Tin atau kaleng (disebut [ka.léng], k. lama, Ind.[1] - Bahasa Inggeris: tin can) adalah bekas atau kemasan logam nipis seperti besi atau aluminium yang dibentuk menampung barangan yang boleh dibawa atau disimpan baik dalam bentuk pepejal atau cecair. Hujung atas bekas-bekas ini boleh dibuka dengan pembuka khas ataupun penutup.

Sebuah tin kosong

Peristilahan sunting

Perkataan "kaleng" mula dicatat seawal tahun 1901 dalam kamus dwibahasa himpunan R. J. Wilkinson melalui perkataan kaling (tulisan Jawi: كالڠ‎) yang diertikan sebagai tinned iron atau "besi diselaputi timah".[2] Kata kaling atau kaleng ini lebih digunakan dalam bahasa baku Indonesia kini.[1]

Pembinaan sunting

Bahan asas sunting

Besi keluli lazim digunakan kerana sifatnya yang lebih utuh dari karton kertas atau plastik serta jauh kurang rapuh berbanding kaca; sifat ini dikehendaki kerana membolehkan kandungan diisi bertahan sepanjang perjalanan tanpa sebarang bocoran atau tumpahan serta tidak perlunya lapik tambahan.[3][4] Ia juga mampu memberi perlindungan terhadap isi kandungan daripada perubahan disebabkan alam sekitar seperti:

  • suhu - penyejukan dalam bekas keluli lebih cepat berbanding bekas plastik atau kaca[5]
  • pencemaran kimia - pengoksidaan tidak berlaku sambil khasiat kandungan tidak terjejas[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "can - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 496.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ "Beverage". Tata Steel in Europe. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  4. ^ "Does a Drink Stay Colder in a Metal Can or a Plastic Bottle?". Sciencing (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.
  5. ^ a b "Home". Steelforpackaging.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.