4]
Senarai Timbalan Pengerusi Barisan NasionalSunting
3. Johor
Tun Musa bin Hitam
1981–19865. Pulau Pinang
Dato' Seri Anwar bin Datuk Haji Ibrahim
1993–19986. Pulau Pinang
Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
1999–2004
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) mengiringi calon calon Barisan Nasional
- ^ Sorotan 2018: BN kali pertama kalah dalam PRU
- ^ Enam parti yang bentuk kerajaan sokong tubuh Perikatan Nasional
- ^ Ismail Sabri mula tugas Timbalan Perdana Menteri
- ^ Biodata dan latar belakang Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.