Timothy Castagne (lahir 5 Disember 1995) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan pasukan kebangsaan Belgium. Selain boleh beraksi di posisi bek kanan, beliau juga mampu bermain dengan baik di posisi bek kiri[3]

Timothy Castagne
Maklumat peribadi
Nama penuh Timothy Castagne[1]
Tarikh lahir (1995-12-05) 5 Disember 1995 (umur 28)
Tempat lahir Arlon, Belgium
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Leicester City
Nombor 27
Kerjaya remaja
2002–2004 SB Waltzing-Bonnert
2004–2006 Lorrain Arlon
2006–2011 Virton
2011–2014 Genk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Genk 80 (1)
2017–2020 Atalanta 75 (5)
2020– Leicester City 27 (2)
Pasukan kebangsaan
2013 Belgium B18 4 (0)
2013–2014 Belgium B19 12 (0)
2014–2016 Belgium B21 8 (1)
2018– Belgium 15 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:33, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:12, 12 Jun 2021 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Dilahirkan di Arlon, Belgian Luxembourg, Castagne mula bermai bola sepak untuk kelab tempatan, US Waltzing dan Lorrain Arlon sebelum beliau berpindah ke akademi Virton, kelab paling utama di wilayah tempat lahirnya.[4] Castagne seterusnya berlatih dengan pasukan belia Standard Liège selepas beliau masuk ke sebuah sekolah asrama berhampiran kelab itu. Namun, beliau tetap bermain di Virton pada masa hujung minggu.[5]

Genk sunting

Pada tahun 2011, Castagne berpindah ke Genk selepas Standard mengambil keputusan untuk tidak merekrut beliau.[6] Pada Jun 2013, beliau telah menandatangani kontrak selama tiga tahun di Genk. Pada Januari 2014, jurulatih Genk iaitu Mario Been menyenaraikan beliau ke dalam kem latihan skuad utama selepas beliau mempamerkan persembahan yang memuaskan. Dengan itu, beliau termasuk dalam skuad utama untuk saki-baki musim.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Liga Pro Belgium di bawah kendalian jurulatih baru, Alex McLeish pada 14 September 2014 dalam aksi menentang Club Brugge.[8] Pada 2 Mei 2015, Castagne menjaringkan gol sulungnya di peringkat senior dalam satu aksi persahabatan.[9]

Atalanta sunting

Pada Julai 2017, Castagne menyertai kelab Serie A, Atalanta melalui perpindahan bernilai 6 juta euro[10] selepas Andrea Conti pergi meninggalkan Atalanta ke Milan.[11][12] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk pasukan pada 2 Januari 2018 dalam aksi Coppa Italia menewaskan Napoli.[13]

Selepas menyesuaikan diri pada musim pertamanya,[14] permainan Castagne begitu meningkat pada separuh pertama musim keduanya di Atalanta.[15] Pada 27 Ogos 2018, beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika aksi menentang Roma.[16] Sambil bergandingan dengan Hans Hateboer di bahagian sayap kanan, beliau menjaringkan empat gol liga di Serie A.[17][18][19]

Pada tahun berikutnya, beliau terus bergandingan dengan Hateboer, di mana beliau menjaringkan dua gol dalam semua kejohanan. Pada 22 September 2019, beliau menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 permainan ketika menentang Fiorentina sekali gus mengikat perlawanan seri 2-2.[20] Jaringan keduanya pula hadir ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah semasa beliau menjaringkan gol sulung dalam aksi menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0 sekali gus membolehkan pasukannya menempah tiket ke pusingan 16.[21]

Sepanjang tiga tahun di Atalanta, Castagne telah melakukan 96 penampilan dan menjaringkan 8 gol dalam semua kejohanan.[22] Perpisahan beliau dengan Atalanta telah didorong oleh faktor hubungannya yang tidak menentu dengan jurulatih Gian Piero Gasperini.[23]

Leicester City sunting

Pada 3 September 2020, Castagne akhirnya melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dengan menandatangani kontrak selama 5 tahun.[24] Pada 13 September 2020, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Leicester City pada aksi menewaskan West Bromwich Albion 3-0 sekali gus menjadikan beliau sebagai pemain Belgium kelima yang menjaringkan gol pertama pada aksi sulung di Liga Perdana, selepas pemain Luc Nilis, Thomas Vermaelen, Christian Benteke dan Leandro Trossard.[25]

Kerjaya antarabangsa sunting

Castagne melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium pada 7 September 2018 dalam aksi persahabatan menentang Scotland sebagai kesebelasan utama.[26]

Pada 22 Mac 2019, beliau melakukan hantaran kepada jaringan Youri Tielemans dalam perlawanan menewaskan Rusia pada aksi kelayakan UEFA Euro 2020.

Pada 12 Jun 2021, dalam aksi pembukaan kejohanan UEFA Euro 2020 menentang Rusia, beliau telah berlanggar dengan pemain lawan, Daler Kuzyayev. Insiden pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua pemain tersebut dikeluarkan. Castagne mengalami keretakan lesung mata sekali gus memaksanya untuk terlepas daripada saki-baki kejohanan.[27]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 23 Mei 2021.[28]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga[a] Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Genk 2013–14 0 0 0 0 0 0 0 0
2014–15 27 1 1 0 28 1
2015–16 21 0 1 0 22 0
2016–17 32 0 5 0 12[b] 2 49 2
Jumlah 80 1 7 0 12 2 99 3
  Atalanta 2017–18 20 0 3 1 3[b] 0 26 1
2018–19 28 4 5 1 4[b] 0 37 5
2019–20 27 1 0 0 6[c] 1 33 2
Jumlah 75 5 8 2 13 1 96 8
  Leicester City 2020–21 27 2 5 0 0 0 2[b] 0 34 2
Jumlah kerjaya 182 8 20 2 0 0 27 3 229 13
  1. ^ Termasuk Piala EFL.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Europa UEFA
  3. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa sunting

