Timur Tengah (Jawi: تيمور تڠه) ialah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan sebahagian benua Asia, atau Afrika-Eurasia. Pusat dwilayah ini ialah daratan di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang dari Anatolia, Semenanjung Arab,semenanjung Gaza,Semenanjung, dan Semenanjung Sinai. Kadangkala disebutkan juga kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utara di sebelah barat sampai dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasus dan/atau Asia Tengah di sebelah utara. Media dan beberapa pertubuhan antarabangsa (seperti PBB) umumnya menganggap wilayah Timur Tengah sebagai wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran) ditambah dengan Mesir.

Kawasan Timur Tengah menurut definisi umum (hijau tua) dan menurut definisi G8 (hijau muda).

Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis dan suku Turki. Bahasa utama iaitu: bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki.

Kebanyakan negara di Timur Tengah (13 daripada 18 negara) adalah sebahagian daripada rantau Arab. Sejarah Timur Tengah bermula dari zaman purba dengan kepentingan geopolitik rantau tersebut diiktiraf selama beberapa milenia. [1][2] [3]

Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) ke Mesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang berada di Asia umumnya dianggap sebagai sebahagian Timur Tengah, walaupun sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara.

Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategikan kawasan, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai bekalan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan pusat kerohania

dan Islam.

Sempadan sunting

Istilah 'Timur Tengah' merujuk kepada wilayah budaya, dan oleh itu tidak memiliki batas tertentu. Definisi yang umum dipakai iaitu wilayah yang terdiri dari: Bahrain, Cyprus, Mesir, Turki, Iran (Parsi), Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Palestin (mewakili wilayah-wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza).

Iran merupakan sempadan yang paling timur, kadangkala dengan memasukkan Afghanistan dan Pakistan barat kerana kedekatannya (secara suku dan agama) dengan kelompok majoriti dari masyarakat Iran. Juga kerana berkaitan rapat dengan sejarah kerana pernah menjadi bahagian dari kerajaan yang wilayahnya mencakup daerah-daerah tersebut. Afganistan, Tajikistan dan Pakistan barat memiliki hubungan budaya, bahasa dan sejarah dengan Iran. Sementara hubungan antara Iran dengan negara-negara Arab kerana adanya hubungan agama dan kedekatan secara geografi.

 
Peta menunjukkan negara-negara yang diyakini sebahagian daripada Timur Tengah

Selalunya negara-negara Afrika Utara juga disertakan:

Selain itu kadangkala negara-negara berikut juga disertakan:

Erosentrisme sunting

Beberapa telah mengkritik istilah 'Timur Tengah' kerana keerosentrismeannya. Wilayah ini terletak di timur Eropah barat. Bagi India, dia terletak di barat; bagi Russia dia terletak di selatan. Penggunaan kata 'Tengah' juga telah menyebabkan kebingungan bagi sebahagian orang. Sebelum Perang Dunia I, 'Timur Dekat' digunakan Inggeris untuk menunjuk ke daerah Balkan dan Empayar Turki Uthmaniyyah, sedangkan 'Timur Tengah' untuk Parsi, Afghanistan, dan Asia Tengah, Turki, dan Caucasus. Sedangkan 'Timur Jauh' menunjuk ke negara-negara 'Asia Timur', seperti Bangkok, Jepun, Hong Kong, dan lain-lain.

Dengan hilangnya Kerajaan Ottoman pada 1918, 'Timur Dekat' hampir hilang dalam penggunaan umum, sedangkan 'Timur Tengah' digunakan untuk menunjuk ke negara-negara Islam. Namun penggunaan 'Timur Dekat' tetap digunakan oleh beberapa disiplin akademi, termasuk arkeologi dan sejarah kuno.

Kritikan Erosentrisme juga berhubungan dengan fakta bahwa Timur dan Barat didefinisikan dalam hubungannya dengan garis lintang relatif terhadap Meridian Utama atau Meridian Greenwich.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting