Tindak balas penambahan

Tindak balas penambahan dalam kimia organik ialah bentuk tindak balas organik teringkas, di mana dua atau lebih sebatian bergabung menghasilkan satu molekul besar.[1] Tindak balas ini hanya terhad kepada sebatian-sebatian dengan ikatan berganda seperti ikatan ganda dua karbon-karbon (alkena) atau ganda tida (alkuna) serta sebatian bergelung. Molekul-molekul dengan ikatan berganda di antara atom-atom unsur berlainan seperti karbonil (C=O) atau imina (C=N) juga boleh mengalami penambahan. Tindak balas penambahan ialah bertentangan dengan tindak balas penyingkiran.

Pelbagai jenis tindak balas penambahan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Morrison, R. T.; Boyd, R. N. (1983). Organic Chemistry (ed. 4th). Boston: Allyn and Bacon. ISBN 0-205-05838-8.