Tindak balas penggantian

Tindak balas penggantian (penghalogenan) metana dengan molekul klorin.

Tindak balas penggantian ialah sejenis tindak balas kimia yang melibatkan pertukaran suatu kumpulan berfungsi pada satu molekul dengan suatu kumpulan berfungsi yang lain.[1][2] Tindak balas ini adalah penting dalam bidang kimia organik. Contoh tindak balas penggantian ialah penghalogenan, pertukaran atom pada molekul organik dengan atom unsur halogen.

Jenis tindak balasSunting

Penggantian nukleofilSunting

Penggantian nukleofil dalam kimia organik serta tak organik ialah tindak balas berlakunya penghasilan ikatan kimia atau serangan oleh nukleofil terhadap atom atau kumpulan atom bercas positif penuh atau separa. Dalam tindak balas ini, nukleofil yang lebih lemah digantikan dan dijadikan sebagai kumpulan keluar manakala bahagian molekul lain disifatkan sebagai elektrofil. Molekul yang merangkumi elektrofil dan kumpulan keluar biasanya dipanggil sebagai substrat.[1][3]

MekanismeSunting

Penggantian nukleofil selalunya berlaku melalui salah satu daripada dua mekanisme, iaitu tindak balas penggantian nukleofil unimolekul, SN1 dan dwimolekul, SN2.[3]

Penggantian elektrofilSunting

Penggantian elektrofil berlaku apabila elektrofil yang menukarkan kumpulan berfungsi, lazimnya atom hidrogen, pada suatu molekul organik. Penggantian elektrofil terbahagi kepada dua, iaitu penggantian elektrofil aromatik dan penggantian elektrofil alifatik.

Penggantian radikalSunting

 
Tatarajah am tindak balas Hunsdiecker.

Penggantian radikal menggunakan radikal bebas sebagai perantara reaktif dalam tindak balas.[3] Contoh tindak balas ini ialah tindak balas Hunsdiecker, tindak balas penggantian garam asid karboksilik perak kepada alkil halida.

RujukanSunting

  1. ^ a b Imyanitov, Naum S. (1993). "Is This Reaction a Substitution, Oxidation-Reduction, or Transfer?". J. Chem. Educ. 70 (1): 14–16. Bibcode:1993JChEd..70...14I. doi:10.1021/ed070p14.
  2. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "substitution reaction". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
  3. ^ a b c March, Jerry (1985), Advanced Organic Chemistry: Reactions, Mechanisms, and Structure (ed. 3rd), New York: Wiley, ISBN 0-471-85472-7

Pautan luarSunting