Sehingga 12 Jun 2021.[29]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
2019 5 2
2020 4 0
2021 4 0
Jumlah 15 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
8 Jun 2019 Brussels, Belgium   Kazakhstan
2–0
3–0
Kelayakan UEFA Euro 2020
2
10 Oktober 2019   San Marino
9–0
9–0

Pencapaian sunting

Leicester City

Catatan sunting

  1. ^ "2020/21 Premier League squads confirmed". Premier League. 20 October 2020. Dicapai pada 24 October 2020.
  2. ^ "Timothy Castagne". Celtic Bergamasca Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-26. Dicapai pada 16 January 2018.
  3. ^ name="soccerway">"T. Castagne". Soccerway. Dicapai pada 14 September 2014.
  4. ^ Georges, Fabrice (31 August 2018). "La maman de Timothy Castagne: "C'est vraiment mérité!"". LaMeuse Luxembourg (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 January 2021.
  5. ^ name="athletic020920">Tanner, Rob (2 September 2020). "In Timothy Castagne, Leicester are signing 'a gem of a player'". The Athletic. Dicapai pada 26 January 2021.
  6. ^ "Standard moest jongeling van Genk niet hebben". voetbalnieuws.be (dalam bahasa Belanda). 16 September 2014. Dicapai pada 26 January 2021.
  7. ^ "KRC Genk test Feyenoordspits Sekou Cissé op stage in Turkije". Het Belang van Limburg (dalam bahasa Belanda). 3 January 2014. Dicapai pada 26 January 2021. Op de lijst van 29 spelers prijken ook de namen van belofte Timothy Castagne en van testspeler Sekou Cissé.
  8. ^ "Genk vs. Club Brugge - 14 September 2014 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 14 September 2014.
  9. ^ "Genk verwent thuispubliek tegen Waasland-Beveren met zeven potten". De Standaard (dalam bahasa Belanda). 2 May 2015. Dicapai pada 26 January 2021.
  10. ^ "Ecco Timothy Castagne". atalanta.it (dalam bahasa Itali). Atalanta B.C. 7 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2017. Dicapai pada 27 January 2021.
  11. ^ "Official: Atalanta sign Castagne". Football Italia. 7 July 2017. Dicapai pada 9 July 2017.
  12. ^ "Calciomercato Atalanta, chi è Castagne: un Maicon per la Dea". Goal (dalam bahasa Itali). 7 July 2017. Dicapai pada 9 July 2017.
  13. ^ "Timothy Castagne: "Per me è un grande giorno"" (dalam bahasa Itali). Atalanta B.C. 2 January 2018. Dicapai pada 27 January 2021.
  14. ^ Catone, Emanuele (9 April 2019). "Giovani Promesse, Castagne top del 31° turno: l'Atalanta ha la sua freccia". La Gazzetto dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 January 2021.
  15. ^ Besana, Gianluca (9 January 2019). "Otto radar per studiare il centrocampo. Castagne, che sorpresa". L'Eco di Bergamo (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 January 2021.
  16. ^ "All'Olimpico spettacolare 3-3 con la Roma". Atalanta B.C. (dalam bahasa Itali). 27 August 2018. Dicapai pada 27 January 2021.
  17. ^ Cristina, Max (27 January 2019). "Rimonta Atalanta: 3-3 con la Roma". Sport Mediaset (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 January 2021.
  18. ^ Cardone, Giulio (5 May 2019). "Lazio-Atalanta 1-3, i nerazzurri blindano il quarto posto". la Repubblica (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 January 2021.
  19. ^ Vavassori, Paolo (11 May 2019). "Atalanta-Genoa 2-1. I nerazzurri vincono e superano l'Inter al 3° posto". Il Messaggero (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 27 January 2021.
  20. ^ "Serie A (Sky Sports)". SkySports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 December 2019.
  21. ^ "Shakhtar-Atalanta 0-3: delirio nerazzurro e ottavi di Champions conquistati". Tuttosport (dalam bahasa Itali). 11 December 2019. Dicapai pada 27 January 2021.
  22. ^ "Calciomercato Atalanta, Castagne a un passo dal Leicester: operazione da 25 milioni". Sky Sport (dalam bahasa Itali). 1 September 2020. Dicapai pada 27 January 2021.
  23. ^ "Atalanta, Castagne spiega l'addio: "Con Gasperini non c'era un buon rapporto"". Sky Sport (dalam bahasa Itali). 14 September 2020. Dicapai pada 27 January 2021.
  24. ^ "Timothy Castagne Pens Five-Year Deal With Leicester City". LCFC. 3 September 2020.
  25. ^ "West Bromwich Albion 0–3 Leicester City". BBC Sport. 13 September 2020.
  26. ^ "Scotland v Belgium game report". Sky Sports. 7 September 2018.
  27. ^ "The Latest: Belgium's Castagne to miss rest of Euro 2020". Associated Press. 12 June 2021.
  28. ^ "Y. Tielemans". Soccerway. Dicapai pada 23 May 2021.
  29. ^ name="NFT"
  30. ^ McNulty, Phil (15 May 2021). "Chelsea 0–1 Leicester City". BBC Sport. Dicapai pada 15 May 2021.

Pautan luar sunting