Tindak balas endotermik

Tindak balas endotermik secara am ialah tindak balas kimia yang menyerap haba, yakni apabila haba dipindahkan dari kawasan sekitar ke sistem.[1][2] Dalam tindak balas ini, terjadi perpindahan haba (juga tenaga kalori) dari persekitaran ke sistem sehingga suhu persekitaran menurun dan menjadi lebih dingin. Reaksi endoterm menyerap sejumlah tenaga, menyebabkan tenaga yang dimiliki sistem bertambah. Oleh kerana entalpi (haba dalaman terkandung) bertambah, perubahan entalpinya bertanda positif.[3] Dengan ini, entalpi hasil tindak balas (Hp) lebih besar daripada entalpi bahan tindak balas (Hr) seperti di bawah:

∆H = Hp - Hr > 0

Secara molekular, satu tindak balas endotermik berlaku sekiranya jumlah tenaga yang diserap untuk memutuskan ikatan kimia molekul bahan tindak balas adalah lebih besar daripada jumlah tenaga dibebaskan ketika ikatan kimia baharu terbentuk untuk memperoleh hasil tindak balas.[4]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Bakri, Mustafal. 2012. Seri Pendalaman Materi Kimia.Jakarta: ESIS
  2. ^ Chang, Raymond. 2005. Kimia Dasar Konsep-Konsep Inti. Jakarta: Erlangga
  3. ^ Sutresna, Nana. 2007. Cerdas Belajar Kimia untuk Kelas XI. Bandung: Grafindo
  4. ^ "Exothermic & Endothermic Reactions | Energy Foundations for High School Chemistry". highschoolenergy.acs.org. Dicapai pada 2021-04-11.